Monday, June 8, 2015

ABC#124

Salam Mahabbah Fillah 22 Syaaban 1436H.. Hari SELASA yang ceria, damai dan penuh cinta-NYA. Semoga segala urusan kita sepanjang hari ini DIA permudahkan. Segunung Kasih, Selangit Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat semua sahabat fillah yang dikasihi kerana ALLAH.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU buat diri kami sehingga detik MASA ini.

Dengan lafaz BISMILLAH.. Lakaran bicara hati emas ini dimulakan buat peringatan yang sering alpa dan penuh kekhilafan.


It's TUESDAY.. ALHAMDULILLAH.

IN SHAA ALLAH..
Kira-kira 8 HARI LAGI untuk RAMADHAN Tiba!

Semoga diberikan-NYA kesempatan bertemu RAMADHAN kali ini.

RAMADHAN yang ku-RINDU..
Tinggal menghitung HARI kita bertemu..
Namun sudahkah diri ini menyiapkan
Penawar RINDU itu?


Di Mana DIA Di HATI-ku?
*****
Berilah aku keyakinan
yang menimbulkan keberanian HATI
Kurniakanlah aku kebijaksanaan
yang membuahkan kerendahan DIRI


Semasa RASULULLAH s.a.w. dan Saiyidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur, dalam perjalanan untuk berhijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka.

Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w. menenangkannya dengan berkata:

"Jangan takut, ALLAH bersama kita."

Itulah kehebatan RASULULLAH, ALLAH sentiasa di HATI-nya.

Sewaktu Da'thur, seorang tentera musuh menyerang hendap RASULULLAH s.a.w. lalu meletakkan pedang ke leher baginda dan bertanya:

"Siapakah akan menyelamatkan kamu daripadaku?"

Jawab RASULULLAH penuh yakin:

"ALLAH."

Mendengar jawapan itu, gementarlah Da'thur dan terlepaslah pedang daripada tangannya. Itulah kehebatan RASULULLAH.. sentiasa ada DIA di hati baginda.

*****
Diceritakan juga bahawa pada suatu ketika Khalifah Umar Al-Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah sebuah padang pasir.

"Boleh kau jualkan kepadaku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?"

"Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja."

"Kambing itu terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini. Jika kamu jualkan seekor kepadaku dan kamu katakan kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuanmu tidak akan mengetahuinya." desak Sayidina Umar lagi, sengaja menguji.

"Kalau begitu di mana ALLAH?" ujar si pengembala kambing itu.

Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam HATI anak kecil itu. Walaupun hanya seorang pengembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya, dia punya kedudukan yang tinggi di sisi ALLAH. Jelas ada DIA di HATI-nya.

*****
Satu ketika yang lain, Sayidina Khalid Al-Walid diturunkan pangkatnya daripada seorang general menjadi seorang askar biasa oleh Khalifah Umar. Keesokannya, Sayidina Khalid Al-Walid tetap ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas sedikit pun perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkatnya.

Ketika ditanya mengapa, Sayidina Khalid menjawab:

"Aku berjuang bukan kerana Umar."

Ya, Sayidina Khalid berjuang kerana ALLAH. Ada DIA di HATI-nya.

***
Melihat anekdot-anekdot itu, aku terkesima lalu bertanya pada diri, di manakah DIA dalam HATI-ku? Apakah ALLAH sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk serta membujuk HATI-ku yang rawan?

ALLAH ciptakan manusia hanya dengan SATU HATI.

Di sanalah sewajarnya CINTA ALLAH bersemi. Jika CINTA ALLAH yang bersinar, sirnalah segala CINTA yang lain. Tetapi jika sebaliknya, CINTA selain-NYA yang ada di situ, maka CINTA ALLAH akan terpinggir. Ketika itu, tiada DIA di HATI-ku!

Sering diri ini berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidupku, kata mereka (dan aku amat yakin dengan kata itu):

"Apabila ALLAH ada di HATI-mu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki."

Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah ALLAH menjadi tumpuan dalam hidupku? Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-NYA? Bila bertembung antara kehendak-NYA dengan kehendakku, kehendak siapa aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerana-NYA? Tegakah aku membenci juga kerana-NYA?

Muhasabah ini melebar lagi. Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam-MU? Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?

Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa HATI yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai-MU, ya ALLAH. Dan aku juga tidak dapat mendustai diri sendiri.

