Dengan lafaz BISMILLAH, lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan buat peringatan diri yang serba kekhilafan.
ALHAMDULILLAH.. Bersyukur ke hadratMU Ilahi kerana limpah kurnia dan inayahMU, nikmat Ihsan, Iman dan Islam ini Engkau anugerahi diriku sehingga detik MASA ini. Terima kasih Ya ALLAH.
"Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM..
Pagi ini aku mohon KAU bersihkan HATI EMAS-ku dari RASA kekhawatiran..
Penuhi HATI EMAS-ku dengan kelembutan serta kemudahan rezekiku..
Damaikan HATI EMAS-ku dalam CINTA yang SETIA..
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin.."
Selamat Menjadi PENGANTIN RAMADHAN
Dunia umpama lautan yang luas..
Kita adalah kapal yang belayar di lautan..
Telah banyak kapal karam di dalamnya..
Andai muatan adalah IMAN,
dan layarnya adalahTAQWA..
Nescaya akan selamat dari tersesat di lautan HIDUP..
In shaa ALLAH..
Dengan izin-NYA..
BiiznILLAH..
Dalam hal yang membuatkan hati kita sempit dihimpit disebabkan rasa dan fikiran kita pada orang lain atau sesuatu hal, lebih baik ceritakan sahaja pada Allah tanpa memohon apa-apa.
Ketika kita memohon, kita pasti mengharap. Dan harapan kita itu seringkali ikut acuan fikiran kita saat itu yang pastinya penuh bercelaru.
Sedangkan mungkin apa yang kita harapkan itu bukan terbaik untuk keadaan saat itu atau sememangnya tidak baik langsung di sisi Allah.
Kita ceritakan pada Allah keadaan fujur (buruk) dalam hati kita agar wujud satu hubungan kita dengan Allah.
Ia lebih baik malah tersangat baik berbanding kita mengeluh sendiri atau ceritakan pada orang lain keadaan hati kita.
Nanti ketika kita khusyuk (asyik) bercerita dengan Allah, wujud sebuah kesedaran KeTuhanan tanpa ada nafsu (harapan dan keinginan). Secara tidak langsung sebenarnya kita menyerahkan segalanya pada Allah.
Dengan menyerahkan apa jua pun padaNya, kita sebenarnya redha dengan Allah. Kita menerima semuanya.
Bercerita dengan Allah itu sebenarnya adalah bermanja dan berkasih sayang denganNya.
Bermanja dan berkasih sayang sebagai seorang hamba yang menyedari keTuhanan Allah dan kehambaan diri kita.
Bermanja dan berkasih sayang antara seorang hamba dengan Tuhannya.
Ketika kita bermanja nanti ada cinta. Ada rindu. Ada kesedaran kewujudanNya setiap saat di mana sebelum ini kita antara sedar dan tidak sedar sahaja.
Ketika bercerita kepada Allah, kita hanya utamakan sikap kita padaNya. Kita secara tak langsung melupakan kehendak dan harapan kita. Kita serahkan total 100% apa jua padaNya.
Lakukan.... Rajinlah bercerita keadaan fikiran kita pada Allah. Ceritakan keadaan hati kita pada Allah. Ceritakan apa yang kita lihat dan dengar padaNya.
Dan rasai sendiri pengalaman indah menyedari Allah setiap saat. Namun bukan meraih pengalaman ini menjadi tujuan kita.
Tujuan kita.. Ya.. Ke Allah sahaja. Ke mana lagi ingin kembali melainkan hanya kepadaNya.
Sederhana tetapi sangat praktikal.
#salintampaldari:
Fuad Latip
25 Jun 2015
Apabila Lelaki Memegang Senduk.. [Sila KLIK di sini]
Ganjaran Isteri Memasak Untuk Suami dan Anak-anak..
Rasulullah s.a.w. berkata kepada puteri bongsu kesayangan Baginda:
"Wahai Fatimah, kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak untuk suaminya dan anak-anaknya, ALLAH akan bina parit antara dirinya dengan neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dengannya adalah sejauh langit dengan bumi."
(HR Abu Hurairah r.a.)
