Friday, June 5, 2015

ABC#121

Salam Mahabbah Fillah 19 Syaaban 1436H.. Hari SABTU yang ceria, damai dan penuh cinta-NYA. Semoga segala urusan kita sepanjang hari ini DIA permudahkan. Segunung Kasih, Selangit Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat semua sahabat fillah yang dikasihi kerana ALLAH.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU buat diri kami sehingga detik MASA ini.

Dengan lafaz BISMILLAH.. Lakaran bicara hati emas ini dimulakan buat peringatan yang sering alpa dan penuh kekhilafan.

18:10. Behold, the youths betook themselves to the Cave: they said, "Our Lord! Bestow on us Mercy from YOURSELF,  and dispose of our affair for us in the right way!"
(QS. Al-Kahfi, 18:10)


01:06. Tunjukanlah kami ke jalan yang lurus.
(QS. Al-Fatihah, 1:6)


Apabila berlaku kesesakan di lebuh raya, akan wujud TIGA golongan pemandu di lebuh raya:

Golongan PERTAMA: Golongan yang hilang sabar.
Mereka ini terus memecut ke hadapan, memintas orang lain dengan melanggar undang-undang. Ramai yang buat begitu. Asalkan matlamat diri tercapai, peduli apa undang-undang atau nilai-nilai murni.

Golongan KEDUA: Golongan yang mematuhi undang-undang kerana terpaksa.
Mereka meneruskan perjalanan dengan hati yang terseksa. Menyumpah sepanjang perjalanan. Muka berkerut dan geram. Jika terperangkap dua jam, dua jam itulah hilang bahagia dan ketenangan. 

Golongan KETIGA: Golongan yang BAHAGIA dan TENANG sepanjang perjalanan.
Mereka lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dalam perjalanan. Mereka tenang dan senang-senang sahaja. 

Sesak? Ya, itu memang sudah dijangkakan. Jadi, golongan ini lebih bersedia.

Memintas di lorong keccemasan? Oh...tidak sama sekali! Mereka ini mempunyai prinsip nilai yang tinggi.

Siapa pun hendak cepat, tetapi apa maknanya kalau kita hilang nilai sabar, timbang rasa, tolak ansur dan hormat-menghormati. Mereka tahu apa yang mereka kejar dalam hidup ini.

Terseksa? Tidak mereka BAHAGIA.

Susah, memang susah. Tetapi mereka telah bersedia dengan bahan atau alat-alat tarbiah dan hiburan sebagai bekalan. Alangkah baik apabila ada CD atau kaset ceramah serta ayat QURAN yang menjadi teman perjalanan. Untung juga dapat belajar dan berhibur dengan sesuatu yang bermanfaat.

Kekadang terperangkap sejam dua, menghadiahkan MASA untuk kita mendapat ILMU melalui ceramah atau kuliah mahupun diskusi ilmu bersama-sama keluarga atau teman-teman sekereta. Boleh jadi, satu permasalahan keluarga dapat diselesaikan. Apalagi kalau kita terperangkap dalam kesesakan bersama orang yang kita cintai. Ahhh...tidak terasa segalanya.

Malah, aneh kan...kekadang semakin lama terperangkap semakin nikmat rasanya. Rasa CINTA kata orang, ajaib nikmatnya. CINTA merubah kesesakan jalan raya menjadi medan CINTA. Dan CINTA mampu memutar jarum waktu menjadi terlalu laju dalam arloji RASA.

Di manakah kita?

Golongan pertama yang rakus hidup tanpa nilai?
Golongan kedua, pengecut yang hidup marah-marah tanpa ketenangan?
Golongan ketiga yang hidup dengan ketenangan atas keyakinan..ada sesuatu yang lebih berharga dalam litar kehidupan yang tidak sekali-kali ingin dikorbankan di litar jalan raya.

Ketika orang menjadi rakus, buas dan berebut-rebut memburu kejayaan dengan mengorbankan nilai-nilai kemanusiaan dan agama, apakah kita menjadi marah kerana tidak mampu menjadi mereka. Atau kita terus bahagia mengikut jalan kebenaran kerana tidak mahu menjadi seperti mereka?

Ya, kalau kta bersesak-sesak kini, dulu dan nanti di lebuh raya..cuba kenang-kenangkan ole-ole renungan yang sederhana ini. Lebuh raya HAKIKAT cerminan lebuh raya KEHIDUPAN yang lebih luas dan mencabar. 

Kenang-kenangkan destinasi dalam kembara yang singkat ini. Korban di jalan kehidupan ini sesungguhnya lebih dahsyat daripada korban jalan raya yang sering digembar-gemburkan oleh media massa. Kita di golongan yang mana? 

[Pahrol Mohd Juoi| Di mana DIA di hatiku?]


