Sunday, January 11, 2015

ABC#042

Salam Ukhuwwah Fillah 20 RABIUL AWAL 1436H...Hari AHAD yang damai, tenang, dan penuh KASIH SAYANG dan CINTA-NYA Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH.

Selamat kembali ke SEKOLAH...

Dengan nama-NYA saya mulakan. DIA Yang Maha Penyayang telah mengizinkan saya terus menitipkan sesuatu buat peringatan diri ini yang banyak kekhilafan...Pena berTINTA EMAS meneruskan lakarannya....biiznillah, dengan izin-NYA.


Macam Cantik Jer Macam Comel Jer...


Perhatikan keindahan alam dan diri
Betapa agungnya kuasa ILAHI
Hebatnya DIA Yang Maha Pencipta
SUBHANALLAH
ALHAMDULILLAH
ALLAHU AKBAR

Kecantikan keindahan yang diberi
Hanya pinjaman sementara
Sebagai ujian untuk kita
Apakah bersyukur atau sebaliknya

Macam cantik jer macam comel jer
Semua ciptaan ALLAH
Macam cantik jer macam comel jer
Segala pujian kembali pada-NYA

Macam cantik jer macam comel jer
Indahnya TUHAN ciptakan kita
Macam cantik jer macam comel jer
Ajaibnya alam semesta

Kecantikan keindahan yang diberi
Hanya pinjaman sementara
Sebagai ujian untuk kita
Apakah bersyukur atau sebaliknya

Sesama kita jangan mengata, usah menghina kelak sama tarafnya
Janganlah pula meletakkan diri yang mulia ini pada tahap yang rendah
Menjadi fitnah, kita ada maruah, kita punya amanah

CANTIK-kan AKHLAK COMEL-kan PERIBADI
Ia PEMIKAT HATI, ia HIASAN DIRI
Kembalilah kita kepada fitrah kejadian
Keindahan alam dan diri sempurna ciptaan Yang Maha ESA

Bersyukurlah kita dengan nikmat-NYA

Syasya suka mata Syasya ni...


HANTARAN KASIH ILAHI
Ujian ALLAH tidak dapat dihindar
Hadapilah dengan SABAR
Semoga hikmahnya besar




29:02. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: 
"Kami beriman,"
sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(QS. An-Ankabut, 29:2)


UJIAN yang kita lalui boleh menjadi kifarah dosa, dapat meneguhkan iman dan memberi kekuatan untuk kehidupan yang lebih sukar. Bayangkan Rasulullah saw diuji sejak berada dalam kandungan lagi. Baginda tidak pernah melihat wajah ayahnya. Manakala ibunya pula meninggal dunia ketika baginda baru berusia enam tahun. Cuba bayangkan bagaimana agaknya jika diri kita yang berada dalam situasi itu?

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM...
Permudahkanlah segala urusan kami sepanjang hari ini.


Melalui sirah Rasulullah saw ini, kita mesti yakin bahawa setiap kali ALLAH SWT menguji kita, DIA tidak akan meninggalkan kita sendirian untuk menghadapinya. DIA pasti akan menghantar bantuan dan sokongan asalkan kita bersabar, berusaha menangani ujian tersebut dan meyakini adanya hikmah di sebalik yang berlaku. Lagipun, ujian ILAHI adalah hantaran kasih-NYA. Jika DIA tidak kasih, tentu DIA tidak menguji kita. DIA mahu mendengar suara kita. DIA ingin kita mencari-NYA sahaja ketika diuji bukannya bergantung harap kepada manusia atau makhluk lain.


BACA-lah...

Al-QURAN sentiasa menjadi penghibur buat golongan yang ditimpa ujian. Al-QURAN juga sebagai penawar bagi orang yang bersabar. Ketika ditimpa ujian, kita hendaklah beritahu kepada HATI bahawa ujian itu tidaklah seberapa. Ada lagi insan ditimpa dugaan yang lebih dahsyat daripada kita. Malah, ada yang menanggung ujian hidup sepanjang hayatnya dan kadangkala sehingga meninggal dunia. Di dalam al-QURAN ada disebut tentang kaum-kaum terdahulu diuji lebih berat daripada umat Nabi Muhammad saw.

SUCI SEKEPING HATI...


Bacalah al-QURAN untuk mencari ayat-ayat penghibur tersebut. Jika kita membacanya sewaktu ditimpa dugaan, kita akan mendapati firman-NYA itu bagaikan air sejuk yang mengalir di tekak pada tengahari yang panas. Alangkah saljunya ayat-ayat mukjizat tersebut. HATI yang walang jadi terhibur. Jiwa yang gundah pasti akan tenang semula. Bibir yang kerap mengeluh nescaya tidak akan mengeluh lagi. Usah lupa ucapkan ALHAMDULILLAH...



TIPS Meredah UJIAN...

***Hadapinya, jangan LARI!

***Yakin UJIAN hanya sementara.

***Hanya insan terpilih sahaja yang diuji. Jadi, jangan mengeluh!

***UJIAN meninggikan darjat kita.

***UJIAN pasti ada KEBAIKAN.

***Beri SIGNAL dan masuk simpang KANAN. Itulah SOLUSI yang di-REDHA-i.

***Jangan lupa ucap ALHAMDULILLAH...




NOTA CINTA-NYA HARI INI...

20:01. TAAHAA

20:02. Bukanlah KAMI turunkan al-QURAN kepada kamu supaya kamu menjadi susah.

20:03. Melainkan menjadi peringatan bagi orang yang takut,

20:04. Diturunkan dari Yang Menciptakan bumi dan langit dan tertinggi.

20:05. (DIA) Maha Pengasih, bersemayam (Berkuasa) di atas arasy (singgahsana).

(QS. Taahaa, 20:1-5)


#ALHAMDULILLAH...Allah Beri CINTA-NYA...20-03-1436H | 11-01-2015M 17:17
===
17:17. Dan berapa banyak umat yang telah KAMI binasakan sesudah Nuh. Cukuplah Tuhan-mu Maha Mengetahui lagi Maha Melihat dosa hamba-NYA.
(QS. Al-Isra', 17:17)













No comments:

Post a Comment