Salam Ukhuwwah Fillah 6 SAFAR 1436H...HARI SABTU yang damai, tenang, dan penuh KASIH SAYANG-NYA dan CINTA-NYA buat sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH.
ALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIN...Segala puja dan puji bagi ALLAH, Tuhan (Yang Mendidik) semesta alam. Terima kasih buat-MU, ALLAH terCINTA.
01:06. Tunjukkanlah kami ke JALAN YANG LURUS.
(QS. Al-Fatihah, 1:6)
Selawat dan salam buat RASUL junjungan. Jasa-mu menyebarkan BAHAGIA buat alam, tidak akan dilupakan zaman. Tidak lupa buat ahli keluarga dan para sahabat yang mendukung perjuangan-mu. ALLAH meredhai mereka kesemuanya.
Ampunilah hamba Ya ALLAH Yang Maha Penerima Taubat
Ampunilah hamba Ya ALLAH daripada segala dosa
Tambahkan kepada kami ILMU yang berguna
Dan berikanlah kami amalan yang dimakbulkan
Dan kurniakanlah kepada kami rezeki yang meluas
Dan perkenankan TAUBAT kami dengan TAUBAT NASUHA.
SOBAHUL KHAIR Ya akhie Ya Ukhtie...
JOM kita buka NOTA CINTA-NYA PAGI SABTU yang berkat ini....KISAH FAJAR...Surah ke-89, Surah AL-FAJR...
P/S: Post ni disalintampal dari blog ukhtie Huzayfah Hafas dan sahabatnya Syaidatul Syakila . Harap kita sama-sama dapat manfaat dari penulisannya yang sangat BERMAKNA ini.
Dengan BISMILLAH kami bermula...
Dengan nama-MU Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
89:01. Demi fajar.
89:02. Demi malam yang sepuluh.
89:03. Demi yang genap dan yang ganjil.
89:04. Demi malam apabila berlalu.
89:05. Adakah demikian itu sumpah bagi orang yang ber-AKAL?
(QS. Al-Fajr, 89:1-5)
===
Keterangan ayat 1-5 SURAH AL-FAJR:
Dalam ayat ini ALLAH bersumpah dengan FAJAR yang menyinsing di waktu SUBUH, sebagai peringatan kepada manusia, bahawa WAKTU itu ialah WAKTU untuk bangun dari tidur. Ayam jantan berkokok, seolah-olah menyuruh semua manusia BANGUN, kerana MATAHARI akan memperlihatkan wajahnya yang cemerlang. Begitu juga ALLAH bersumpah dengan 10 MALAM yang pertama ada setiap BULAN, kerana ia MALAM BARU, ketika itu kelihatan BULAN pada setiap MALAM bertambah BESAR. ALLAH bersumpah pula dengan yang genap dan yang ganjil, kerana setiap bilangan mesti genap atau ganjil. Di sini peringatan bagi manusia supaya mengadakan perhitungan pada tiap sesuatu.
~*~
Ayat-ayat terakhir surah al-Fajr ini SANGAT BERMAKNA untuk dibaca berulang-ulang kali.
INSHA ALLAH, HATI EMAS kita akan kembali TENANG dan bersinar seperti sinaran mentari pagi...dengan IZIN-NYA.
89:27. Wahai JIWA yang TENANG!
89:28. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan HATI yang REDHA dan diREDHAi-NYA.
89:29. Maka masuklah ke dalam GOLONGAN HAMBA-HAMBA-KU
89:30. Dan masuklah ke dalam SYURGA-KU
(QS. Al-Fajr, 89:27-30)
===
Wahai jiwa yang tenang!
HATI EMAS bagaikan terusik tatkala membacakan ayat ini. Seolah-olah dipanggil-NYA dengan penuh kemesraan. DIA memanggil-manggil hamba-NYA yang tenggelam di lautan CINTA-NYA dengan penuh keredhaan. Adakah HATI EMAS kami ini sentiasa terpanggil?
Wahai jiwa yang tenang!
Tenangkah JIWA kami?
