Saturday, June 27, 2015

ABC#139

Salam Mahabbah Fillah 11 RAMADHAN 1436H.. Hari AHAD yang damai dan penuh cinta-NYA.. Segunung Kasih Selangit Sayang Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.. Semoga segala urusan kita sepanjang hari ini DIA permudahkan.

Dengan lafaz BISMILLAH, lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan buat peringatan diri yang serba kekhilafan.

ALHAMDULILLAH.. Bersyukur ke hadratMU Ilahi kerana limpah kurnia dan inayahMU, nikmat Ihsan, Iman dan Islam ini Engkau anugerahi diriku sehingga detik MASA ini. Terima kasih Ya ALLAH.

SYAFAKALLAH Ya Habibiey [klik DOA di sini]

Ya ALLAH, 
ENGKAU-lah Penyembuh, 
tiada penawar melainkan penawar ENGKAU; 
penawar yang tiada meninggalkan kesakitan lagi.

Buangkanlah kesulitan ini, 
TUHAN segala manusia, 
di tangan-MU penawar, 
dan tiada yang menyembuhkan melainkan-MU.


|| As-Syafi ||

'Alami... Ilahi....Tibbun Nabawi... 

Hadirlah sebuah rasa 
Dari keinsafan dosa 
Langit pun terbuka bintang 
bertaburan 
Indahnya...indahnya tawakkal 
Ud'uni...ud'uni astajib lakum 

Dari bumi dari hati 
Herba Penawar Al-Wahida 
Halalan Thoyyiban 

Ya Syafi Ya Syafi Ya Syafi 
Anta Syafi Ya Ilahi 

Meratalah doa di langit luas 
Tumbuh harapan hati yang ikhlas 
Disinari cahaya rabbani 
Syifaun linnasi 
Anta syafi ya Ilahi 
Anta syafi 
Halalan Thoyyiban 

Ya Syafi Ya Syafi Ya Syafi 
Anta Syafi Ya Ilahi 

Izhabil ba'sa wasyfi 
La syifaan illa syifauka 
Syifaan la yughadiru saqoma 
Anta syafi ya Ilahi 

'Asal madu murni 
Hijamah habbatus sauda 
Al-'alamil al-Quran 
Hudan lil muttaqin 
Allahu Rabbi 

Ya Syafi Ya Syafi Ya Syafi 
Anta Syafi Ya Ilahi 

-----

1. As-Syafi maksudnya Penawarku.

2. Semua penawar yang disenaraikan dalam lirik lagu ini, yang bukan chemical-based. Contoh:

a. Keinsafan dosa 

b. Tawakkal 

c. Janji Allah : ud'uni, astajib lakum 
(berdoalah kepada-KU, nescaya AKU akan kabulkan doa kamu) 

d. Bumi: betulkan, kalau kita tadabbur alam, hati jadi relaks ja..ada ka orang yang marah-marah bila tengok laut?! 

e. Herba. 

f. Habbatus Sauda' 

g. Halal Toyyiban: makanan, minuman, dan perkara yang halal sebagai penawar dan menjadikan segala amalan dan hati menjadi tenang dan sempurna. 

h. DOA!!! 

i. Hati yang ikhlas 

j. Madu 

k. AL-QURAN!!! Sebaik-baik penawar..

Wallahu a'lam..


|| J.O.M. kita amalkan sunnah Rasulullah s.a.w. ||

Inilah Yang Terjadi Jika Anda Amalkan Minum Air Rendaman Kismis / Kurma Setiap Waktu Bersahur..

|| KISMIS ||

Nak jadi sihat, cergas ,otak cerdas, bertenaga di bulan Ramadhan 1436H ini?

Senang sahaja. Kawan-kawan hanya perlukan kismis dan air minuman. Ikutlah langkah ini:

1. Tuangkan air minuman ke dalam gelas sebelum tidur.
2. Rendam 21 biji kismis dalam air minuman tersebut..
3. Minum air rendaman dan makan kismis itu keesokan paginya ketika bersahur..

Amalkan setiap hari untuk mendapatkan tubuh yang cergas, minda yang cerdas, mata yang sihat dan badan yang bertenaga!

Dan Anda Juga Boleh Mencuba..

|| KURMA ||

Air nabeez adalah air rendaman kurma di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokan paginya.

Sumber mengatakan: air nabeez ini kegemaran Rasullah s.a.w. Nabi akan rendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) + minum air rendaman kurma tu di waktu pagi. Air tu nabi minum & buah kurma yang dah lembik tu, nabi telan sekali. Oleh itu air nabeez nie dikatakan sebagai sunnah nabi.

Talk about infused water. Orang barat baru sekarang faham dan baru nak popularkan kaedah infuse water nie. Nabi kita dah buat lama dah.


|| Khasiat kurma ||

Terlalu banyak khasiat kurma yang menjadi sunnah Rasullah s.a.w. ini.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”.

