ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU buat diri kami sehingga detik MASA ini.
Dengan lafaz BISMILLAH.. Lakaran bicara hati emas ini dimulakan buat peringatan yang sering alpa dan penuh kekhilafan.
Segala puji untuk ALLAH, TUHAN semesta alam,
Pujian yang memenuhi nikmat-nikmat-NYA
dan selayak dengan kurnia tambahan-NYA.
Wahai TUHAN kami, bagi-MU segala pujian
sebagaimana selayaknya bagi keagungan zat-MU
dan kebesaran kekuasaan-MU.
Wahai TUHAN yang hidup dan berdiri sendiri,
dengan RAHMAT dan KASIH SAYANG-MU,
aku memohon pertolongan
dan janganlah ENGKAU biarkan aku bersendirian
walaupun hanya sekelip mata
dan perbaikilah setiap urusanku.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..
Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM..
Aku memohon kepada-MU segala kebaikan,
Aku memohon kepada-MU segala kebaikan,
sama ada yang cepat ataupun yang lambat,
apa yang aku ketahui dan apa yang belum aku ketahui.
Aku berlindung kepada-MU daripada segala kejahatan
yang cepat ataupun yang lambat,
apa yang aku ketahui dan apa yang belum aku ketahui.
Ya ALLAH..
Aku memohon kepada-MU syurga dan
apa yang dapat mendekatkan aku kepadanya
sama ada ucapan mahupun amalan.
Aku berlindung kepada-MU dari neraka dan
apa yang dapat mendekatkan aku kepadanya
sama ada ucapan ataupun amalan.
Dan aku memohon kepada-MU
supaya ENGKAU menjadikan
setiap keputusan yang ENGKAU putuskan
kepada aku itu baik untukku.
Ya ALLAH..
Aku memohon kepada-MU
daripada kebaikan seperti yang dimohon hamba-MU
dan Nabi-MU Muhammad s.a.w.
Aku memohon kepada-MU
terhadap apa-apa yang ENGKAU tetapkan
untuk aku daripada ketetapan-MU
menjadikan baik untuk aku.
Wahai TUHAN yang Maha Penyayang.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin.
It's FRIDAY.. ALHAMDULILLAH.
Let's READ Surah al-KAHFI..
It takes ONLY 15 minutes,
For a LIGHT to shine upon you,
From HEAVEN,
From this FRIDAY to the NEXT..
*******
Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar IMPIAN
Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasih-MU menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
Di sebalik kepayahan
Di situlah ada kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Tinggi langit MIMPI ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan
Akan kau saksikan kesulitan ini
Pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisah-ku ini
Pernahkah cuba kau mengerti?
=====
#JUMAAT TANPA ROKOK
#STOP SMOKING 4 GAZA
#BERHENTI MEROKOK
Ekspresikan Hak Anda!
Katakan TIDAK Kepada Asap ROKOK!
#Say NO to Tobacco
ALLAH tahu HATI-mu perit menahan luka,
ALLAH mendengar rintihan DOA dan tangisan-mu meminta,
Bukan tidak mempedulikan,
tetapi sedang merancang yang terbaik untukmu..
ALLAH knows WHAT is the BEST for you
and WHEN it's BEST for you to have it.
Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM..
Bantulah hamba-MU ini di dalam penghijrahan
untuk kembali ke jalan yang diredhai-MU
Kuatkan aku seandainya aku lemah,
Bantu aku bangkit andai aku jatuh,
Ingatkan daku andai terleka
Pinjamkanlah daku sedikit kekuatan
Berkatilah perjalanan pulangku
Sambutlah penghijrahanku dengan manisnya HIKMAH-MU
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin.
Menyediakan bekalan KEMATIAN
jauh lebih penting
dari menyiapkan bekalan hari tua
kerana kita belum tentu HIDUP hingga ke umur TUA.
PROGRAM TAJAAN SHOPPING RAYA 2015
*******
J.O.M. kita menjadi salah seorang penyumbang yang dermawan bagi menjayakan
Program Shopping Raya 2015 bagi anak-anak soleh, permata hati penyejuk mata ini.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Program Shopping Raya 2015,
silalah Ziarah Mahabbah ke:
*****
18:10. (Ingatlah) ketika pemuda-pemuda itu berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: Ya TUHAN kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-MU dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami.
(QS. Al-Kahfi, 18:10)
-------
#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta-NYA.. 18-08-1436H | 05-06-2015M 09:03
No comments:
Post a Comment