Tenangkah JIWA kami tatkala berdepan dengan QADA' dan QADAR-MU RABB...
Tenangkah JIWA kami tatkala diuji dengan KESUSAHAN dan KESEMPITAN.
Tenangkah JIWA kami takala diuji dengan KESENANGAN dan KENIKMATAN.
Tenangkah JIWA kami tatkala diuji dengan KEKECEWAAN dan KEGAGALAN.
Tenangkah JIWA kami tatkala diseru untuk menunaikan KEWAJIPAN yang terpundak di bahu kami.
Tenangkah JIWA kami ini YA ALLAH?
Wahai jiwa yang tenang!
Yang sentiasa REDHA akan KETENTUAN-MU... ALLAH Ya QAHAR..
Yang sentiasa YAKIN akan JANJI-JANJI-MU... ALLAH Ya RAHMAN...
Yang sentiasa BERTEDUH di BAWAH LEMBAYUNG-MU... ALLAH YA RAHIM...
Wahai jiwa yang tenang!
Yang sentiasa teguh IMAN dan ketaatan kami pada ALLAH YA KHALIQ..
Yang sentiasaBERGANTUNG HARAP pada ALLAH YA MUHAIMIN..
Yang sentiasa MERINDUI SYURGA-NYA yang di bawahnya mengalir sungai-sungai..
SYURGA yang MENJANJIKAN KETENANGAN yang TAKKAN PERNAH PADAM..
SYURGA yang akan KEKAL DI DALAMNYA SELAMA-LAMANYA..
Wahai jiwa yang tenang!
KEMBALI-lah kepada Tuhanmu dengan HATI yang REDHA dan diREDHAi-NYA..
Sodaqallahul azim..
Itulah TANDA KASIH SAYANG dan CINTA-NYA Ya Wadud Yang Maha Pencinta kepada para pencinta-NYA kan...BAIK kan ALLAH pada kita semua.
"YA ALLAH Ya Wadud Yang Maha Mencintai, tumbuhkanlah RASA CINTA dalam diri kami iaitu CINTA yang melahirkan kekuatan berkorban, kekuatan membahagiakan orang lain dan kekuatan bagi menolong hamba-hamba-MU."
Sebagai hamba ALLAH yang memahami dan menghayati nama ALLAH YA WADUD Yang Maha MenCINTAi ini, marilah kita berikrar menCINTAi ALLAH dan sebagai buktinya, kita perlu rela berkorban menolong hamba-hamba ALLAH semata-mata didorong oleh semangat CINTA ALLAH.
Kita tidak rela mengecewakan ALLAH kerana besarnya CINTA kita kepada ALLAH dan dengan itu, marilah kita menempatkan diri sebagai INSTRUMEN KASIH ALLAH....seperti SRIKANDI SEJATI SAIDATINA KHADIJAH yang RELA BERKORBAN demi CINTAnya pada Sang Pencinta, Kekasih ALLAH dan jua DEEN-nya...ISLAM nan INDAH.
Siti Khadijah SRIKANDI SEJATI...
Kau-lah lambang CINTA SEJATI
SRIKANDI PERTAMA tika islam bermula
HATI-mu menyalakan KEYAKINAN
HARTA-mu membuktikan PENGORBANAN
RASUL keseorangan engkau-lah TEMAN
Dia tersisih engkau MEMILIH-nya
Dia terbuang engkau MENYAYANGi-nya
Kerana IMAN kau SANGGUP BERJUANG
...
SITI KHADIJAH NAMA-mu INDAH
QUDWAH HASANAH tauladan ummah
Jikalau RASUL terpinggir
Engkau-lah INSAN TERHAMPIR
SITI KHADIJAH MUJAHIDAH SOLEHAH
Agung JASA-mu di persada sejarah
PEMERGIAN-mu ditangisi NABI
Hingga kini tiada pengganti
Sunyi JALAN MENUJU ALLAH
Menggamit HATI mencari TEMAN
INDAH JALAN MENUJU ALLAH
Jika TEMAN seperti KHADIJAH
Masih ada lagi...
