03:31. Katakanlah: Jika kamu mengasihi ALLAH, maka ikutilah daku, nescaya ALLAH mengasihi kamu dan mengampuni dosamu. Dan ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(QS. Ali Imran, 3:31)
Manusia yang paling BAHAGIA adalah yang paling kuat CINTA-nya pada ALLAH
(Imam al-Ghazali)
Dengan nama-NYA saya mulakan. DIA Yang Maha Penyayang telah mengizinkan saya terus menitipkan sesuatu buat peringatan diri ini yang banyak kekhilafan...Pena berTINTA EMAS meneruskan lakarannya....biiznillah, dengan izin-NYA.
Pesan dari SYURGA...Buat Nyawa CINTA K.A.M.I.
Sedu sedan
Itu bak ratapan si kecil
Yang rindu belaian dan perhatian
Yang mendambakan kasih dan sayang
Dari seorang insan yang penyayang
Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran RASUL tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya
Kisah tangisan sebatang tamar
Menyentuh hati, mengocak perasaan
Benarkah aku cinta, benarkah aku rindu
Sedangkan tak pernah gugur air mata ku mengenangkan mu
Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya
Betapa kerasnya hatiku ini
Untuk menghayati perjuangan mu
Betapa angkuhnya diri ku ini
Untuk menghargai perjuangan mu
Ya RASULULLAH
Ingin aku menjadi sebatang tamar
Yang menangis rindu kepada mu
Ya RASULULLAH
Biarlah aku hanya sebatang tamar
Namun dapat bersama mu di dalam syurga
Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya
ALANGKAH SAKITNYA MATI...
Apabila anak Adam meninggalkan dunia
Hapus hancurlah kebahagiaannya
Kecuali amal yang menemaninya
21:35. Tiap-tiap diri akan merasai MATI. Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan. Dan kepada KAMI-lah kamu semua akan dikembalikan.
(QS. Al-Anbiya', 21:35)
Sahabat yang dikasihi kerana ALLAH sekalian,
Sedarilah...tanah yang dipijak ini adalah milik ALLAH
dan udara yang dihirup ini juga adalah milik-NYA.
Andai pernah terlanjur membuat-NYA murka
masih ada masa untuk membuka lembaran baru.
Andai terasa diri sudah sempurna,
teruskanlah amalan hingga ke hujung nyawa.
Semoga kalimah terakhir kita adalah
...
LA ILAHA ILLALLAH
Umur kita adalah pinjaman.
Manfaatkanlah kesihatan serta usia yang berbaki dengan sebaik-baiknya.
Kekal melakukan ibadah wajib dan hiasinya dengan ibadat yang sunat.
INSHA ALLAH...
dengan keikhlasan yang tumbuh perlahan-lahan itu, kita akan berasa tenang dan bahagia setiap kali selepas beribadat.
Umur kita adalah pinjaman.
Begitu juga dengan umur insan yang kita sayangi.
Kita dikelilingi mereka yang amat menyayangi kita iaitu ibu bapa, pasangan hidup, anak-anak dan sahabat seperjuangan.
Kita jua sangat menyayangi mereka kerana dengan adanya mereka di sisi, kita gagah untuk terus hidup biarpun terpaksa melalui kepahitan.
Demi kebahagiaan yang ingin didedikasikan buat mereka yang amat kita sayangi itu.
Kadangkala musim berubah jua.
Tengahari yang panas didatangi mendung dan hujan yang lebat.
Begitu jualah dengan kita yang sedang diulit kebahagiaan.
Orang yang disayangi pergi buat selama-lamanya.
Terpana!
Belum puas menatap wajahnya, belum puas mengecap kegembiraan bersama-samanya dan belum puas berkongsi kasih dengannya.
Kini yang ada hanyalah ruang kosong kerana dia sudah pergi buat selama-lamanya.
Terasa hendak menangis?
Menangislah sepuas-puas HATI-mu.
Mungkin perlu begitu kerana selama ini dialah yang menjadi tempat kita bergantung.
Selama ini dialah kekuatan.
Setelah dia pergi, kita terpaksa meneruskan hidup dengan kekuatan baru yang terpaksa dibina sendirian.
Dahulu, kita hanya mengharapkan dia.
Apabila dia pergi, kitalah yang menongkah arus kerana AJAL kita tidak sama.
Ya.
Ada banyak jenis tangisan setiap kali kita kehilangan insan tersayang.
Orang yang kematian ibu bapa lain tangisannya jika dia bujang mahupun sudah berkahwin.
Orang yang kehilangan pasangan hidup, lain pula tangisannya.
Namun hakikatnya tetap sama, orang yang kita sayangi itu hanya pinjaman buat sementara.
Sampai MASA-nya, mereka tetap pergi menghadap ar-Rafiqul a'la.
Biarpun mereka sendiri tidak menghendaki kesedihan ini berlaku, mereka tidak mampu menghalangnya.
Begitu jua dengan kita.
Kita perlulah REDHA dengan setiap KETENTUAN ALLAH SWT.
DOA-kan mereka yang dipanggil menghadap ILAHI dalam REDHA-NYA jua.
DOA-kan mereka ber-BAHAGIA di ALAM BARZAKH dan kita dapat bertemu semula dengan mereka di alam SYURGA kelak.
Justeru, kita hendaklah melakukan amalan-amalan yang melayakkan kita memasuki SYURGA.
Terdapat simbolik daripada perpisahan ini.
Sebelum perpisahan berlaku dan sebelum kebahagiaan bersama orang yang disayangi direnggut AJAL, hargailah sesiapa sahaja yang ada di sekeliling kita.
Semua ini supaya nanti kita tidak terlalu menangisi kehilangan tersebut.
Juga tidak terlalu menyesal kerana telah mengabaikan insan-insan baik yang pernah hadir dalam hidup kita.
***
TIPS MENGINGATI MATI...
@Raudhatus Sakinah
- Sentiasa bersedia kerana MATI datang secara tiba-tiba
- Hargailah semua orang di sekeliling kita
- Beri SALAM ketika melintasi kubur
- Bayangkan diri kita berada di dalam kubur
- Tidak berputus asa mencari RAHMAT ILAHI
Semoga kita menemui NOKTAH yang sempurna,
kembali ke HADRAT ILAHI dengan segenap REDHA-NYA.
AL-FATIHAH buatmu BINTANG SYURGA...
Biar darah jadi baja
biar tulangku menjadi tonggaknya
ISLAM tetap di puncak
biar IMAN-ku terus melonjak
Aku tegar
aku rela
sekalipun aku dihenyak
Burung-burung hijau terbang
Oh ku tenang melayang
SYURGA FIRDAUSI menunggu ku datang
bidadari pun tersenyum
merindu cumbu harum
di saat CINTA mekar-ku bercantum
Pergi-ku tak kembali
kerana memburu nikmat syurgawi
itulah yang hakiki itu yang abadi
dan ku tidak mati
bahkan hidup dengan rezki dari ILAHI
Kejayaan (kejayaan)
kebahagiaan (kebahagiaan)
bintang syuhada yang dirindukan
Datang datanglah wahai SYAHID
dambaan MUJAHID
aku relakan sakit yang sedikit
Dari tahanan sementara
biar aku nestapa
demi BAHAGIA untuk selamanya.
Tadahlah tangan, serahkanlah sepenuh HATI kepada-NYA.
Yakinlah...KUN FAYAKUN
DIA pasti memperkenankan permintaan, melapangkan kesusahan dan menyembuhkan kedukaan.
#ALHAMDULILLAH...Allah Beri CINTA-NYA...21-03-1436H | 12-01-2015M 09:43
No comments:
Post a Comment