Monday, June 22, 2015

ABC#134

Salam Mahabbah Fillah 6 RAMADHAN 1436H.. Dinihari SELASA yang damai dan penuh cinta-NYA.. Segunung Kasih Selangit Sayang Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.. Semoga segala urusan kita sepanjang hari ini DIA permudahkan.

Dengan lafaz BISMILLAH, lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan buat peringatan diri yang serba kekhilafan.

ALHAMDULILLAH.. Bersyukur ke hadratMU Ilahi kerana limpah kurnia dan inayahMU, nikmat Ihsan, Iman dan Islam ini Engkau anugerahi diriku sehingga detik MASA ini. Terima kasih Ya ALLAH.


DOA RAMADHAN HARI KEENAM

Ya ALLAH..
Janganlah DIKAU hinakan daku 
kerana perbuatan maksiat terhadapMU 
dan hindarilah daku daripada seksaanMU. 
Jauhkanlah daku dari perkara-perkara 
yang menyebabkan kemurkaanMU; 
Dengan Anugerah dan Bantuan-MU, 
Wahai Puncak Keinginan orang-orang yang berkeinginan.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..


-----
ALLAH tahu segala-galanya..
Walaupun DOA kita bisu..
ALLAH dengar semuanya..
Walaupun kita tidak meminta..
ALLAH tahu apa yang kita mahu..
#BersabarDalamTaat!

-----
Malam berlalu kian syahdu
Namun raga masih betah terjaga
Temani HATI EMAS yang tengah merindu
Pada mereka yang selalu mengingatkan diriku akan syurga..


Aku menantimu..
Bersama semua pengabdianku yang tertunda
Bersama segenap CINTA yang tak akan sempurna
Bila dirimu tak kunjung hadir di hadapanku.
-----
Untukmu Calon IMAM-ku..
Kutulis kisah ini di malam-malamku yang panjang
Bagai goresan getar hati dalam rindu yang tertahan
Untukmu..
Seseorang yang akan menemaniku di masa depanku.

Dirimu..
Siapakah dirimu?
Siapakah namamu?
Di manakah dirimu berada?

Aku menantimu..
Bersama semua pengabdianku yang tertunda
Bersama segenap CINTA yang tak akan sempurna
Bila dirimu tak kunjung hadir di hadapanku.

Untukmu Calon IMAM-ku..
Yang aku tidak tahu di mana dirimu berada
Suatu saat apabila dirimu hadir,
Tolong CINTAi diriku kerana ALLAH
Bimbinglah diriku
Jadilah IMAM dalam solatku.

Izinkanlah bakti dan taatku menyatu bersama
Senyun di wajah teduhmu
Izinkanlah CINTA dan RINDU-ku terpatri kuat dalam HATI EMAS dan fikiranmu.

Untukmu Calon IMAM-ku..
Yang entah sedang apa
Ketahuilah aku ini adalah orang asing untukmu
Nanti terangkanlah apa-apa yang tidak aku mengerti tentang dirimu
Terangkanlah apa-apa yang tidak engkau sukai
Agar aku bisa mengenalmu secara utuh.

Untukmu Calon IMAM-ku..
Yang sedang memantaskan dirinya di hadapan ALLAH
Ketahuilah bahawa diriku di sini selalu menantimu dalam taat.

Menanti untuk menjadi belahan jiwamu..
Menanti untuk menjadi penyejuk hatimu..

#SahabatFillah, ajak aku ke Syurga!


Walau Jarak dan Waktu Memisahkan, 
Jikalau Jodoh Pasti Akan Dipertemukan.
-----
Sejauh apapun 2 insan dipisahkan,
Walaupun belum mengenal sekalipun,
Jikalau berjodoh pasti akan dipertemukan.
Sebesar apapun 2 insan saling mengenal, berharap dan mencintai,
Jika memang tidak berjodoh mereka tak akan pernah bersama.

*~°~°~°~°~°~°~°~°~*
1 HARI 1 JUZ 1 UKHUWWAH
Warkah Pengikat HATI EMAS


JUZ 6;

QS. An-Nisa', 4:148-176
QS. Al-Maidah, 5:1-82

RINGKASAN JUZUK 6
Juzuk ini merangkumi bahagian akhir dari surah an-Nisa’ sehingga akhir al-Ma’idah. Umumnya, al-Quran membawakan penegasan semula terhadap kesemua nilai dan panduan pada juzuk-juzuk sebelum ini. Tempoh yang baik untuk memuhasabah iman kita terhadap ayat-ayat al-Quran yang sebelumnya. Juzuk ini mengingatkan kita berkenaan cita-cita khalifah, tentang intipati ajaran Islam yang perlu diimplimentasi ke atas bumi ini, tentang teguh dan konsisten, tentang keadilan dan rahmah.

PERISTIWA
Pembukaan Sind wilayah Pakistan oleh Muhammad bin Qasim pada 92 Hijrah dari cengkaman India.

HIDUPKAN RAMADHAN DENGAN KELUARGA
Keluarga adalah lingkungan terkecil dalam sebuah Negara. Jika Ramadhan menghasilkan individu bertaqwa, maka Ramadhan juga melahirkan keluarga bertaqwa. Hidupkan suasana Rabbani di dalam keluarga, setiap rukun ibadah puasa wajar dihayati dalam keluarga.

#RAMADHAN Milik Kita
#Risalah Harmoni
#RMK006


NOTA CINTA-NYA HARI INI
*******
05:05. Pada hari ini, telah dihalalkan bagimu (makanan) yang baik-baik rasanya. Makanan orang-orang ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani), halal bagimu dan makanan kamu halal juga untuk mereka, dan (dihalalkan bagimu mengahwini) perempuan² suci di antara orang² mukmin dan perempuan² suci di antara ahli Kitab sebelum kamu, apabila kamu bayarkan maskahwinnya kepada mereka dengan maksud menikahinya, bukan dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik. Barangsiapa yang kafir sesudah beriman, maka sesungguhnya hapuslah amalannya, dan dia di akhirat termasuk orang² yang rugi.

(QS. Al-Maidah, 5:5)

-------
#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta-NYA.. 06-09-1436H | 23-06-2015M 05:01
#KeranaNYAkitaBertemu
#SilaturrahimRAMADHAN1436H


No comments:

Post a Comment