Thursday, January 29, 2015

ABC#057

Salam Ukhuwwah Fillah 9 RABIUL AKHIR 1436H...Hari JUMAAT yang damai, tenang, dan penuh KASIH SAYANG dan CINTA-NYA Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH.

Sahabat HATI EMAS-ku yang dikasihi kerana ALLAH...

Mengingati dirimu...
Tanda persahabatan kita

Mengingati MATI...
Sumber keteguhan IMAN

Mengingati AKHIRAT...
Semulia-mulia ingatan

Mengingati ALLAH...
Nadi Ketenangan.

Dengan nama-NYA saya mulakan. DIA Yang Maha Penyayang telah mengizinkan saya terus menitipkan sesuatu buat peringatan diri ini yang banyak kekhilafan...Pena berTINTA EMAS meneruskan lakarannya....biiznillah, dengan izin-NYA.


Indah sinar Sang Suria
merdu irama sang bayu
tiada seindah wajah-MU
tiada semerdu suara-MU

Lembut bayu membelai
merdu burung berlagu
tiada selembut belaian-MU
tiada semerdu KAU berlagu

Keindahan wajah-MU jadi sumber ilhamku
suara-MU yang merdu menghiburkan hatiku
bertambah CAHAYA hidupku
KAU janji bersumpah setia
walaupun ribut melanda kan bersama

Selagi masih ada...sinaran mentari
selagi ada...iman di dada-ku
kan ku korban...jiwa raga
demi CINTA...untuk-MU ALLAH YANG ESA
***

Bila ada masalah...
 perasaan bercelaru dan gundah gelana..

 ada PENAWAR-nya.. 

BACA dan FAHAMI AL-QURAN. 

Janji Allah dalam Kalam -NYA pasti dapat menenangkan hati dan jiwa nan lara.
Ramai orang bercakap tentang ALLAH
tetapi tidak ramai bercakap kepada ALLAH
Banyakkanlah TAHAJJUD CINTA
Banyakkan DOA
Bercakaplah kepada ALLAH


09:128. Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari bangsamu, yang amat berat baginya kesusahan kamu serta mengharap akan keimananmu, lagi sangat kasihan dan penyayang kepada orang-orang yang beriman.

09:129. Jika mereka berpaling (tidak mahu beriman) hendaklah engkau katakan: Yang mencukupi untukku hanya ALLAH, tiada TUHAN kecuali DIA. Kepada-NYA aku bertawakkal dan DIA TUHAN Arasy yang besar.

(QS. At-Taubah, 128-129)


KAU datang ketika duka
dan bintang bercahaya
tunjukku ke jalan SYURGA

KAU datang ketika duka
dan bintang bercahaya
tunjukku ke jalan SYURGA

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

KAU datang ketika duka
dan bintang bercahaya
tunjukku ke jalan SYURGA

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
CINTA yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
TUHAN, ampuni hamba-MU

KAU datang ketika duka
dan bintang bercahaya
tunjukku ke jalan SYURGA

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga

Ya TUHAN-ku hanya pada-MU
tempat mengadu segala RINDU
limpahi ku RAHMAT KASIH-MU
dalam TAHAJJUD CINTA ber-SUJUD
***

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM...
Biarkan aku menangis
Malam ini dan malam-malam seterusnya
Seperti malam-malam sebelumnya

Kerna ENGKAU Maha Tahu
Kerna ENGKAU Maha Mengerti
Kerna ENGKAU Maha Memahami

Aku menangis
Supaya aku mampu tersenyum esoknya

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM...
Kusandarkan harapan
Kuserahkan HATI
Kuberikan JIWA
Kugadaikan perasaan
Hanya pada-MU

Itupun...
Hanya setelah aku gagal
Hanya setelah aku kecewa
Hanya setelah aku terluka
Dengan bersandar pada makhluk-MU

Ampunkan aku Ya ALLAH YA GHAFFAR...
Jika...hanya setelah semua itu
Baru aku sedar
Baru aku mengerti
Baru aku berusaha
Untuk kembali hanya pada-MU

Ya ALLAH Ya WADUD Yang Maha Pencinta..
Sungguh...
SAAT ini...
Au benar-benar RINDU pada-MU...

Air mata ini...
Sudah tidak mampu...

Biarlah..
Hanya ENGKAU Yang Maha Mengerti...

[hasilsenikreatifSAHABATFILLAH@JueKama]


Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-MU
Karna setiap jiwa telah bersumpah
Setia hanyalah kepada-MU

Bila CINTA ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah DIA
Hati 'kan memuja hanya pada-NYA

Ketika CINTA memanggil
Gementar tubuhku
Ketika CINTA memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika CINTA memanggil
Menderu Sang RINDU
Ketika CINTA memanggil

RINDU... RINDU... RINDU QALBU
Memanggil-manggil nama-MU
Seperti terbang di langit-MU
Tenggelam di lautan CINTA-MU

Bertabur QALBU yang RINDU
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika CINTA memanggil
***

===
Ya Allah Ya RAHMAN Ya RAHIM...
 Aku mohon kepadaMU agar KAU catatkan siapa pun yang membaca TINTA EMAS ini, 
menjadi orang-orang yang ENGKAU angkat kerajaannya. 
ENGKAU ampuni seluruh dosa-dosanya. 
ENGKAU buka MATA HATI yang tertutup. 
Engkau lembutkan HATI EMAS yang keras membatu. 
Engkau cahayai HATI yang gelap gelita. 

Ya Allah Ya RAHMAN Ya RAHIM...
 jadikanlah perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. 
Terpelihara dari fitnah dan musibah. 
Allahumma Aamiin Ya Rabbal Aa'lamiin.
[salindantampal dari http://www.fuadlatip.com/]
===

NOTA CINTA-NYA HARI INI...
***
09:09. Mereka menjual (menukar) ayat-ayat ALLAH dengan wang yang sedikit, lalu mereka menghalang jalan (agama) ALLAH. Sesungguhnya amat jahat apa yang mereka kerjakan.
(QS. At-Taubah, 9:9)


18:09. Adakah kamu menyangka bahawa penduduk gua dan batu bersurat, suatu tanda (kekuasaan) KAMI yang ajaib?
(QS. Al-Kahfi, 18:9)


09:18. Hanya yang memakmurkan masjid ALLAH ialah orang yang beriman kepada ALLAH dan hari yang kemudian serta mendirikan solat dan mengeluarkan zakat, sedang ia takut melainkan kepada ALLAH. Maka mudah-mudahan mereka itu termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk.
(QS. At-Taubah, 9:18)


#ALHAMDULILLAH...Allah Beri Cinta-NYA...09-04-1436H | 30-01-2015M 09:40
==
09:40. Jika kamu tidak mahu menolong Nabi, sesungguhnya ALLAH telah menolongnya, ketika orang-orang kafir mengusirnya sebagai orang kedua dari dua orang (seorang lagi ABU BAKAR) ketika keduanya dalam gua (bukit Thur), ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah kamu takut sesungguhnya ALLAH bersama kita. Jangan kamu berdukacita, sesungguhnya ALLAH bersama kita. Lalu ALLAH menurunkan ketenangan di atas dirinya dan menguatkannya dengan bala tentera yang tidak kamu lihat (malaikat) dan ALLAH menjadikan perkataan orang-orang kafir terbawah dan perkataan ALLAH tertinggi. Dan ALLAH Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

(QS. At-Taubah, 9:40)

No comments:

Post a Comment