*****
Aku teringat bagaimana suatu ketika seorang SUFI diajukan orang dengan satu soalan:

"Apakah engkau takutkan ALLAH?"

Dia menangis dan menjawab:

"Aku serba salah untuk menjawab YA atau TIDAK. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikapku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan ALLAH bergetar HATI-nya bila mendengar ayat-ayat ALLAH tapi aku tidak.."

Maksudnya, jika seorang SUFI yang HATI-nya begitu hampir dengan ALLAH pun sukar bila ditanyakan apakah ada DIA di HATI-nya, lebih-lebih lagilah aku yang hina dan berdosa ini. Di HATI-ku masih ada dua CINTA yang bergolak dan berbolak-balik. Antara CINTA ALLAH dan CINTA dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.

Kalau kau tanyakan aku:

"Adakah DIA di HATI-mu?"

Aku hanya mampu menjawab:

"Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di HATI-ku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-NYA tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-NYA."

Justeru, kerana belum ada DIA di HATI-ku, hidupku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari. Aku yakin ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Dan akhirnya, aku yakin..... suatu saat nanti, akan ada DIA di HATI-ku dan di HATI-mu jua.
Dan kita akan terus mengemis kasih-NYA.....

SUMBER:
[Pahrol Mohd Juoi | Indahnya Bila DIA Di HATI-ku| Di Mana DIA di HATI-ku?]



Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri 
Aku takkan tempuh lagi
Apakah KAU terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandangan-MU
Yang kabur kerna jahilnya aku
Mengapa CINTA-MU tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa CINTAku tetaplah KAU di sana
Aku tanpa CINTA-MU
Bagai layang-layang terputus talinya
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri 
Aku takkan tempuh lagi
Apakah KAU terima CINTA-ku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandangan-MU
Yang kabur kerna jahilnya aku
Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis KASIH-MU TUHAN
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh CINTA-MU
Walau ranjaunya menusuk pedih


For Your Every TARGET...
... BEST of LUCK!


"JODOH-mu Cerminan Diri-mu."
*****
Jika sekarang kamu sedang memperbaiki diri-m, 
IN SHAA ALLAH jodohmu juga sedang memperbaiki diri-nya.

Jika sekarang kamu sedang menjaga HATI EMAS-mu,
IN SHAA ALLAH jodohmu juga sedang menjaga HATI EMAS-nya.

ISTIQAMAH-lah dalam Perubahan!

Bukan untuk dia tapi untuk DIA.

Percaya pada Taqdir ALLAH.

Andainya tiba MASA-NYA,
kamu akan bertemu dengan jodohmu jua.

Jika tidak bertemu di SINI,
IN SHAA ALLAH akan dipertemukan-NYA di SANA.


YA ALLAH..
Persiapkanlah HATI EMAS ini
Untuk menerima segala pemberian-MU 
dengan RASA SYUKUR dan GEMBIRA.

Ya ALLAH..
Permudahkanlah segalanya dan 
berikanlah segala yang terbaik dari sisi-MU.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..


Ya ALLAH Ya WADUD Yang Maha Pencinta..
Kurniakanlah kepada kami pendamping yang terbaik
Pernikahan yang barakah
Rumahtangga yang sakinah
Keturunan yang soleh dan solehah
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..


NOTA CINTA-NYA HARI INI
*******
22:19. Inilah dua golongan (golongan mukmin dan kafir) yang bertengkar, mereka bertengkar mengenai Tuhan mereka. Maka bagi orang kafir akan dibuatkan pakaian-pakaian dari api (neraka) untuk mereka. Ke atas kepala mereka akan disiramkan air yang mendidih.

22:20. Dengan (air mendidih) itu akan dihancurluluhkan apa yang ada dalam perut dan kulit mereka.

22:21. Dan (azab) untuk mereka cambuk-cambuk dari besi.

22:22. Setiap kali mereka hendak keluar darinya (neraka) kerana terseksa, mereka dikembalikan (lagi) ke dalamnya. (Kepada mereka dikatakan): Rasakanlah azab yang membakar ini!

22:23. Sungguh, ALLAH akan memasukkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Di sana mereka diberi perhiasan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka dari sutera.
(QS. Al-Hajj, 22: 19-23)

---
#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta-NYA.. 22-08-1436H | 09-06-2015M 11:11




No comments:

Post a Comment