===
16:01. KETETAPAN ALLAH pasti datang, maka janganlah kamu meminta agar dipercepat (datang)nya. MahaSUCI ALLAH dan MahaTINGGI DIA dari apa yang mereka persekutukan.
(QS. An-Nahl, 16:1)
ALHAMDULILLAH...Aturan-NYA/ KETETAPAN-NYA pada 6 SAFAR 1436H, menerima MESEJ yang amat bermakna dari sahabat yang di-CINTA-i dan di-RINDU-i kerana ALLAH. Salam Ikhlas Penyeri Ukhuwwah buat-mu sahabat. Semoga ukhuwwah yang terjalin ini berkekalan hingga ke syurga-NYA. Uhibbuki fillah...
~*~*~
MESEJ masuk di dinding muka buku seorang sahabat yang dikasihi kerana ALLAH:
Di langit, yang paling terang itu adalah BINTANG. Tetapi kerana ia sangatlah JAUH, jadi kalau BULAN terang benderang, akan menjadi sukar untuk melihat BINTANG.
Bukan kerana sebab BINTANG itu HILANG, tetapi SINARAN BULAN yang membuatnya terlindung.
===
BINTANG itu tetap ada..SIANG atau MALAM..cuma ia hanya kelihatan tika langit gelap gelita..sebagai KOMPAS dan mungkin PETUNJUK ARAH...
[Received 28-11-2014M 20:09]
~*~*~
MESEJ dibalas,
Jazakillah khairan kathira ya habibatie.
"Allahumaghfirli zunubi wal li ukhtie."
Wahai Allah, ampunilah dosa-ku dan saudara-ku
16:16. dan (DIA menciptakan) tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang mereka mendapat petunjuk.
(QS. An-Nahl, 16:16)
[Sent 28-11-2014M 21:28]
===
21:28. DIA (ALLAH) mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka (malaikat) dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberi syafaat melainkan kepada orang yang diredhai (ALLAH), dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-NYA.
(QS. Al-Anbiya', 21:28)
~*~
ku-DEDIKASI-kan lirik nasyid ini buat sahabat-sahabat yang diCINTAi kerana ALLAH.
Uhibbukunna fillah abadan abada ilal JANNAH-NYA....insha ALLAH.
Engkau-lah SERIKANDI yang sangat SETIA
Membantu RASULULLAH dalam suka dan duka
ISTERI SOLEHAH yang PENYAYANG dan PENUH KESABARAN
Wahai SITI KHADIJAH sungguh besar JASA-mu
Berkorban apa saja kerana TUHAN-mu
Memperjuangkan ISLAM walau penuh dugaan
Engkau-lah WANITA PERTAMA BERIMAN
Pendorong pejuangan RASULULLAH
Dari mula lahir zuriat NABI
Penerus perjuangan hinggalah kini
Digelar UMMUL MUKMININ
IBU ORANG BERIMAN
PENYUMBANG HARTA FIKIRAN
Untuk PERJUANGAN RASULULLAH
Kau IDOLA kami
Kau WANITA UTAMA
PEJUANG CONTOH sepanjang zaman
Kau diCINTAi RASUL
Kau diSAYANGi umat
Kerana diri-mu PENCINTA TUHAN
Wahai SITI KHADIJAH engkau-lah teladan
Wahai SITI KHADIJAH engkau-lah ikutan
“Ya ALLAH Ya Tuhanku! masukkanlah aku daripada pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran juga dan kurniakanlah bagi-ku daripada sisi-MU kekuasaan yang menolong“
[DOA MEMOHON KEDUDUKAN YANG BAIK]
#ALHAMDULILLAH...Always say Alhamdulillah...06-02-1436H | 29-11-2014M 10:26
===
10:26. Untuk orang-orang yang melakukan kebaikan ada kebaikan serta tambahannya. Muka mereka tidak tertutupoleh debu yang hitam dan tidak pula oleh kehinaan. Mereka itu penghuni syurga serta kekal di dalamnya.
(QS. Yunus, 10:26)