Salam Ukhuwwah Fillah 28 RABIUL AWAL 1436H...Hari ISNIN yang damai, tenang, dan penuh KASIH SAYANG dan CINTA-NYA Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH.
Bismillah...
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM...
Jadikanlah HARI INI lebih BAIK dari semalam...
Sukses dalam USAHA, KARIER, STUDI, JODOH dan lain-lain...
Semoga semua HAJAT KEBAIKAN HARI INI DIA makbulkan..
Allahumma Aamin Ya Rabbal Aalamiin...
Dengan nama-NYA saya mulakan. DIA Yang Maha Penyayang telah mengizinkan saya terus menitipkan sesuatu buat peringatan diri ini yang banyak kekhilafan...Pena berTINTA EMAS meneruskan lakarannya....biiznillah, dengan izin-NYA.
The pages of yesterday cannot be revised,
but the pages of tomorrow are blank and you hold the pen.
Make it an inspiring story!
Terkadang engkau terasa hilang kesabaran dengan sedikit ujian kesusahan yang menimpa dirimu, tetapi peganglah HATI EMAS-mu saat itu, ingatkannya bahawa ALLAH pasti tidak menimpakan sesuatu atas dirimu melainkan DIA sedang menetapkan takdir kebaikan untukmu.
Hanya saja kebaikan itu akan kau rasai sekiranya kau bersabar, terus taat dan memohon pertolongan Allah.
Tetapi sekiranya dengan kesusahan, engkau terasa mahu mundur saja ke belakang, tidak lagi punya sabar dan syukur, maka kau hanya menjauhkan dirimu dari ribuan kebaikan yang menantimu di balik satu kesusahan yang sedang kau rasai.
Kembali merapat, menunduk kepada Allah. Muhasabah segala kekurangan lepas, perbaiki diri dan maju terus.
SAHABAT FILLAH yang dikasihi kerana ALLAH...
Ada RASA ingin kuluah
Memendam terasa semakin parah
Sayangnya bicaraku sentiasa kalah
Terfikir bilakah sudah
Beginikah hingga ketemu ALLAH?
Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
Setiap untai kata yang termaktub
Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga
Simpanan batinku hampir terbelah
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota cinta dari syurga
Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
Sekalipun diriku terbuang di mata insan
Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini
Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu
Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ
[Selama-lamanya kelembutan
takkan pernah tewas dengan kekerasan]
Cintaku ini...
No comments:
Post a Comment