Monday, November 24, 2014

ABC#015

Salam Ukhuwwah Fillah... 2 SAFAR 1436H. Hari SELASA yang ceria, damai dan penuh KASIH SAYANG dan CINTA-NYA YA ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga segala urusan sahabat semua dipermdahkanNYA, sentiasa dalam redha dan rahmat-NYA.

ALHAMDULILLAH...Terima kasih ALLAH atas nikmat dan kurniaan agung-MU kepada diri kami ini; nikmat Ihsan, Iman dan Islam sehingga detik MASA ini. Perjalanan HIDUP kami ini sentiasa ditentukan-MU YA ALLAH. Sentiasa diri ini menyaksikan dan menjadi saksi yang bersaksi dalam kesedaran kepada-MU setiap SAAT. KINI, telah masuk Minggu ke-12 diri ini dalam pengembaraan ILMU-MU di taman ILMU ini...Semoga dipermudahkan segala urusanku ini dan dengan izin-MU dapat meneruskan sehingga ke Minggu ke-22 dengan BAIK.

ALHAMDULILLAH...Terima kasih Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM...dengan izin-MU jua kini telah melangkah ke bulan ke-16 diri ini berSILATUR-RAHIM dengan NOTA CINTA-MU yang kukenali pada bulan Zulkaedah 1434H yang lalu. Semoga sentiasa diajari-MU untuk belajar dan terus belajar menCINTAi-MU dan sentiasa menjaga AMANAH Agung yang diHADIAHi junjungan kami NABI MUHAMMAD SAW untuk kami umatnya yang dicintai oleh Baginda Rasulullah SAW....

16:01. Hampir datang perintah ALLAH (HARI KIAMAT), sebab itu jangan kamu minta disegerakan. Maha Suci ALLAH dan Maha Tinggi dari apa yang mereka sekutukan itu.

16:02. DIA menurunkan malaikat (JIBRIL) dengan (membawa) wahyu dengan perintah-NYA kepada siapa yang dikehendakiNYA di antara hamba-hamba-NYA, iaitu hendaklah kamu memberi khabar takut, bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan AKU, sebab itu takutlah kamu kepada-KU.
(QS. An-Nahl, 16:1-2)


JOM.. kita amalkan SUNNAH-nya 
dan menfungsikan NOTA CINTA-NYA yang diPUSAKAkan-nya buat kita semua.

"Tidak ada Tuhan selain ALLAH, Yang Maha ESA, tidak ada sekutu bagi-NYA, bagi-NYA segala kerajaan dan puji, dan DIA berkuasa atas segala sesuatu."

"Ya ALLAH restui dan berkatkanlah junjungan kami MUHAMMAD sebagai hamba, nabi dan RASUL-MU yang UMMI. 
Berkatkan keluarga dan sahabat Baginda. 
Sejahterakanlah Baginda selama-lamanya. 
Kami pohonkan sebanyak bilangan apa sahaja yang diketahui oleh ALLAH atau sebanyak perkara yang ditulis oleh QALAMNYA dan sebanyak yang dirangkum oleh KITAB-NYA.
 Terimalah dan relakanlah orang-orang terutama kami; Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan para sahabat Baginda semuanya para tabi'in dan orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka sampai HARI PEMBALASAN. 
Terimalah (kepulangan) mereka dengan sebaik-baiknya. 
MAHA SUCI Tuhan(MU) yang memiliki kebesaran dan kemuliaan dari segala sifat tercela yang mereka cuba menempelkan kepadanya. 
Salam sejahtera untuk para rasul utusan. 
Wal Hamdulillahi Rabbil 'Alamin..."



"LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH"

Malu rasanya mengatakan CINTA
Kepada dia KEKASIH ALLAH
Kerana dia INSAN MULIA
Sedangkan diriku INSAN BIASA

Ku pujuk jua HATI dan JIWA
Meluahkan RASA CINTA membara
Di dalam pujian ucapan SELAWAT
Tanda penghargaan seorang UMAT

Selagi upaya ku turuti AJARAN-nya
Apa terdaya ku amalkan SUNNAH-nya
Moga di dunia mendapat BERKAT
Di akhirat SANA beroleh SYAFAAT

Kerana PERIBADI-nya aku TERPESONA
Kerana BUDI-nya aku JATUH CINTA
RINDU ku padanya TIADA TERKATA
Nantikanlah daku di TAMAN SYURGA

Sesungguhnya apa yang ku DAMBA-kan
Adalah CINTA ALLAH Yang ESA
Kerana CINTA kepada RASULULLAH
Beerti CINTA kepada ALLAH

:) Lumrahnya CINTA, tidak mungkin HATI menduakan Kekasih... Sekiranya ada dua CINTA, satu daripadanya pasti menjadi keutamaan dan yang lain hanyalah cabang. Ruang hati terlalu sempit untuk mencintai lebih daripada seorang Kekasih..
(Sebarkan CINTA-mu..Ustazah Fatimah Syarha Mohd Nordin)

~*~*~*~~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
CINTA mengajar kita untuk mendewasakan JIWA
bukan mengajar kita untuk terus berputus ASA.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

HATI EMAS...Semoga kau tabah dan kuat.
Bukan untuk HARI INI sahaja.
Tapi untuk SETIAP HARI.


ALHAMDULILLAH...Always Be Clear...02-02-1436H | 25-11-2014M 00:01
===
24:01. (Inilah) surah telah KAMI turunkan ia dan KAMI tetapkan (hukum-hukumnya) dan KAMI turunkan di dalamnya beberapa ayat yang terang, mudah-mudahan kamu mendapat peringatan.
(QS. An-Nur, 24:1)

24:21. Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang menurut langkah syaitan, maka ia menyuruh membuat yang keji dan mungkar. Kalau tiadalah kurnia ALLAH kepadamu dan rahmat-NYA, nescaya tiada suci seorang jua di antara kamu selama-lamana, tetapi ALLAH menyucikan siapa yang dikehendaki-NYA. ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(QS. An-Nur, 24:21)

24:35. ALLAH (memberi) NUR (CAHAYA) langit dan bumi. Umpama cahaya-NYA, seperti sebuah lubang di dinding rumah, di dalamnya ada pelita. Pelita itu di dalam gelas. Gelas itu seperti bintang yang berkilauan. Pelita itu dinyalakan dengan minyak zaitun yang (tumbuh) bukan di timur dan bukan pula di barat, minyak itu hampir bercahaya dengan sendirinya, meskipun tidak disentuh api. CAHAYA BERDAMPINGAN DENGAN CAHAYA. ALLAH MENUNJUKKAN SIAPA YANG DIKEHENDAKI-NYA KEPADA CAHAYA-NYA ITU ALLAH MAHA MENGETAHUI SETIAP SESUATU.
(QS. An-Nur, 24:35)




No comments:

Post a Comment