Monday, January 19, 2015

ABC#048

Salam Ukhuwwah Fillah 29 RABIUL AWAL 1436H...Hari SELASA yang damai, tenang, dan penuh KASIH SAYANG dan CINTA-NYA Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH.


SELAMAT PAGI...
Mulakan hari-mu dengan DOA dan ceria di HATI...
Semoga setiap langkah-mu dirahmati...
dan dimurahkan rezeki.


Dengan nama-NYA saya mulakan. DIA Yang Maha Penyayang telah mengizinkan saya terus menitipkan sesuatu buat peringatan diri ini yang banyak kekhilafan...Pena berTINTA EMAS meneruskan lakarannya....biiznillah, dengan izin-NYA.


27:19. Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-MU yang ENGKAU kurniakan kepadaku dan kepada kedua-dua ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang ENGKAU redhai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmat-MU dalam kumpulan hamba-hamba-MU yang soleh.
(QS. An-Naml, 27:19)


Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM...
Sesungguhnya aku mencintai dia, 
maka cintailah dia serta cintailah siapa yang mencintainya.
(Direkodkan oleh Muslim dengan syarahan Nawawi)

YA ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM Ya SYAFIEY...
Peliharalah dan sihatkanlah si mujahid kecil ini 
MUHAMAD AMMAR FAHIM BIN MOHD FEIRDAUS,
ENGKAULAH Yang Maha Menyembuhkan, tidak ada penawar melainkan penawar-MU,
penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM..
Ya ALLAH anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna, berakal dan bijaksana, alim dan beramal.

Ya ALLAH...
Panjangkanlah umurnya dalam ketaatan, sihatkan tubuh badannya, dan indahkan akhlaknya, fasihkan lidahnya, perelokkan suaranya bagi membaca al-QURAN dan hadith dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w. dan segala puji bagi ALLAH, Tuhan semesta alam.

Ya ALLAH...
jadikan dia pemimpin di waktu besarnya dan tetapkan imannya seperti iman para nabi-MU hingga ke hari kiamat.

Ya ALLAH...
berikan rezeki yang halal lagi baik dan berkat.
Dekatkan dia dengan perkara-perkara yang baik, dan jauhkan dia dari perkara-perkara yang buruk lagi jahat.
Dengan kemurahan-MU wahai TUHAN Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 


#ALHAMDULILLAH...Allah Beri CINTA-NYA...29-03-1436H | 20-01-2015M 11:09


No comments:

Post a Comment