Tuesday, January 20, 2015

ABC#049

Salam Ukhuwwah Fillah 30 RABIUL AWAL 1436H...Hari RABU yang damai, tenang, dan penuh KASIH SAYANG dan CINTA-NYA Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH.


*24/7 Yang Paling Bermakna...

103:01. Demi MASA!

103:02. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh.

103:03. Dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(QS. Al-Asr, 103:1-3)

*24/7 ~ 24 jam/7 hari seminggu.

Dengan nama-NYA saya mulakan. DIA Yang Maha Penyayang telah mengizinkan saya terus menitipkan sesuatu buat peringatan diri ini yang banyak kekhilafan...Pena berTINTA EMAS meneruskan lakarannya....biiznillah, dengan izin-NYA.


Dalam meniti usia,
kita selalu disibukkan dengan kerja dan profesion kita...
Kerap kita terlupa tujuan asal kita,
ke mana arah akhirnya kehidupan kita...
Kita terlupa persediaan kita 
untuk dibawa ke satu destinasi yang tiada penghujungnya...
Marilah kita sama-sama 
menghitung usia yang tiada kepastiannya...



SMS#001
Abu Hurairah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

ALLAH berfirman: 
Anak Adam suka mengutuk MASA, padahal AKU yang mencipta MASA. 
Dengan kuasa-KU pergantian siang dan malam terjadi.
(HR Muslim)

SMS#002
Sabda baginda yang lain bermaksud:

ALLAH berfirman: Anak ADAM suka mencela-KU. Katanya: Alangkah sialnya MASA.
Janganlah kamu berkata demikian kerana sesungguhnya AKU-lah pencipta MASA.
AKU-lah yang menggilirkan siang dan malamnya.
Jika AKU mahu, AKU berkuasa menghentikan pergantian kedua-duanya.
(HR Muslim)

*SMS ~ Shortly Muhammad Says

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM...
Berikanlah kami kebahagiaan yang cukup untuk membuat kami tersenyum...
dan kebahagiaan yang membuat aku bersyukur atas semua nikmat-MU.


:) Assalamualaikum CINTA...

:) Waalaikumussalam RINDU...

Jangan biarkan hadir-mu sekejap MATA
Jangan biarkan kebersamaana kita hanya SEMENTARA

INSHA ALLAH....Aamiin

Semakin hebat RINDU-ku
Semakin deras degupku
Semakin teguh CINTA-ku kepadamu...

Hembusan nafas ku saluti
Kata-kata penuh bermakna
Semua RINDU-ku tersusun di-HATI
Menantikan MASA...

Tujuh petala... CINTA
Berbisiklah kedengaran
Terhamparlah SYAHADAH
Titik percintaan...

KASIH... Dengarkanlah RINDU kepadamu
CINTA... Kepadamu hidup untukmu

KASIH... Ku dicinta
HATI-ku bergema hiasi CAHAYA
Bersemilah RASA...


Semua Perkara Berada Dalam Senario ALLAH

YA ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM Ya LATIF...
Anugerahilah kecerdasan kepada kami supaya kami mampu membaca dan memahami kelembutan-MU dan supaya kami selalu bersyukur, walau apapun yang terjadi kepada kami.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal Aalamiin...


Ada KELEBIHAN di setiap KEKURANGAN...
Ada KEBAHAGIAAN di setiap PENDERITAAN...
Ada HARAPAN di setiap KERAGUAN...
Ada KEKUATAN di setiap KELEMAHAN...
Ada KASIH SAYANG di setiap KEBENCIAN...



RENUNGKAN!

Dalam kitab Riyadhush Shalihin karangan Imam Nawawi, ada sebuah riwayat yang bersumber daripada Abu Hurairah perihal tiga orang cacat iaitu si belang, si botak dan si buta. Ketiga-tiga mereka adalah daripada keturunan Bani Israel. Nabi Muhammad s.a.w. mengesahkan riwayat itu seperti berikut:

Sesungguhnya ada TIGA orang cacat daripada kalangan Bani Israel iaitu Si BELANG, Si BOTAK dan Si BUTA. ALLAH bermaksud menguji mereka dan dengan itu, ALLAH mengutus malaikat kepada mereka.

Malaikat menemui Si BELANG dan bertanya:

Apakah sesuatu yang paling kamu inginkan?

Si BELANG menjawab:

Aku menginginkan wajah yang tampan dan kulit yang cantik. Aku mahu penyakit belangku ini hilang supaya tidak ada lagi orang yang berasa jijik melihatku.

Malaikat pun mengusap wajah Si BELANG dan dalam sekelip mata, penyakit yang menjijikkan itu hilang. Wajahnya menjadi tampan dan kulitnya halus menawan.

MAlaikat itu bertanya lagi:

Harta apa yang kamu inginkan?

Si BELANG menjawab:

UNTA.

Malaikat itu pun memberikannya seekor unta yang hamil 10 bulan dan berkata:

Semoga ALLAH memberkati RAHMAT yang engkau terima.



