Thursday, June 18, 2015

ABC#130

Salam Mahabbah Fillah 1 Ramadhan 1436H.. Hari KHAMIS yang damai dan penuh cinta-NYA.. Semoga segala urusan sepanjang hari pertama berpuasa ini sentiasa dalam redhaNYA dan dipermudahkanNYA segala urusan.. Segunung Kasih Selangit Sayang Selaut Cinta di Muara RINDU.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas anugerah agungMU; Ihsan, Iman dan Islam buat diri kami sehingga detik MASA ini.


DOA RAMADHAN HARI PERTAMA

Ya ALLAH..
Mohon jadikanlah puasaku 
sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa. 
Dan ibadah malamku 
sebagai ibadah orang yang benar-benar melakukan ibadah malam.
Dan bangunkanlah aku dari tidurnya orang-orang yang lalai. 
Mohon hapuskanlah dosaku Wahai Tuhanku 
Wahai Tuhan sekalian alam..
Dan ampunilah aku..
Wahai Maha Pengampun bagi orang-orang yang berbuat dosa. 
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..



RAMADHAN..

Time to recharge our IMAN!


Ya ALLAH..
Berikanlah kekuatan kepada kami untuk melipatgandakan ibadah kami
dalam bulan RAMADHAN 1436H ini..
Kami mengharapkan pertolongan-MU untuk terus ISTIQAMAH..
Jadikanlah RAMADHAN kali ini yang terbaik dalam hidup kami..
Tingkatkan TAQWA dalam diri kami..
Anugerahkanlah keampunanMU kepada kami..
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..

Selamat berbuka puasa..

Bismillah..

Telah hilang rasa haus..

Kerongkongku telah basah..

Pahalaku telah tetap..

In shaa ALLAH..

~*~*~*~*~

1 HARI 1 JUZ 1 UKHUWWAH FILLAH
Warkah Pengikat HATI EMAS

JUZ 1
QS. Al-Fatihah,1: 1-7
QS. Al-Baqarah,2: 1-141

RINGKASAN JUZUK 1
Selepas memulakan bicaranya dengan bertahmid melalui surah al-Fatihah, al-Baqarah selanjutnya memaparkan tiga model khalifah yang pernah memimpin bumi; dimulai dengan Adam a.s sebagai khalifah pertama, seterusnya Bani Israel sebagai manifestasi kegagalan melaksanakan tanggungjawab khalifah dan akhir sekali Ibrahim a.s sebagai contoh khalifah yang ulung.
Kita semua adalah khalifah yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan bumi berpandukan risalah al-Quran yang mulia.

PERISTIWA
Pembukaan Kota Andalus pada tahun 91 Hijrah oleh Muslimin yang dipimpin Panglima Tareq bin Zeyad.

HIDUPKAN RAMADHAN DENGAN AL-QURAN
Luangkanlah masa untuk al-Quran bukan menunggu masa terluang untuk al-Quran. Tilawah (baca al-Quran),Tadarus (baca al-Quran secara berkumpulan dan saling menyemak), Tadabbur (memahami dan menghayati makna-makna al-Quran).

#RAMADHAN Milik Kita
#Risalah Harmoni
#RMK001



DOA RAMADHAN HARI KEDUA

Ya ALLAH..
Mohon dekatkanlah aku kepada keredhaan-MU 
dan jauhkanlah aku dari kemurkaan serta balasan-MU.
Mohon berilah aku kemampuan 
untuk membaca ayat-ayatMU dengan rahmatMU.
Wahai Maha Pengasih dari semua yang Pengasih. 

Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..


~*~*~*~*~

1 HARI 1 JUZ 1 UKHUWWAH FILLAH
Warkah Pengikat HATI EMAS

JUZ 2
QS. Al-Baqarah,2: 142-252

RINGKASAN JUZUK 2
Kali ini al-Quran menjelaskan kepada kita dengan terperinci berkenaan pensyari’atan di atas muka bumi. Ia terletak di bahu khalifah iaitu kita semua untuk menjayakan perlaksanaannya.
Khalifah seperti yang disebutkan dalam juzuk yang sebelum ini, dibekalkan pula dengan kefahaman-kefahaman yang jelas berkenaan tatacara melaksanakan tanggungjawabnya.
Setiap aspek syari’at Islam dibincangkan secara tekstual dan kontekstual. Termasuklah hal-hal ibadah, ekonomi, sosial dan politik.

PERISTIWA
Kelahiran Ibn Khaldun pada tahun 732 Hijrah, seorang sejarawan serta pakar sosiologi Islam dan dunia.

HIDUPKAN RAMADHAN DENGAN MASJID

Hadirkan diri ke masjid. Hidupkan masjid sebagai pusat tumpuan umat Islam ketika bulan Ramadhan khususnya. Beri’tikaflah di dalamnya. Bawa keluarga dan anak-anak anda agar kecintaan terhadap masjid hidup di dalam keluarga anda.

#RAMADHAN Milik Kita
#Risalah Harmoni
#RMK002


-------
#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta-NYA.. 01-09-1436H | 18-06-2015M 19:09
#RAMADHANtiba

No comments:

Post a Comment