Dengan lafaz BISMILLAH, lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan buat peringatan diri yang serba kekhilafan.
ALHAMDULILLAH.. Bersyukur ke hadratMU Ilahi kerana limpah kurnia dan inayahMU, nikmat Ihsan, Iman dan Islam ini Engkau anugerahi diriku sehingga detik MASA ini. Terima kasih Ya ALLAH.
Ya ALLAH..
Kami berlindung dari keburukan yang telah kami perbuat
dan keburukan yang belum kami perbuat.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamin..
Ya ALLAH..
Kurniakanlah rahmat kepadaku dengan al-Quran
Kurniakanlah rahmat kepadaku dengan al-Quran
Jadikanlah al-Quran sebagai pemimpin,
cahaya, petunjuk, dan rahmat bagiku.
Ya Allah, ingatkanlah aku terhadap
apa yang telah aku lupakan dari al-Quran.
Ajarilah aku apa-apa yang belum aku ketahui dari al-Quran.
Anugerahilah aku kemampuan untuk sentiasa membacanya
sepanjang malam dan siang.
Jadikanlah al-Quran sebagai hujah bagiku
(yang dapat menyelamatkanku)
Wahai Tuhan seru sekalian alam.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..
[sila KLIK di sini]
Resepi Kejayaan Perjalanan Hujung Dunia dan Penulisan Terbaik.
PERTAMA:
Dalam apa jua hal yang berlaku, saya menggantungkan seluruh ketentuan kepada ALLAH.
Misalnya, saya bertembung dengan apa jua kesukaran pengajian, hal pertama yang saya lakukan adalah Solat Sunat Taubat dan Solat Sunat Hajat.
KEDUA:
Saya berusaha sadaya upaya untuk berbuat yang terbaik kepada kedua-dua orang tua dan pendidik saya.
KETIGA:
Saya berusaha sedaya upaya untuk sentiasa bermurah hati dari segi tenaga dan wang ringgit kerana di situlah antara punca kemurahan rezeki.
KEEMPAT:
Saya mempunyai perancangan pengajian yang sangat teliti. Bermula dari perancangan tahunan hinggalah perancangan harian.
KELIMA:
Tiada istilah 'MALU' dalam kamus hidup saya setiap kali saya tunjuk ajar dari seseorang.
Kelima-lima RESEPI KEJAYAAN inilah mudah-mudahan menjadi panduan kepada teman siswazah sekalian bagi menggapai kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat nanti.. In shaa ALLAH.
||SILATUR-RAHIM 9 RAMADHAN 1436H ||
| Ustazah-Engineer-Ratu Z |
| OUM-UTM-UKM'02 |
"Ya ALLAH..
Berikanlah kami kurnia dan
lindungilah kami dari siksa neraka.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin."
52:27. Maka ALLAH memberikan kurnia kepada kami
dan memelihara kami daripada azab neraka.
(QS. At-Tur, 52:27)
|| 1 HARI 1 JUZ 1 UKHUWWAH FILLAH ||
Warkah Pengikat HATI EMAS
JUZ 10
QS. Al-Anfal, 8: 41-75
QS. At-Taubah, 9: 1-93
Ringkasan Juzuk 10
Setelah menghidangkan kepada kita berkenaan pelbagai formula di dalam medan perjuangan nyata, al-Quran seterusnya membawa kita ke satu perhentian taubat. Al-Quran mengajak kita agar duduk sejenak memerhatikan jauh ke dalam diri. Sinonim dengan namanya, at-Taubah menyeru kepada semua makhluk agar melihat diri dengan rendah hati, rasa berdosa dan penuh harap kepada-Nya. Sentiasa di sana ada pintu kemaafan dari at-Tawwab al-Ghafur.
PERISTIWA
Perang 10 Ramadhan antara tentera Mesir terhadap tentera Israel, merebutkan wilayah Sinai.
HIDUPKAN RAMADHAN DENGAN DAKWAH.
Jika dakwah itu ganjarannya ialah dunia dan seisinya, maka bayangkanlah berapa kali ganda ganjarannya pada bulan Ramadhan? Sapalah kenalan bukan Islam anda, ceritakan kepada mereka tentang Ramadhan. Kenalkan mereka tentang kedudukan Ramadhan di sisi Islam.
-------
#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta-NYA.. 10-09-1436H | 27-06-2015M 14:45
No comments:
Post a Comment