Malaikat itu kemudian menemui pula SI BOTAK dan bertanya:

Apakah yang engkau inginkan?

Si BOTAK menjawab:

Rambut yang lebat dan cantik sehingga hilang penyakt botakku ini yang menyebabkan orang-orang berasa jijik melihatku.

Malaikat itu pun mengusap kepada Si BOTAK dan serta-merta, hilanglah penyakit botaknya serta tumbuhlah rambut yang lebat.

Malaikat itu bertanya lagi:

Harta apakah yang kamu sukai?

Si BOTAK menjawab:

LEMBU.

Malaikat itu pun memberi kepadanya seekor lembu yang sedang hamil dan berkata lagi:

Semoga ALLAH memberi keberkatan atas RAHMAT yang kamu terima.



Seterusnya, malaikat itu pergi menemui Si BUTA dan bertanya:

Apakah yang engkau inginkan?

Si BUTA menjawab:

Aku menginginkan ALLAH mengembalikan penglihatanku sehingga aku dapat melihat semula.

Malaikat itu pun mengusap mata Si BUTA dan ALLAH langsung mengembalikan penglihatannya.

MAlaikat itu bertanya lagi:

Harta apakah yang kamu senangi?

Orang itu menjawab:

KAMBING.

Malaikat itu pun memberi kepadanya seekor kambing yang sedang hamil.



Selepas beberapa lama, unta, lembu dan kambing yang diterima oleh ketiga-tiga orang itu berkembang biak. Satu padang penuh dengan unta. Satu padang lagi penuh dengan lembu dan padang satu lagi penuh dengan kambing.


Malaikat yang datang dahulu turun sekali lagi ke muka bumi. Mula-mula dia bertemu dengan Si BELANG dalam bentuk manusia yang berpenyakit BELANG seperti keadaan Si BELANG dahulu. Malaikat itu berkata:

Aku adalah orang miskin. Aku kehabisan bekal di tengah-tengah perjalanan dan hingga hari ini tidak ada orang yang mahu membantuku kecuali ALLAH. Mudah-mudahan kamu sudi membantuku. Kini, aku memohon pertolonganmu dengan menyebut nama zat yang memberikan engkau wajah yang tampan dan kulit yang halus serta harta kekayaan. Sudilah kiranya engkau memberikan seekor unta kepadaku sebagai bekal bagiku melanjutkan perjalanan.

Si BELANG menjawab:

Banyak hak-hak yang perlu aku berikan, jadi aku tidak dapat memberikan apa-apa kepadamu.

Malaikat itu berkata:

Kalau aku tidak salah, aku pernah bertemu denganmu. Bukankah engkau dahulu berpenyakit belang sehingga orang ramai berasa jijik melihatmu. Bukankah engkau dahulu orang yang miskin sebelum ALLAH memberikan RAHMAT kepadamu.

Si BELANG pun menjawab:

Sesungguhnya harta kekayaan yang aku miliki ini berasal daripada nenek moyangku.

Mendengarkan jawapan itu, malaikat itu berkata:

Sekiranya engkau berdusta, ALLAH memgembalikan keadaan dirimu seperti dahulu.



Seterusnya, malaikat itu menemui Si BOTAK dalam bentuk orang yang BOTAK seperti keadaan Si BOTAK dahulu. Malaikat itu pun bertanya soalan yang sama seperti yang ditanyakan kepada si BELANG di atas. Si BOTAK memberikan jawapan yang sama seperti jawapan Si BELANG. 

Malaikat itu pun berkata:

Sekiranya engkau berdusta, ALLAH memgembalikan keadaan dirimu seperti dahulu.



Kemudian, malaikat itu menemui Si BUTA dengan menyerupai orang yang BUTA dan berkata:

Aku orang miskin dan bekalanku habis di tengah perjalanan. Tidak ada sesiapa yang mahu menolongku kecuali ALLAH. Mudah-mudahan kamu mahu memberikan pertolongan. Kini, aku meminta pertolongan daripadamu dengan menyebut zat yang mengembalikan penglihatanmu. Sudilah kiranya engkau memberikan seekor kambing kepadaku supaya aku dapat melanjutkan perjalananku.

Si BUTA berkata:

Dahulu aku buta, kemudian ALLAH mengembalikan penglihatanku. Jadi ambillah apa yang kau inginkan dan tinggalkanlah apa yang tidak engkau senangi. Demi ALLAH, aku tidak mahu memberatkan sesuatu kepadamu yang kau ambil kerana ALLAH.

Malaikat itu berkata:

Peliharalah harta kekayaanmu, sebenarnya ALLAH mengujimu dan ALLAH redha kepadamu serta ALLAH murka kepada Si BELANG dan Si BOTAK.
(Hadis laporan Bukhari dan Muslim)



Biiznillah...tamma haazal maudu'. 
#ALHAMDULILLAH...Allah Beri CINTA-NYA...30-03-1436H | 21-01-2015M 12:27

No comments:

Post a Comment