Monday, June 22, 2015

ABC#133

Salam Mahabbah Fillah 5 RAMADHAN 1436H.. Hari ISNIN yang ceria dan penuh cinta-NYA.. Segunung Kasih Selangit Sayang Selaut Cinta Di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS kesayangan hamba.. Semoga segala urusan kita sepanjang hari ke-5 berpuasa di bulan Ramadhan al-Mubarak 1436H ini DIA permudahkan sentiasa.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini..

ALHAMDULILLAH.. Syukur ke hadratMU Ya ALLAH atas segala nikmat yang Engkau anugerahi kami.. Nikmat Ihsan, Iman dan Islam yang Engkau hadiahi kami sehingga detik MASA ini terlalu bernilai bagi diri kami Ya ALLAH..

DOA RAMADHAN HARI KELIMA

Ya ALLAH
Tempatkanlah daku 
di kalangan mereka yang sentiasa memohon keampunan. 
Jadikanlah daku 
sebagai hamba-MU yang soleh dan setia 
serta jadikanlah daku di antara Auliya’-MU 
(mendapat Keutamaan-MU) 
yang hampir di sisi-MU; 
Dengan Kelembutan-MU, 
Wahai Yang Maha Pengasih daripada semua pengasih.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..



Wahai TUHAN yang hidup dan berdiri sendiri, 
dengan rahmat dan kasih sayang-MU, 
aku memohon pertolongan 
dan janganlah ENGKAU biarkan aku bersendirian 
walaupun hanya sekelip mata 
dan perbaikilah setiap urusanku.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..
#Ber-SABAR dalam Taat!


~°~°~°~°~°~°~°~°~
My dearest Friends,
We ask ALLAH to grant you a blissful RAMADHAN al-Mubarak and continue to shower you with HIS Barakah in abundance.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin.
.
~°~°~°~°~°~°~°~°~


1 HARI 1 JUZ 1 UKHUWWAH
Warkah Pengikat HATI EMAS
-----
JUZ 5:
QS. An-Nisa', 4:24-147
~°~°~
04:34. Lelaki itu adalah pemimpin bagi perempuan, sebab ALLAH melebihkan setengah mereka dari yang lain dan kerana mereka (lelaki) memberi belanja dari hartanya (untuk perempuan). ...
(QS. An-Nisa', 4:34)
~°~°~

RINGKASAN JUZUK 5
An-Nisa’ mengajarkan kita tentang adil dan bersikap rahmah yang bermaksud kasih sayang. Keadilan dan rahmah adalah prinsip yang paling asas baik di peringkat individu, keluarga, masyarakat, negara dan global. Menelusuri ayat-ayat-Nya dalam surah an-Nisa’, kita dihidangkan dengan narasi adil dan rahmah yang sangat padat dan terperinci terkandung dalam setiap pensyari’atan dalam Islam. An-Nisa’ atau wanita, adalah lambang adil dan rahmah.

PERISTIWA
Tragedi Pembantaian Lad pada 1367 Hijrah, Morshe Dayan mengetuai tentera Israel membantai Palestin.

HIDUPKAN RAMADHAN DENGAN ILMU
Menuntut ilmu, khususnya berkaitan ibadah puasa atau Islam umumnya. Luangkanlah jadual anda untuk mendalami Islam, sejarahnya, sumber syari’atnya, ibadahnya, feqahnya dan sebagainya. Agar kita benar-benar memanfaatkan Ramadhan dan keluar darinya sebagai seorang Muslim yang lebih baik.

#RAMADHAN Milik Kita
#Risalah Harmoni

#RMK005


NOTA CINTA-NYA HARI INI
*****
23:05. Dan orang yang memelihara kemaluannya,
(QS. Al-Mukminun, 23:5)

23:06. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
(QS. Al-Mukminun, 23:6)

-------
#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri CintaNYA.. 05-09-1436H | 22-06-2015M 18:01
#6MonthsAgo..22122014~22062015
#WahaiTUHANku..Kurniakanlah kami tempat yang berkat, sesungguhnya ENGKAU adalah sebaik-baik pemberi tempat.

No comments:

Post a Comment