Saturday, January 31, 2015

ABC#059

Salam Ukhuwwah Fillah 11 RABIUL AKHIR 1436H...Hari AHAD yang damai, tenang, dan penuh KASIH SAYANG dan CINTA-NYA Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH.

Di SINI kami bermula...

PAGI yang CERIA...Mulakan HARI-mu dengan BISMILLAH.. 

Terima Kasih ALLAH atas rezeki-MU HARI INI, 
Jadikanlah kami untuk selalu tetap ingat 
akan bersyukur kepada-MU dari hal-hal yang kecil. 
Dan bersyukur kepada-MU dalam segala keadaan.
Aamiin


Dengan nama-NYA saya mulakan. DIA Yang Maha Penyayang telah mengizinkan saya terus menitipkan sesuatu buat peringatan diri ini yang banyak kekhilafan...Pena berTINTA EMAS meneruskan lakarannya....biiznillah, dengan izin-NYA.

Sahabat Fillah yang dicintai kerana ALLAH..

Jika Kita Punya NIAT Yang BAIK...
ALLAH Pasti Akan memberikan JALAN Yang Terbaik...
INSHA-ALLAH...
Aamiin...

Jangan berhenti Mengharap...
***
Sekuat mana pun dugaan yang kita hadapi...
sekuat apa pun cubaan yang harus kita jalani...
sebesar apapun kegagalan yang kita rasai..
sejauh mana pun hari yang kita lalui...
jangan pernah berhenti berharap dengan pertolongan ALLAH...
kerana harapan adalah masa hadapan...
kerana harapan adalah sumber kekuatan...
kerana doa adalah pintu
kebaikan dan senjata orang beriman..


11:11. Kecuali orang-orang yang ber-SABAR dan ber-AMAL SOLEH. Untuk mereka itu keampunan dan pahala yang besar.
(QS. Hud, 11:11)

HIDUP ini ibarat pelayaran bahtera CINTA-mu di atas lautan yang luas. 

OMBAK tidak akan berhenti menghempas bahtera KASIH-mu.

Adakalanya ianya kecil, adakalanya ganas...
namun kita takkan mampu menolak ombak itu kembali ke pantai.

Apa yang termampu adalah perbesarkan bahtera RINDU-mu itu, 
agar ianya tetap utuh takkan bergoyang walau seganas manapun OMBAK yang datang.

Besarkan JIWA-mu dalam menghadapi dugaan hidup ini, 
mudah-mudahan dikau akan terus dirahmati ALLAH.
[Putera Multazam| Ibnu Rijal]


Jiwa Positif Hidup BerTUHAN...

Tidak salah untuk hidup senang dan memohon kepada ALLAH.
Namun jangan terhenti di hidup senang kerana tujuan kita adalah ALLAH.
Ketika kita benar ke ALLAH, hidup senang tadi akan menambahkan lagi amal kita melalui sedekah, zakat dan seumpamanya.

Tidak salah untuk panjang umur dan memohon kepada ALLAH. 
Namun jangan terhenti di panjang umur sahaja kerana tujuan kita adalah ALLAH.
Ketika kita benar ke ALLAH, panjang umur kita tadi akan diisi dengan amal soleh dan diri menjadi manafaat untuk yang lain.

Tidak salah untuk selesaikan masalah dan memohon kepada ALLAH.
Namun jangan terhenti di masalah sahaja kerana tujuan kita adalah ALLAH.
Ketika ada masalah atau masalah selesai, kita tetap terus mendekatkan diri pada ALLAH.
Sentiasa sedar ALLAH.
Setiasa bersyukur pada ALLAH dengan apa pun yang telah terjadi.

Tidak salah untuk sembuh dari penyakit dan memohon kepada ALLAH. 
Namun jangan terhenti di sembuh dari penyakit ini kerana tujuan kita adalah ALLAH.
Ketika sakit atau sihat, kita tetap terus ke ALLAH tanpa melepaskan kesedaran kita pada ALLAH.
Tetap terus melakukan perintah ALLAH dengan sedaya yang ada ketika sakit dan sembuh kita.

Tidak salah untuk bahagia dan memohon kepada ALLAH. 
Namun jangan terhenti di kebahagiaan kerana tujuan kita adalah ALLAH.
Ketika tidak bahagia atau tidak teruskan ke ALLAH dan bergantunglah sepenuhnya kepada ALLAH.
Orang yang bergantung pada ALLAH akan sentiasa bahagia.
Lalu tidak ada lagi 'tidak bahagia'.

Tidak salah untuk berjaya dan memohon kepada ALLAH. 
Namun jangan terhenti di kejayaan itu kerana tujuan kita adalah ALLAH.
Ketika kita dalam proses berjaya atau sedang berjaya juga telah berjaya
ber-SYUKUR-lah kepada ALLAH.
Bukan setelah menerima baru ingin bersyukur.
Bersyukur itu bukan sekadar ucapan
kerana bersyukur yang sebenar pasti seluruh tubuh ini akan bergerak
untuk menjadi orang yang dipercayai bahawa diri benar-benar bersyukur.
Buktinya lebih banyak ber-SEDEKAH samada harta atau ilmu yang manafaat.

