Thursday, June 25, 2015

ABC#137

Salam Mahabbah Fillah 9 RAMADHAN 1436H.. Malam JUMAAT al-Mubarakah yang damai dan penuh cinta-NYA.. Segunung Kasih Selangit Sayang Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.. Semoga segala urusan kita sepanjang hari ini DIA permudahkan.

Dengan lafaz BISMILLAH, lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan buat peringatan diri yang serba kekhilafan.

ALHAMDULILLAH.. Bersyukur ke hadratMU Ilahi kerana limpah kurnia dan inayahMU, nikmat Ihsan, Iman dan Islam ini Engkau anugerahi diriku sehingga detik MASA ini. Terima kasih Ya ALLAH.

DOA RAMADHAN HARI KE-SEMBILAN
*******
Ya ALLAH..
Anugerahilah untukku sebahagian dari rahmat-MU yang luas,
dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran-MU yang terang,
dan bimbinglah aku menuju kepada keredhaan-MU 
yang penuh dengan kecintaan-MU,
Wahai harapan orang-orang yang merindu.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..


Ya ALLAH..
Untuk-MU aku berpuasa..
Kepada-MU aku beriman..
dan dengan rezeki dari-MU aku berbuka.
dengan rahmat-MU..
Wahai TUHAN Yang Maha Penyayang.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..



Aku berpuasa sebulan dengan pilihan
Dia berpuasa sepanjang tahun dengan terpaksa
Aku berpuasa sebulan dengan pilihan 
Dia berpuasa sepanjang tahun dengan terpaksa

Ketika aku kecil
Mereka memberitahuku untuk aku berpuasa
Ketika aku kecil
Mereka memberitahuku untuk aku berpuasa

Agar aku dapat lihat pada kelaparan itu..
Kesabaran orang-orang faqir

Harapnya mereka telah memberitahuku
Bahawa kenapa orang-orang faqir sentiasa berpuasa

Mereka telah mengajarku..
Ketika ku kecil
Bahawa dirham dan dinar mempunyai haq untuk disimpan

Harapnya mereka telah memberitahuku
Bahawa aku mempunyai saudara di bumi tersebut
Yang diselubungi kematian.
#Puasa Orang Faqir


Ya ALLAH..
Jadikanlah kami (golongan) yang imannya sempurna..
Menunaikan segala kewajipan.
Memelihara solat..
Menunaikan zakat..
Mencari segala kebaikan di sisi-MU..
Mengharapkan pengampunan-MU..
Sentiasa berpegang teguh dengan petunjuk-petunjuk-MU..
Terhindar dari segala penyelewengan..
Zuhud di dunia dan gembira di akhirat..
Meredhai ketentuan qada'
Mensyukuri segala nikmat-MU
Tabah (sabar) terhadap musibah.

Dan semoga di akhirat nanti kami dimasukkan sebaris 
di bawah naungan panji-panji junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w.
dapat melalui telaga kauthar (yang sejuk)
dimasukkan ke dalam syurga
terhindar dari api neraka
dan duduk di singgahsana kemuliaan
didampingi bidadari syurga dengan berpakaian baju kebesaran 
daripada sutera yang berwarna-warni
menikmati santapan syurga yang lazat
meminum susu dan madu yang suci lagi bersih 
di dalam gelas-gelas dan kendi dari mata air yang sentiasa mengalir
bersama orang-orang yang telah DIKAU berikan nikmat pada mereka
iaitu daripada golongan para nabi, para siddiqin, syuhada'
dan orang-orang yang soleh
dan beruntung sekali mereka akan menjadi teman-teman kami
demikianlah kemurahan dan kecekapan daripada ALLAH
Yang Maha Mengetahui

Ya ALLAH..
Jadikanlah kami pada MALAM yang mulia dan diberkati ini,
tergolong orang-orang yang BAHAGIA dan diterima amalnya
dan janganlah DIKAU jadikan kami
tergolong orang-orang yang celaka dan ditolak amalnya.

Semoga ALLAH mencurahkan rahmatNYA 
ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w.
keluarga dan para sahabat Baginda semuanya
Berkat rahmat-MU
Wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
dan segala puji bagi ALLAH
TUHAN Pemelihara semesta alam.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..


Ya ALLAH..
Yang membezakan batil dan haq
Yang menurunkan al-QURAN dengan hikmah serta penjelasan
Berkatilah kami Ya ALLAH di dalam bulan RAMADHAN ini (3x)
Kurniakanlah kepada kami ya ALLAH
(RAMADHAN ini dan rahmat-NYA)
Tahun demi tahun atas apa yang DIKAU kasihi dan redhai
Wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..




17:79. Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat TAHAJUD (sebagai suatu ibadah) tambahan bagimu; mudah-mudahan TUHAN-mu mengangkatmu ke tempat yang terpuji.

17:80. Dan katakanlah (Muhammad): Ya TUHAN-ku, masukkan aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkan (pula) aku ke tempat keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-MU kekuasaan yang dapat menolong(ku).
(QS. Al-Isra', 17:79-80)

Ya ALLAH..Ya TUHAN-ku..
Sesungguhnya aku bersahur 
kerana mengikuti jejak sunnah Rasulullah s.a.w.

Ya ALLAH..Ya TUHAN-ku..
Jadikanlah ia bagiku kesegaran dan kesihatan (berpuasa)
dengan rahmat ENGKAU 
Wahai Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..

~*~*~

*****




*****




~*~*~

1 HARI 1 JUZ 1 UKHUWWAH FILLAH
Warkah Pengikat HATI EMAS

JUZ 9
QS. Al-A'raf,7: 88-206
QS. Al-Anfal, 8: 1-40

RINGKASAN JUZUK 9
Pokoknya, al-A’raf terus-menerus mendesak kita agar menentukan sikap apabila berlaku pertentangan antara Haq dan Batil. Jiwa tergoncang tetapi kita harus mengambil keputusan dengan cermat. Sehinggallah sampai kita ke al-Anfal, sejenak menekuni sikap dan akhlak para sahabat yang tenang menghadapi Badar al-Kubra menentang Musyrikin Makkah. Merekalah golongan yang tajam hatinya, bersih nalurinya dalam mengambil keputusan.

PERISTIWA
Asad bin Furat dan pembukaan pulau Sicily di lautan Mediterranean pada tahun 212 Hijrah.

HIDUPKAN RAMADHAN DENGAN SILATURRAHIM.
Hubungkan ukhuwah persaudaraan sesama Muslim. Ziarah-menziarahi, saling bertukar juadah, berbuka puasa secara beramai-ramai di peringkat taman perumahan misalnya dan banyak lagi.

NOTA CINTA-NYA HARI INI
*******
23:09. serta orang-orang yang memelihara solatnya.
(QS. Al-Mukminun, 23:9)

#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta-NYA.. 09-09-1436H | 25-06-2015M 23:01



No comments:

Post a Comment