Salam 29 Muharam 1436H. Hari SABTU yang ceria, tenang, damai dan penuh CINTA-NYA buat semua sahabat yang dikasihi kerana ALLAH. ALHAMDULILLAH...Terima kasih ya ALLAH kerana sehingga detik MASA ini kita masih dianugerahi nikmat agung kurniaan-NYA iaitu nikmat Ihsan, Iman dan Islam. Terima kasih Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim...
ALHAMDULILLAHI RABBUL A'LAMIN...Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang menciptakan segala apa yang ada di langit dan di bumi serta segala yang berada antara keduanya. Selawat dan salam ke atas junjungan Baginda Rasulullah dan para sahabat. Allahumma Sholli a’laih wasallam wa a’la aalihi washohbihi ajmain...
Mulakan HARI INI dengan Bismillah dan Senyuman :)
Dengan BismilLah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini
Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi
Oh Tuhan satukanlah
HATI kami dalam menCINTAi
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-MU
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di HATI ‘tuk diCINTAi
Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untuk-NYA
Kita dicipta di dunia fana
Ada AMANAH yang tersedia
“Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
AMANAH dari-NYA demi
Memburu CINTA dan HARAPAN”
Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu CINTA-NYA
Oh CINTA-NYA
“Tuhan .. Kau satukanlah HATI-HATI
Memohon KASIH-MU oh Tuhan
Dalam mengharap REDHA
Dari-MU..”
“Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia.."
Ya ALLAH Ya Wadud Yang Maha Pencinta...
tumbuhkanlah rasa CINTA dalam diriku
iaitu CINTA yang melahirkan kekuatan berkorban,
kekuatan membahagiakan orang lain dan
kekuatan bagi menolong hamba-hamba-MU.
~*~*~*
CAHAYA CINTA-mu Ya Rasulullah...
Desiran angin yang bertiup
Membawa bersama khabaran rindu
Membisikkan kata-kata
Menjelmakan cintaku padanya
Cintamu tulus setia
Kasihmu tiada tara
Bertakhta buat selamanya
Di tugu kasih dan sayang
Kau ukirkan keimanan
Moga bertemu keredhaan
Gemilang cahaya cinta
Kemilau pancawarnanya
Bagaikan kejora
Kudus sinarannya mendamai jiwa
Apakah kan ku temui
Insan semulia pekerti
Setandingmu kasih
Di alam semesta yang fana ini
Ku serahkan kepada Tuhan
Sebuah harapan bernama doa
Membisikkan kata-kata
Menjelmakan rinduku padanya
Kepadanya...
Semoga kan menyala api cinta setia
Terus membara selamanya
Cahaya cinta kekasih Allah
Sinarannya buat semua
~Kepada-MU ku bersujud.~
ALHAMDULILLAH...Always Be Clear 29-01-1436H | 22-11-2014M 05:05
===
05:05. Pada hari ini, telah dihalalkan bagimu (makanan) yang baik-baik rasanya. Makanan orang-orang ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani), halal bagimu dan makanan kamu halal juga untuk mereka, dan (dihalalkan bagimu mengahwini) perempuan-perempuan suci di antara orang-orang mukmin dan perempuan-perempuan suci di antara orang-orang ahli Kitab sebelum kamu, apabila kamu bayarkan maskahwinnya kepada mereka dengan maksud menikahinya, bukan dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik. Barangsiapa yang kafir setelah berIMAN, maka sesungguhnya, hapuslah amalannya, dan dia di AKHIRAT termasuk orang-orang yang RUGI.
(QS. Al-Maidah, 5:5)
No comments:
Post a Comment