18:10. Ketika berdiam (berlindung) pemuda-pemuda itu ke dalam gua, lalu mereka berkata: Ya Tuhan kami, berilah kami RAHMAT dari sisi-MU dan siapkan untuk kami (keadaan) yang baik dalam urusan kami.
(QS. Al-Kahfi, 18:10)
Dengan nama-NYA saya mulakan. DIA Yang Maha Penyayang telah mengizinkan saya terus menitipkan sesuatu buat peringatan diri ini yang banyak kekhilafan...Pena berTINTA EMAS meneruskan lakarannya....biiznillah, dengan izin-NYA.
In every Tear, HE is There!
Some might say this world today shows
GOD’s left us to our mistakes oh
HE has never been
So far away
Some might say
How could any father stand
See his children across many lands
Suffer so and give no helping hand
No helping hand
Somewhere tonight
Far away and out of sight
There’s a child that’s too weak to cry
Hmmm
Deep in those eyes
Can’t you see HIM in disguise
Reaching out to the heart that’s in YOU
And I
In every tear
That is where
HE is there
HE’s the hand that wipes that brow
HE’s the tear that trickles down
Upon the face that cries without a sound
We need you now
What a simple choice to make
Between what YOU give and what you take
When what YOU give
Such precious life could save, life could save
Somewhere inside
There’s a part of you that asks why
Would HE leave so many so far behind
And deep in those eyes
Can’t you see HIM in disguise
Reaching out to the heart that’s in you
And I…
You'll always be in my DOA.
DOA tak mampu mengulang WAKTU..
Namun mampu membuat KESEMPATAN datang kembali..
DOA memberikan KEKUATAN kepada orang yang lemah..
Membuat orang yang tidak PERCAYA menjadi YAKIN..
Memberi KEBERANIAN kepada orang yang KETAKUTAN..
Sesungguhnya di setiap DOA ALLAH Memberi JAWAPAN..
Setiap KESULITAN ALLAH memberi KEMUDAHAN..
Setiap KETIDAK mungkinan masih ada KEAJAIBAN..
Oleh kerana itu ..
Bersabarlah..!!! Janji ALLAH itu BENAR...
Iringi Doa dengan IKHTIAR..!!!
#PRAY4PantaiTimur.
Ampunkanlah dosa kami Tuhan
Kami selalu membuat dosa
Maafkanlah kami wahai Tuhan
Agar selamat kami dari neraka
Anugerahkanlah kami taubat-MU Tuhan
dan KAU adalah penerima taubat
Kami tak mampu masuk neraka-MU
Kerana azab yang gerun dan dasyat
Tidak terperikan
Dengan rahmat-MU Tuhan ampunkanlah kami
Atau dengan kemaafan-MU ampunkanlah kami
Kalau ENGKAU azab kami
Kamikan jua hamba-MU Tuhan
Kebesaran-MU tetap tidak terjejas
Kau ampunkan kami keampunan-MU tidakkan tergugat
Kerana tiada siapa yang boleh mengampunkan
Kerana setiap itu adalah ciptaan-MU
Kami sentiasa mengharap
Kami sentiasa meminta
Kami takkan berputus asa dengan MU selama-lamanya
Kami tidak jemu-jemu meminta dengan rahmat-MU
*****************
ALHAMDULILLAH...kerana-NYA kami bersilaturrahim selepas 16 tahun.
~SILATUR-RAHIM SMKA SHAMS [SPM'97]~
INSHA-ALLAH...Untuk Semua Janji-mu!
Pabila berjanji ucaplah INSHA ALLAH
Sebagai tanda tidak mungkir
Begitulah pesan AL-QURAN
18:23. Dan jangan kamu mengatakan tentang sesuatu urusan: Esok hari akan saya (kerjakan) itu,
18:24. Melainkan jika dikehendaki ALLAH. Ingatlah Tuhanmu, jika kamu lupa (menyebut-NYA); dan katakanlah: Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan aku dengan petunjuk kepada yang lebih dekat kepada kebenaran daripada ini.
(QS. Al-Kahfi, 18:23-24)
Tujuan menyandarkan setiap janji kita dengan lafaz INSHA-ALLAH yang bermaksud 'jika dikehendaki ALLAH' kerana kita wajib mengotakan janji. Tetapi, kita tidak tahu apa yang akan berlaku sebelum tiba MASA untuk mengotakan janji tersebut. Maknanya, jika ALLAH kehendaki, maka janji tersebut akan terlaksana. Jika sebaliknya, maka itu bukan lagi kesalahan kita kerana kita telah berusaha namun DIA jua yang tidak mengizinkannya.
Apabila janji disertakan dengan lafaz INSHA-ALLAH dan tekad yang kuat, hanya kehendak ALLAH sahajalah yang menghalang janji tersebut dikotakan. Tentulah ada hikmah lain apabila janji yang ditekadkan itu tidak dapat dilaksanakan. Sesungguhnya, kita tidak tahu tentang apa yang akan berlaku di sebalik perancangan kita dan pelaksanaan ILAHI.
Ayat 24 Surah al-Kahfi ini turut mengajar kita bagaimana untuk merawat sifat lupa. Tentu kita pernah melalui saat-saat di mana terlupa di mana kita menyimpan sesuatu barang. Atau terlupa apa yang baru seminit yang lalu. Oleh itu, sebutlah nama ALLAH. Itulah petuanya!
Pernahkah berlaku, kita terhilang kata-kata dan mengalami kekecewaan sehingga tidak tahu apa yang patut dilakukan? Bacalah ayat ini berulang kali, INSHA ALLAH...DIA akan melorongkan kita ke jalan penyelesaian yang baik. Lebih hebat lagi, kita tidak menjangka akan menemui penyelesaiannya. Itulah keajaiban ayat-ayat suci al-QURAN sekiranya kita meyakininya.
#ALHAMDULILLAH...Allah Beri CINTA-NYA..18-03-1436H | 09-01-2015M | 08:24
===
08:24. Wahai orang-orang yang beriman, perkenankan (seruan) ALLAH dan rasul, apabila rasul menyeru kamu untuk memberi kehidupan kepada kamu, dan ketahuilah bahawa ALLAH membataskan antara manusia dengan HATI-nya, dan sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepada-NYA.
(QS. Al-Anfal, 8:24)
No comments:
Post a Comment