Tuesday, June 23, 2015

ABC#135

Salam Mahabbah Fillah 7 RAMADHAN 1436H.. Hari RABU yang damai dan penuh cinta-NYA.. Segunung Kasih Selangit Sayang Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.. Semoga segala urusan kita sepanjang hari ini DIA permudahkan.

Dengan lafaz BISMILLAH, lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan buat peringatan diri yang serba kekhilafan.

ALHAMDULILLAH.. Bersyukur ke hadratMU Ilahi kerana limpah kurnia dan inayahMU, nikmat Ihsan, Iman dan Islam ini Engkau anugerahi diriku sehingga detik MASA ini. Terima kasih Ya ALLAH.


"Ya Allah penuhilah hatiku dengan kecintaan kepada-Mu"


MUSLIMAH [sila KLIK]

Tak mungkin kau menghajatkan kecantikan yang dahsyat, sementara ia sudah dibagi oleh Sarah dan ‘Aisyah Radhiyallahu ‘anha. 
Tak mungin kau mengharapkan ketampanan yang luar biasa, sementara ia sudah di bagi oleh Nabi Yusuf Alaihisalam dan Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Jangan pula mengharapkan keanggunan dan sokongan yang luar biasa, karena itu keutamaan yang dimiliki Khadijah Radhiyallahu’anha. 
Tak perlu berharap sosok pemimpin yang keyakinannya pada Allah nyaris sempurna, karena itu adalah kekhususan Nabi Ibrahim ‘alaihi salam. .

Jangan menuntut pasangan-mu selalu sabar dan tak pernah mengeluh, karena kesabaran dalam kesulitan demikian hebat adalah ketinggian dari Fatimah Radhiyallahu’anha. 
Jangan pula berharap suamimu dermawan dan selalu lembut, karena itu adalah kemuliaan Uthman bin Affan Radhiyallahu’anhu.

Dalam hidupmu, sadarilah...engkau tidak mungkin sempurna, dan pasanganmu tak mungkin juga.
Engkau adalah wanita biasa, pasanganmu pun lelaki biasa. 
Dirinya bisa nampak istimewa, karena engkau mencoba menumbuhkan rasa cinta, dan berusaha menerima kekurangan-kekurangan yang manusiawi ada padanya, sambil terus mensyukuri kelebihan dirinya.

MUSLIMAH SEJATI [sila KLIK]

Aku Bukan Mereka...
*******
Aku bukan Maryam
Yang sepanjang hidupnya
Mengabdikan diri pada TUHAN-nya..

Aku bukan Sarah
Yang dengan sabar menunggu
Rahmat dari TUHAN-nya..

Aku bukan Hajar
Yang redha ditinggalkan suami
Demi menurut perintah TUHAN-nya..

Aku bukan Khadijah
Yang sepanjang hayatnya
Tidak pernah hidup bermadu..

Aku bukan Fatimah
Yang menjadi puteri kesayangn Rasulullah
Penghulu bidadari syurga..

Aku bukan Asiah
Isteri solehah
pada suami seperti Firaun..

Aku bukan Aisyah
Yang sentiasa sabar
menanggung cemburu bermadu..

Aku bukan Rabiatul 'Adawiyah
Yang mampu mendirikan 1000 rakaat setiap malam
Demi mengharap CINTA TUHAN-nya

Aku bukan sesiapa
Aku hanya insan biasa
Sentiasa lupa alpa dan leka..
Aku tidak mampu seperti mereka
Wanita agung penghuni syurga

Layakkah aku berkumpul bersama mereka?

-----

Andai benar RINDU, 
Cukuplah perasaan itu dikirim melalui DOA,
Biar RASA yang berlagu di HATI EMAS itu, 
Cuma kita coretkan dalam Warkah Pengikat HATI,
Yang isinya cuma ALLAH yang tahu.

Jangan kerana kita..
Dia gugur dalam perjuangannya mencari redha ALLAH, 
Jangan kerana kita..
Dia jadi hanyut dalam kealpaan.


Pandanglah aku, Ya ALLAH..
*******
Ya ALLAH,
pandanglah aku walau seketika
pandgan rahmat dan maghfirah
Kerna aku bimbang
Engkau tidak memandangku..

Ya ALLAH,
pandang aku ya ALLAH
Walau sebentar sahaja
Kerana aku takut
Engkau tidak menemuiku
Dalam jutaan pencintaMU

Ya Allah,
Adakah Engkau memandangku?
Sedangkn aku tidak mampu seperti mereka
Bermunajat bertahajud sepanjang malam
berzikir, bertafakur mendekatkan diri padaMU

Aku takut Ya ALLAH
andai aku tenggelam dalam lautan pencintaMU
hingga Engkau tidak memandangku..

Kerdilnya aku Ya ALLAH
Yang hanya mampu berbuat sedayaku
Aku insan berdosa
yang tidak layak di pandangMU
umpama seorag kekasih
Yang telah hilang maruah dan harga diri
Menyesali dosa silam
Yang tetap meningglkan parut yang dalam
Mencacatkn kecantikan diri
pada pandangan Kekasihnya..

Namun tetap berharap
berdiri d depan pintu rahmah Sang Kekasih
mengemis CINTA yang SUCI
Memohon Sang Kekasih
Memandangnya walau sebentar cuma
Tidak melupakannya dalam jutaan kekasihNYA
yang lebih cantik  dan suci..

Hinakah aku pda pandanganMU Ya ALLAH?
Sudikah Engkau memandangku Ya ALLAH?

[Rintihan QALBI | Jue Kama | Kedah]


RAMADHAN AL-MUBARAK 1436H DAY#007

One way in which you can spend time with your spouse is by eating suhoor and iftar with him/her, for this is a beautiful way to connect with one another during Ramadan.

Furthermore, these times provide a great opportunity for each of you to discuss your progress in terms of your Ramadan goals and to remind each other that you are both fasting for the sake of Allah.
~*~*~*~

1 HARI 1 JUZ 1 UKHUWWAH FILLAH
Warkah Pengikat HATI EMAS

JUZ 7
QS. Al-Maidah,5: 83-120
QS. Al-An'am,6: 1-110

RINGKASAN JUZUK 7
Setelah mengakhiri al-Ma’idah dengan ancaman kepada mereka yang tidak setia kepada cita-cita, bermulalah pengembaraan kita kepada al-An’am yang membicarakan iman dan tauhid. Di manakah letaknya iman? Apakah peranan iman di dalam kehidupan? Barangkali al-An’am telah menggertak kita dengan herdikannya, bahawa mereka yang tidak beriman dan tidak bertauhid tidak ada bezanya dengan haiwan ternakan yang hidupnya untuk keperluan biologikal sahaja.

PERISTIWA
Kewafatan Ibn Najiyah, seorang ulama’ ulung dari Damsyiq pada tanggal 599 Hijrah.

HIDUPKAN RAMADHAN DENGAN JIRAN
Dalam menikmati Ramadhan, jangan lupakan jiran-jiran anda baik yang dekat ataupun yang jauh. Sampaikan keindahan Ramadhan kepada mereka, ajak mereka bertadarus bersama-sama, hadiahkan juadah berbuka kepada mereka dan banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan bersama jiran tetangga.

#RAMADHAN Milik Kita
#Risalah Harmoni
#RMK007

No comments:

Post a Comment