Rasulullah s.a.w. berkata kepada puteri bongsu kesayangan Baginda:
"Wahai Fatimah, kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak untuk suaminya dan anak-anaknya, ALLAH akan bina parit antara dirinya dengan neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dengannya adalah sejauh langit dengan bumi."
(HR Abu Hurairah r.a.)
HONEYMOON Dengan AL-QURAN..
RAMADHAN AL-MUBARAK 1436H [Sila KLIK di sini]
02:185. Bulan RAMADHAN adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan al-QURAN,
sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang bathil). ..
(QS. Al-Baqarah, 2:185)
(QS. Al-Baqarah, 2:185)
Ya TUHAN kami..
kami telah beriman..
Maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat
dan ENGKAU adalah Pemberi rahmat yang Paling Baik.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..
ONLINE Dengan TUHAN
Allah pasti akan memberikan jalan-NYA.
Iaitu kembali kepadaNYA.
Ceritakan padaNYA.
Komunikasi kepadaNYA.
Bermanja-manja dan berkasih sayang denganNYA.
Tidak perlu memohon pun tidak apa.
Ceritakan sahaja kepada-NYA.
***
Selepas cerita kepadaNYA..
Insha Allah HATI EMAS kita diberikan ketenangan oleh ALLAH.
MenyedariNYA setiap saat dan menerima takdirNYA dengan lapang hati.
Sabarlah.... Dan kita tidak akan mungkin mampu sabar melainkan disabarkan oleh Allah.
~*~*~*~*~*~*~*~
How to Have a Fun Ramadhan with Kids and Be Productive Too
********
Ramadhan is the most wonderful time of the year. Too often, we, adults, focus so much on the “work” associated with the month, but we forget that one of the most important things about this amazing month is to inculcate a love for this month and its blessings in our children.
Ramadhan should be a special time for your whole family, including the little ones. It should bring you closer to each other as a family and closer to Allah...
DOA RAMADHAN HARI KELAPAN
*****
Ya ALLAH..
Berilah aku rezeki berupa kasih sayang
terhadap anak-anak yatim
dan pemberian makanan
serta penyebaran salam
dan pergaulan dengan orang-orang mulia.
Dengan kemuliaan-MU,
Wahai Tempat Berlindung bagi orang-orang yang berharap.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..
~*~*~
1 HARI 1 JUZ 1 UKHUWWAH FILLAH
Warkah Pengikat HATI EMAS
JUZ 8
QS. Al-An'am,6:111-165
QS. Al-A'raf,7: 1-87
07:23. Keduanya berkata: Ya TUHAN kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika ENGKAU tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi.
(QS. Al-A'raf, 7:23)
RINGKASAN JUZUK 8
Diawali dengan hampir separuh akhir dari al-An’am, yang terus membicarakan soal iman dan tauhid. Kemudian menjengah ke al-A’raf yang turun saat berlangsungnya pertentangan yang sengit antara Muslimin dan Quraisy. Ianya seakan-akan satu isyarat bahawa keteguhan secara nyata hanya akan terhasil apabila iman dan tauhid teguh. Sebab itulah kita lihat para sahabat melalui siksaan dan tekanan Quraisy dengan tenang dan teguh. Kerana mereka teguh iman dan tauhid.
PERISTIWA
Kelahiran Imam Jaafar as-Sadiq, seorang cendekiawan hebat kelahiran Madinah pada 83 Hijrah.
HIDUPKAN RAMADHAN DENGAN HAFALAN.
Tingkatkan keberkesanan Ramadhan kepada diri anda dan mereka di sekitar anda, dengan hafalan al-Quran dan Hadith khususnya. Dengan itu penghayatan dan pembacaan akan menjadi lebih mengesani. Biar al-Quran dan hadith terus membekas di hati kita selepas Ramadhan.
NOTA CINTA-NYA HARI INI
*****
23:08. Dan (sungguh beruntung) orang yang memelihara amanah dan janjinya.
(QS. Al-Mukminun, 23:8)
#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta-NYA.. 08-09-1436H | 25-06-2015M 08:58
No comments:
Post a Comment