Abu Abdillah berkata:
“Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

Abu Abdillah berkata:
“Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq berkata:
“Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

Sabda Rasulullah SAW :
“Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”.
(Riwayat Shahih Al-Bukhari)

Dari segi kesihatan tubuh badan, kurma telah dibuktikan sebagai:-
1. Pemberi & pemulih tenaga (ini antara sebab kita disunatkkan memakan kurma sebaik berbuka puasa)
2. Tinggi kandungan fiber ~ mengelakkan kolestrol jahat dari terkumpul di dalam badan. Sangat bagus dalam mengelakkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit)
3. Pemberi zat besi yang sangat bagus.
4. Kaya pottassium ~ penting dalam penjagaan jantung & menstabilkan tekanan darah


|| Khasiat air nabeez ||

Air nabeez ini adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan. Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan2 toksin dari badan. Dalam ertikata lain ~ sebagai detox.

Disebabkan air nabeez nie tinggi kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik & meningkatkan / menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.

Sangat bagus untuk memulihkan lemah tenaga batin.

Juga bagus untuk pesakit Arthritis & pesakit Gout ~ kerana air nabeez membantu menuetralkan kadungan urik asid di kalangan pesakit Gout.


|| Cara membuat air nabeez ||

Rendam beberapa butir kurma (seelok2nyer bilangan ganjil) ke dalam air masak dalam jug air / gelas. Seelok2nyer dibuat waktu petang / malam, dan pastikan jug air / gelas tu bertutup. Keesokkan paginyer (dalam 8-12 jam selepas direndam), air tu bole diminum & buah kurma yang telah lembut tu dimakan begitu sahaja.

Kurma yang elok digunakan adalah kurma ajwa. Tapi kalo takde kurma ajwa ~ sebarang kurma lain pun boleh.


Pantang larang dalam membuat air nabeez!

Hanya gunakan salah satu daripada buah2an pada satu2 masa. Tak boleh campurkan kurma & kismis untuk membuat air nabeez. Maksudnyer ~ kena buat dalam 2 bekas yang berasingan kalau nak minum nabeez kurma dan nabeez kismis.

Air nabeez nie kalo disimpan di dalam peti ais ~ boleh tahan 1 ~ 2 hari.

#SelamatMencuba!
#It's SUNNAH!


TABARAKALLAHUFIK..
Semoga ALLAH memberkati-mu..
*******
Ya ALLAH..
Sesungguhnya aku mencintai dia..
Maka cintailah dia serta cintailah siapa yang mencintai-nya.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..




Ya ALLAH
ENGKAU Sang Pemilik HATI EMAS ini,
ENGKAU tahu bahwa aku hanyalah manusia biasa
Memiliki HATI dan perasaan
Rasa ingin dicinta dan mencinta
Rasa ingin dirindu dan merindu

Maka aku sampaikan kepada-MU
Bahawa aku sedang membangunkan CINTA
CINTA pada salah satu hamba-Mu
Jagalah rasa ini agar tetap suci
Menanti sembari memperbaiki diri
Hingga tiba saat yang dinanti
#HubungiALLAHjikaKitaMencintai-nya.


Meski saat ini 
TUHAN masih merahsiakan keberadaanmu..
aku percaya, 
kita melangitkan DOA yang sama
pun aku juga percaya, 
kita memperjuangkan hal yang sama

Hari ini 
aku memulai langkah kecilku
menujumu
menuju masa depanku
maaf jika langkahku pelan-pelan
kerana sebelum menemukanmu, 
aku ingin memantaskan diriku
agar kelak, kau bangga memiliki aku.

Untuk sementara,
kau dan aku cukup saling sapa lewat DOA
TUHAN mendengar baik apa yang menjadi hajat kita
percayalah, jika nanti kita sudah diizinkan saling menemukan
kau dan aku adalah dua CINTA yang paling ber-BAHAGIA.

TUHAN tahu,
aku mencintaimu dalam diamku
pun TUHAN juga tahu,
bagaimana aku merindukan kehadiranmu..


|| 1 HARI 1 JUZ 1 UKHUWWAH FILLAH ||
Warkah Pengikat HATI EMAS

JUZ 11
QS. At-Taubah, 9: 94-129
QS. Yunus, 10: 1-109
QS. Hud, 11: 1-5


RINGKASAN JUZUK 11
Pokoknya, al-A’raf terus-menerus mendesak kita agar menentukan sikap apabila berlaku pertentangan antara Haq dan Batil. Jiwa tergoncang tetapi kita harus mengambil keputusan dengan cermat. Sehinggallah sampai kita ke al-Anfal, sejenak menekuni sikap dan akhlak para sahabat yang tenang menghadapi Badar al-Kubra menentang Musyrikin Makkah. Merekalah golongan yang tajam hatinya, bersih nalurinya dalam mengambil keputusan.

PERISTIWA
Asad bin Furat dan pembukaan pulau Sicily di lautan Mediterranean pada tahun 212 Hijrah.

HIDUPKAN RAMADHAN DENGAN MUNAJAT.
Hubungkan ukhuwah persaudaraan sesama Muslim. Ziarah-menziarahi, saling bertukar juadah, berbuka puasa secara beramai-ramai di peringkat taman perumahan misalnya dan banyak lagi.

-------
#ALHAMDULILLAH. Allah Beri Cinta-NYA.. 11-09-1436H | 28-06-2015M 08:37
#MadrasahRAMADHAN1436H
#BulanPENGAMPUNAN
#Semester02/03



No comments:

Post a Comment