DESTINASI CINTA
*******

Menyingkap tirai HATI
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-MU, TUHAN
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai air mata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi CINTA yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam HATI
Telah ku redah daerah CINTA
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang KASIH-MU

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama HATI
(Destinasi CINTA ILAHI)

Lestarikan wadi QALBU-ku, oh TUHAN-ku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku MELAMAR REDHA-MU
Namun masihku mengharap AMPUNAN-MU
Wahai TUHAN-ku
 Ya ALLAH

-----

NASIHAT UNTUK SAUDARIKU
*****

Saudariku..
Wanita adalah makhluk yang mulia
Maka janganlah engkau mencampakkan kemuliaanmu



Seorang wanita harus punya harga diri
Jangan seperti bunga yang bisa didatangi setiap kumbang
Tapi jadilah seperti mutiara dalam kerang di dasar lautan
Ia amat berharga dan mulia di pandangan manusia
Mulia juga di pandangan Pencipta

Lihatlah Maryam bintu Imran
Wanita terbaik di dunia
Ketika didatangi malaikat Jibril berbentuk lelaki
ia berkata:
Aku berlindung kepada Ar-RAHMAN jika kamu lelaki bertaqwa


Lihatlah pada bidadari syurga
Allah menyifati mereka..
"Mereka tak pernah disentuh oleh seorangpun manusia tidak pula jin."

Mereka menjadi mulia kerana menjaga kehormatan

***


NOTA CINTA-NYA HARI INI
*******
19:16. Dan ingatlah (riwayat) MARYAM dalam Kitab, ketika dia berpisah dari keluarganya ke tempat di sebelah timur.

19:17. Lalu dibuatnya dinding antaranya dengan mereka. Kemudian KAMI utus kepadanya roh KAMI (Jibril), lalu dia merupakan dirinya sebagai manusia yang sempurna.

19:18. Berkata Maryam: Sesungguhnya kepada yang Maha Pengasih daripada (kejahatan kuberlindung) engkau, jika engkau orang yang bertaqwa,

19:19. Dia berkata: Aku hanya utusan Tuhanmu, supaya kuberi engkau seorang anak yang suci.

19:20. Dia (Maryam) berkata: Bagaimanakah aku akan menperolehi seorang anak, sedang aku belum pernah disentuh manusia dan aku bukan pula orang jahat.

19:21. Dia berkata: Demikianlah (akan terjadi). Tuhanmu berfirman: Ia mudah bagiKU, dan supaya KAMI jadikan ia satu tanda (kekuasaan KAMI) untuk manusia dan satu rahmat daripada KAMI dan adalah kejadian itu satu perkara yang telah diputuskan.

19:22. Kemudian Maryam mengandung, lalu dia berpindah ke tempat yang jauh.

19:23. Lalu dia berlindung ke pohon kurma, kerana sakit melahirkan anak, dia berkata: Aduhai kiranya, matilah aku sebelum ini dan adalah aku lupa yang dilupakan.

19:24. Kemudian Jibril menyerunya dari bawah pohon itu: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya TUHAN-mu telah mengadakan di bawah engkau air sungai.

19:25. Dan goyanglah pohon kurma itu, nescaya dijatuhkan kepada engkau buah yang masak.

19:26. Sebab itu makanlah dan minumlah dan senangkanlah hatimu! Jika engkau melihat seorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku telah bernazar kepada Yang Maha Pengasih, akan berpuasa, dan tidak akan berbicara dengan manusia pada hari ini.

19:27. Kemudian Maryam membawa anaknya kepada kaumnya dengan mendukungnya. Mereka berkata: Wahai Maryam! Sesungguhnya engkau telah membawa sesuatu yang ajaib.

19:28. Wahai saudara Harun! Bapa engkau bukan seorang yang jahat dan ibu engkau bukan pula perempuan jahat (penzina).

19:29. Lalu Maryam mengisyaratkan kepada anaknya. Mereka berkata: Bagaimanakah kami akan berbicara dengan bayi yang masih dalam buaian?

19:30. Dia berkata: Sesungguhnya aku seorang hamba ALLAH. DiberikanNYA kepadaku al-Kitab (Injil) dan dijadikanNYA aku seorang nabi.

19:31. Dan dijadikanNYA aku seorang yang diberkati (berguna kepada manusia), di mana sahaja aku berada dan diwasiatkanNYA kepadaku (mengerjakan) solat dan dan (membayar) zakat selama aku masih hidup.

19:32. Dan berbuat baik kepada ibuku dan bukanlah aku dijadikanNYA seorang yang sombong dan derhaka.

19:33. Dan selamat sejahtera bagiku pada hari ini aku dilahirkan, pada hari aku diwafatkan dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali.

19:34. Itulah ISA anak MARYAM dan itulah kebenaran yang mereka ragu-ragukan tentang (kebenaran)nya.

19:35. Bukanlah ALLAH mengambil (mempunyai) anak, DIA Maha Suci (daripadanya). Apabila DIA hendak mengadakan sesuatu, maka DIA hanya berkata kepadanya: Jadilah engkau! Maka jadilah ia.

19:36. Dan sesungguhnya ALLAH TUHAN-ku dan TUHAN-mu, sebab itu sembahlah DIA. Inilah jalan yang lurus.

(QS. Maryam, 19: 16-36)


PERINGATAN Buat HATI EMAS-ku





Pasak-pasak bumi telah ALLAH gegarkan. 
Selepas Everest kini Kinabalu. 
Kaki gunungnya di Kundasang, RANAU.

Beruntunglah bagi mereka yang mengambil pengajaran.

Pada yang tidak pernah menyedari, hal ini sekadar berita dan ia akan berlalu begitu sahaja.
[Fuad Latip | 05-06-2015M]

 -----
 #ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta-NYA.. 19-08-1436H | 06-06-2015M 11:18






No comments:

Post a Comment