Semoga kita menjadi orang yang dipercayai ALLAH
yang sentiasa menuju... ROJIUN... PULANG... KEMBALI kepada-NYA.
Tidak terhenti di pertengahan jalan
apatah lagi menyimpang kepada cabang-cabang perjalanan yang ada.
[fb Fuad Latip]

Ukhuwwah Fillah itu INDAH

Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan UKHUWWAH yang SEJATI
Ber-SYUKURku kehadrat ILAHI
Di atas JALINAN yang SUCI


Ya ALLAH  Ya Tuhan kami...
Jadikanlah majlis SILATURRAHIM SHAMS SPM'97 majlis yang diberkati
Perhimpunan kami perhimpunan yang dirahmati
Pertemuan kami pertemuan yang diredhai
Dan golongkanlah kami semua sebagai hamba-MU yang dikasihi 

Ya ALLAH Ya Tuhan kami...
Kami mengangkat tangan bermohon kepadamu agar dikurniakan kepada kami; 

  • Ketabahan sesabar Rasul ulul azmi
  • Keimanan sekental Iman Abu Bakar Al Siddiq
  • Keberanian sehebat Umar Al Khattab
  • Budi Perkerti sesantun Uthman Ibn Affan
  • Keilmuan sebijak Ali Ibn Abi Talib
  • Tanggungjawab seamanah Umar Ibnu Abd Aziz
  • Perwatakan kami sezuhud Uwais Al Qarni
  • Pemikiran setinggi Al Imam Al Ghazali
  • Pengetahuan sealim Al Imam As Syafie
  • Kepakaran semahir Ibnu Sina dan Al Khawarizmi
  • Semangat juang sekental Salahuddin Al Ayyubi


Ya ALLAH Ya Tuhan kami... 
Jadikanlah kami para ibu bapa dan anak-anak yang dianugerahi 
dengan kebaikan di dunia dan akhirat yang mana; 

  • Jika kami ada kami disayangi
  • Jika kami tiada kami dicari
  • Jika kami berkata kami didengari
  • Jika kami menasihat kami dituruti
  • Jika kami berbuat kebaikan kami diteladani
  • Jika kami berbuat kebajikan kami diganjari
  • Jika kami berbuat kesalahan kami diampuni
  • Jika kami datang kami dirai
  • Jika kami pergi kami dirindui
  • Kami hidup kami berbakti
  • Dan jika kami mati, kami dirahmati, diredhai dan dikenangi.


...SELAMAT BER-SILATURRAHIM RABIUL AKHIR 1436H...

 Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam DOA kudusku sepanjang waktu
Ya ALLAH bantulah hamba-MU


===
Ya Allah Ya RAHMAN Ya RAHIM...
 Aku mohon kepadaMU 
agar KAU catatkan siapa pun yang membaca TINTA EMAS ini, 
menjadi orang-orang yang ENGKAU angkat kerajaannya. 
ENGKAU ampuni seluruh dosa-dosanya. 
ENGKAU buka MATA HATI yang tertutup. 
Engkau lembutkan HATI EMAS yang keras membatu. 
Engkau cahayai HATI yang gelap gelita. 

Ya Allah Ya RAHMAN Ya RAHIM...
 jadikanlah perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. 
Terpelihara dari fitnah dan musibah. 
Allahumma Aamiin Ya Rabbal Aa'lamiin.
[salindantampal dari http://www.fuadlatip.com]



NOTA CINTA-NYA HARI INI
***
11:11. Kecuali orang-orang yang ber-SABAR dan ber-AMAL SOLEH. Untuk mereka itu keampunan dan pahala yang besar.
(QS. Hud, 11:11)

=
18:10. Ketika berdiam (berlindung) pemuda-pemuda itu ke dalam gua, lalu mereka berkata: Ya Tuhan kami, berilah kami RAHMAT dari sisi-MU dan siapkan untuk kami (keadaan) yang baik dalam urusan kami.

18:11. Lalu KAMI tidurkan mereka di dalam gua, beberapa tahun lamanya,
(QS. Al-Kahfi, 18:10-11)

==
11:18. Dan siapakah yang lebih zalim dari orang yang mengadakan dusta terhadap ALLAH? Mereka itu dihadapkan kepada Tuhan mereka dengan saksi-saksi berkata: Mereka ini berdusta terhadap Tuhannya. Ingatlah, bahawa kutukan ALLAH ke atas orang-orang yang zalim.

11:19. (Iaitu) orang-orang yang menghalang jalan (agama) ALLAH dan menghendaki supaya jalan itu bengkok, sedang mereka ingkar akan akhirat.
(QS. Hud, 11:18-19) 


#ALHAMDULILLAH...Allah Beri Cinta-NYA...11-04-1436H | 01-02-2015M 07:42
===
07:42. Dan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, tidaklah KAMI berati diri seseorang, melainkan sekadar tenaganya, mereka itu penghuni syurga, sedang mereka kekal di dalamnya.
(QS. Al-A'raaf, 7:42)

No comments:

Post a Comment