Friday, June 19, 2015

ABC#131

Salam Mahabbah Fillah 3 RAMADHAN al-Mubarak 1436H.. Hari SABTU yang ceria dan penuh kasih sayangNYA.. Segunung Kasih Selangit Sayang Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dikasihi kerana ALLAH.. Semoga segala urusan kita sepanjang hari ketiga berpuasa di bulan tarbiyah ini DIA permudahkan.

Dengan lafaz BISMILLAH..warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas anugerah Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU buat diri kami sehingga detik MASA ini.


DOA RAMADHAN HARI KETIGA

Ya ALLAH…
Berikanlah daku rezeki akal dan berhati-hati.
Jauhkanlah daku dari kebodohan dan kesesatan. 
Dan sediakanlah untukku 
sebahagiaan dari segala kebaikan yang DIKAU turunkan; 
Demi Kemurahan-MU.. 
Wahai Yang Maha Dermawan dari semua dermawan.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..


Semoga hari ini ALLAH tetap menjaga, menyihatkan, melimpahkan rezeki, menguatkan iman, Islam dan Ihsan serta membawa kami kepada kemuliaan hidup di dunia sampai ke syurgaMU Ya ALLAH.. 
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..
#SILATUR-RAHIM 3 RAMADHAN 1436H

*******
Ya ALLAH..
Semua rencana-MU tentunya ialah yang terbaik untuk kami..
Rencana-MU adalah rencana yang sempurna.
Tidak akan ada kekurangan sedikitpun..
Rencana-MU adalah rencana yang selalu benar.
Tidak ada kesalahan sedikitpun dalam rencana-MU..
Lancarkanlah..
Mudahkanlah urusan kami hari ini..
Tidak ada yang sulit bagiMU Ya Rabb..
Sungguh kami tiada daya untuk melakukan apa-apa melainkan izinMU..
Kami mohon, ikhlaskan HATI EMAS kami atas apa yang akan terjadi..
Kuatkanlah HATI EMAS kami atas apa yang akan kami hadapi..
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..


-----
DOA adalah kekuatan..

Jangan pernah dilupakan..

ALLAH itu dekat..

Menunggumu berdoa dan bersandar kepadaNYA.

-----


Jazakallah khairan kathira..
Terima kasih atas doa dan ingatan semua sahabat fillah HATI EMAS 
yang dicintai kerana ALLAH di hari ulangtahun kelahiran-ku yang ke-35 ini..
Semoga segala urusan sahabat semua sentiasa dalam redhaNYA dan dipermudahkanNYA selalu. Segala doa dan hajat kalian DIA pasti perkenankan apabila sampai MASA-NYA.. 
In shaa ALLAH..dengan izinNYA..
Biiznillah.

*****
DOA buat Sahabat Fillah HATI EMAS kesayangan hamba..
*****
46:15. .. Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMU 
yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, 
dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; 
dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. 
Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, 
dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).

(QS. Al-Ahqaf, 46:15)


*****#001#*****
Assalam Maznah.. 
Ramadhan Kareem..
Selamat menyambut ulangtahun kelahiran.  
Alhamdulillah dipanjangkan usia oleh Allah dan diberi peluang bertemu Ramadhan sekali lagi....
semoga mendapat keberkatan usia, 
kesihatan jasad serta keselamatan iman..
Semoga ibadah puasa kita diterima Allah 
InshaaAllah.

*****#002#*****
Tiada kata secantik bahasa
Untuk kupuji dirimu
Tiada gambar secantik lukisan
Nak ku tunjuk perasaan
Selamat ulangtahun kelahiran sahabat
Semoga hari-harimu sentiasa diberkati dan dirahmati olehNYA.
Dibekalkan rezeki tanpa putus malah bertambah.

Happy Best-Day.

p/s: lekas² kawin..tak sabar nak tunggu nasi minyak. Hehehe..

*****#003#*****
Sanah Helwah Sahabatku Achik,
moga Allah memberikan keberkatan rezeki,
mengurniakan kesihatan yang baik,
memanjangkan umur untuk beribadat,
menghadiahkanmu jodoh yang soleh 
dan memudahkan segala urusanmu dunia akhirat.
Aamiin..

*****#004#*****
Assalamualaikum....
Selamat hari lahir Maznah.....

"Happy Birthday 2U.."


*****#005#*****
Happy bdy Maznah Ismail dan Radzuran Ismail.
Moga sentiasa di dlm rahmat Allah swt.
Aamiin




*****#006#*****
Gembira hari lahir, Dr. Maznah Ismail!
Moga Allah memberkati umurmu!

*****#007#*****
Hepi besshhday Doc maznah
Smge sentiase dlm rahmat Allah swt...
Aamiin..

*****#008#*****
Assalam....Maznah,
slamat ulangthn...
smoga sentiasa dilimpahi rahmat Ilahi...

*****#009#*****
Happy birthday to you. .
May Allah bless you with many happiness.

*****#010#*****
Happy birthday Sis.
Semoga sehat selalu dan Allah tambahkan rezeki.

*****#011#*****
Selamat ulangtahun kelahiran..
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki 
serta diberkati ALLAH hendaknya kehidupan di dunia dan di akhirat.
Aamiin..

