Monday, June 29, 2015

ABC#141

Salam Mahabbah Fillah 13 RAMADHAN 1436H.. Hari SELASA yang damai dan penuh cinta-NYA.. Segunung Kasih Selangit Sayang Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.. Semoga segala urusan kita sepanjang hari ini DIA permudahkan.

Dengan lafaz BISMILLAH, lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan buat peringatan diri yang serba kekhilafan.

ALHAMDULILLAH.. Bersyukur ke hadratMU Ilahi kerana limpah kurnia dan inayahMU, nikmat Ihsan, Iman dan Islam ini Engkau anugerahi diriku sehingga detik MASA ini. Terima kasih Ya ALLAH.

"Ya Allah, 
aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, 
hati yang tidak khusyuk, 
nafsu yang tidak pernah kenyang, 
dan doa yang tidak dikabulkan."
(HR Muslim)

Semoga ALLAH selalu memcintai kalian berdua; 
Ayahanda ISMAIL BIN KHALIJAH dan Bonda JAMILAH BINTI IBRAHIM 
yang kami kasihi kerana ALLAH. 


I Love You FILLAH..

Untuk suatu jangkamasa
dijamah sepetik jari atau selamanya,
tiba malam terakhir
menghadam nafas rumput bersama dia. 

Di sini ruang 
kami mula menyatu bunyi dan rasa,
lagi kami datang 
namun bukan dua insan yang lama.

Gering menoreh suara senandungku,
lalu aku bisu.

Nah- spontan dia membusur panahku,
dengan bebenang ekor kuda ia menyanyi bait-baitku.

Malam labuh jadi subuh,
bangkit pagi bukan mati,
kerana selagi dipinjam Tuhan nyawa,
dia kekal di kemuncak jiwa.

~*~*~*~*~

Aku PANAH dan Engkau BUSUR [sila KLIK di sini]

Saat asaku mati
dan jiwamu berlari
dari dunia yang hiba

Dalam kelam bersua
kunang-kunang cahaya
dari kelip jadi semesta

Aku panah dan engkau busur
kayu retak menghasil lagu

Jangan berhenti
menyusun senandung

Jadikanku tulang rusuk
yang menyempurna tubuhmu

Jangan berhenti
menepuk tanganku.

~*~*~*~*~*~*~

Dalam kesendirian,
Aku selalu mendoakanmu
Dalam diamku, aku selalu mencintaimu
Beginilah aku, perempuan yang masih begitu setia menunggu kehadiranmu
Meski pun TUHAN masih merahsiakan siapa kau.


Aku percaya,
Doa-doaku untukmu selalu didengar baik olehNYA
Meski kau kusebut tanpa nama,
TUHAN tahu aku berdoa untuk cinta yang direstui-NYA.

IMAM-ku,
Semoga di sana kau sedang sibuk memperbaiki diri
Agar ketika nanti kau menjemputku, kau berbekal agama dan ilmu
Jangan terlalu mengkhawatirkan aku
Aku percaya kau menitipkan aku dalam setiap doa-doamu.

Terima kasih sudah menghangatkan aku dalam doa
Terima kasih sudah menjagaku dengan sebaik-baik cara
Terima kasih sudah mencintaiku dalam diammu
Terima kasih sudah merindukanku dalam rindumu

Semoga doa-doa yang kita langitkan,
TUHAN segera menjawabnya.

Dan semesta lekas berpihak pada pertemuan kita.

Wallahu a'lam..



|| 1 HARI 1 JUZ 1 UKHUWWAH FILLAH ||
Warkah Pengikat HATI EMAS

JUZ 13
QS. Yusuf, 12: 53-111
QS. Ar-Ra'd, 13: 1-43
QS. Ibrahim, 14: 1-52

 #ALHAMDULILLAH..Allah Beri Cinta-NYA.. 13-09-1436H | 30-06-2015M 08:01

No comments:

Post a Comment