*****#012#*****
Assalam..
Selamat hari jadi dik..
Semoga sihat dalam menjalani ibadah puasa dan sihat juga dalam menjalankan tugas harian.
Aamiin..

*****#013#*****
Selamat Hari Lahir Ateh Maznah Ismail..
Semoga ceria, bahagia di samping keluarga dan diberkati ALLAH di dunia dan di akhirat.
Aamiin..

*****#014#*****
Assalamualaikum..
Selamat hari jadi..
Semoga panjang umur dan murah rezeki.
Dari Radhi dan Zainab sekeluarga.

*****#015#*****
Hepi belated bday yo dik..
Semoga tabah menghadapi hari-hari mendatang.

*****#016#*****
Selamat ulangtahun kelahiran kawanku Maznah Ismail..
Semoga sentiasa dalam lindungan dan keberkatan Allah..
Berbahagia bersama insan tersayang..

*****#017#*****
Maznah Ismail

Happy birthday to u!

Semoga dirimu sentiasa diberkati dan diredhai ALLAH.
Cantik sungguh.. Jatuhnya ia di bulan suci Ramadhan al-Mubarak..
Semoga setiap orak langkahmu diiringi kejayaan.

Love: kak EL

*****#018#*****
HB sahabatku Maznah Ismail..
Semoga kamu sentiasa dirahmati ALLAH.

*****#019#*****
Selamat Hari Lahir Acik..
Semoga mendapat umur yang berkat, 
ilmu yang bermanfaat, 
bahagia dunia akhirat.. 
In Shaa ALLAH..
Aamiin..



*****#020#*****
Sanah Helwah Akeh..
Moga sentiasa sihat..
Tercapai segala yang dihajati..
Aamiin..



*****#021#*****
Happy Birthday to kak Maz!!
Moga happy selalu


*****#021#*****
Salamun alaikum.
Specially dedicated to my dearest personssss, ayah (RADZURAN ISMAIL) dan ateh (MAZNAH ISMAIL) ☺
🎉Sanah helwah ya habibii wa habibaati albii gawiyy wa gawiyyah, malihh wa maliihah!🎉
🚶Semoga diberkati usia yang semakin meningkat. Dan semoga semakin bertambahnya angka pada usia bertambah pula amal baik seiring dengan usia, biiznillah.
🏃Semoga terus melaju buat ummah. Dan semoga dipermudahkan segala urusan, in sha Allah.

Nah ole2 daripada Mafraq. Keh.
"...sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan yg buruk..."
(surah hud:114)

kesalilah kelalaian semalam, kerana Allah maha Pengampun walau kita ini pendosa tegar..

🌸 يوم ﻣﺒﺎﺭك ☺


1 HARI 1 JUZ 1 UKHUWWAH FILLAH..
#JUZ 3
#QS. Al-Baqarah, 02: 253-286
#QS. Ali Imran, 03: 01-91
#Warkah Pengikat HATI EMAS:
[Maghrib | Isyak | Subuh | Zohor | Asar]
[4 muka surat | 4 muka surat | 4 muka surat | 4 muka surat | 4 muka surat]
-----


RINGKASAN JUZUK 3
Cita-cita kekhalifahan yang amat besar ini harus dipikul dengan taat, bertawakkal dan berserah diri kepada Allah dalam memikulnya, al-Baqarah menyudahkan cerita dengan doa agar Allah memberi taufiq dan panduan-Nya kepada kita. memasuki surah Ali-imran iaitu kembara al-Baqarah (Kedua-duannya digelar az-Zahrawain), al-Quran meminta kita agar terus teguh (tsabat) kepada cita-cita khalifah ini. Agar dunia seluruhnya dipandu oleh al-Quran

PERISTIWA
Kewafatan Sayidatina Fatimah r.a pada 11 Hijrah, anak perempuan Baginda Rasulullah s.a.w

HIDUPKAN RAMADHAN DENGAN MASJID
Sebagai langkah praktikal memahami dan menikmati al-Quran, anjurkan pengajian tafsir al-Quran dirumah anda. Dalamilah sebab penurunan (asbab nuzul) ayat-ayat al-Quran dan sebahagianya. Tidak perlu terlalu kompleks, gunakan kitab tafsir Bahasa Melayu yang mudah.

#RAMADHAN Milik Kita
#Risalah Harmoni
#RMK003


NOTA CINTA-NYA HARI INI
*******
23:03. Dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna,
(QS. Al-Mukminun, 23:3)

03:03. Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil.
(QS. Ali Imran, 3:3)

03:08. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMU; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-NYA.
(QS. Ali Imran, 3:8)

03:200. Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).
(QS. Ali Imran, 3:200)

------
#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta-NYA.. 03-09-1436H | 20-06-2015M 11:01

No comments:

Post a Comment