Tuesday, November 18, 2014

ABC#009

Salam 26 Muharam 1436H. Pagi RABU yang tenang, damai dan penuh CINTA-NYA buat sahabat-sahabat yang dikasihi ALLAH. Semoga segala urusan kalian sentiasa dalam rahmat dan redhaNYA serta dipermudahkanNYA. ALHAMDULILLAH...Terima kasih Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim atas anugerah Ihsan, Iman dan Islam kepada diri kami ini.

"Keep your BEST WISHES, close your DIAMOND HEART and watch what happens." -Tony DeLiso.


HARI INI DALAM SEJARAH ISLAM DI TANAH AIRKU YANG MASIH AMAN...

~19 November 1985 - 19 November 2014~

Buku 'Memoir Tragedi Memali' yang ditulis oleh Riduan Mohammad Nor & C.N Afghani ni benar-benar berani & jujur. Ia membawa kita meneroka lebih dalam & lebih telus tentang apa yang berlaku masa Peristiwa Memali itu. Buku ni menghimpunkan penceritaan mangsa-mangsa Memali yang terdiri dari balu syuhada,sahabat & anak buah Ustaz Ibrahim Libya.

Pada 19 November 1985 bertempat di Baling, Kedah,polis yang dibantu PPH (Pasukan Polis Hutan) & FRU telah bertempur dengan penduduk kampung Memali yang dipimpin oleh Ustaz Ibrahim Libya, mengorbankan 14 penduduk kampung & 4 orang anggota polis, mencederakan berpuluh-puluh yang lain serta penahanan 36 orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Banyak persoalan yang timbul di kalangan masyarakat tentang Peristiwa Memali ini. Antaranya:

1-Betul ke Ustaz Ibrahim bawa ajaran sesat?

2-Betul ke Ustaz Ibrahim pengganas & pengkhianat negara?

3-Betul ke Ustaz Ibrahim mati syahid?

4-Betul ke penduduk Kampung Memali masa tu kebal?

5-Betul ke polis masa tu bertindak keterlaluan?

6-Betul ke kerajaan masa tu anti-Islam?

Betul ke macam tu? Betul ke macam ni?
Dan macam-macam lagi...mmm...macamana?
Siapa boleh jawab semua soalan diatas?
Dengan izin Allah, insha ALLAH buku ini ada jawapannya.

SIAPA SI SYAHID IBRAHIM LIBYA?

Nama sebenar beliau ialah Ibrahim bin Mahmud. Beliau adalah anak jati Kampung Memali. Selepas tamat persekolahan, Ustaz Ibrahim melanjutkan pelajaran di Akademi Islam Nilai Puri, Kelantan. Kemudian beliau menyambung pengajian di Darul Ulum, Deoband,India dan mendapat pendidikan tertinggi. Seterusnya,beliau meneruskan lagi pendidikannya di Universiti al Azhar,Mesir & dapat ijazah Sarjana Muda Syariah. Disebabkan rasa CINTA beliau yang mendalam terhadap dakwah, beliau menyambung lagi pelajarannya di Maahad Dakwah,Tripoli,Libya & mendapat biasiswa daripada kerajaan Libya. Masha ALLAH...hebatnya insan mulia ini YA ALLAH.

Selepas tamat pengajian di luar negara, beliau balik ke Malaysia & bekerja sebagai Pendakwah dengan Pusat Islam. Jika benarlah beliau dituduh sesat, ironinya beliau memiliki tauliah mengajar di Selangor & Kedah, serta jadi penceramah di radio & TV. Bahkan beliau mengajar kitab Mustika Hadith yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Setelah lama berkhidmat ditempat orang, hati beliau rupanya tak pernah bahagia dengan duit gaji beribu ringgit. CINTA beliau terhadap dakwah tiada siapa boleh menghalangnya. CITA-CITA beliau ingin mendirikan sekolah bagi penduduk kampung tak pernah padam. Akhirnya beliau meletak jawatan & balik ke kampung untuk berbakti kepada masyarakat. Perkara pertama yang beliau lakukan ialah mengasaskan Sekolah Pengajian Islam di kampungnya.


MADRASAH ISLAHIAH DINIAH

Madrasah Islahiah Diniah mula diasaskan oleh Ustaz Ibrahim pada 4 Jun 1978 dengan dibantu beberapa rakan karib beliau. Asalnya ia bukanlah sekolah batu, ia hanyalah sebuah sekolah kayu yang diambil dari pokok-pokok hutan belakang kampung. Tetapi atas usaha mereka yang sentiasa mendapat sokongan penuh dari masyarakat setempat, sekolah ini terus berkembang. Antara yang menarik ialah ramai ibu bapa termasuk dari luar kawasan Kampung Memali, memindahkan anak-anak mereka dari sekolah kerajaan ke Madrasah Islahiah Diniah agar anak-anak mereka berpeluang belajar Islam dengan lebih berkesan & sistematik.

Dari sistem pengajian yang diperkenalkan di Madrasah Islahiah Diniah ini, pembahagian tingkat pelajar dilakukan. Pembahagian dilakukan dalam 4 peringkat:

1) Peringkat TASKI
2) Peringkat lanjutan
3) Peringkat Peralihan
4) Peringkat Fardhu Ain.

TRAGEDI SELEPAS PERTEMPURAN MEMALI

JOM kita mengambil ibrah pengalaman DUA INSAN HEBAT dalam Peristiwa Memali iaitu balu Ustaz Ibrahim, Pn.Solehah & sahabat baik Ustaz Ibrahim, Mat Piah Yunus (Pak Teh) yang ditembak 14 peluru M16 dari jarak kurang 10 meter tetapi dengan izin ALLAH, masih hidup.

"Bersabarlah, DUA TAHUN tempoh tahanan ini tidak lama. DOA sahaja pada ALLAH semoga kita dikurniakan-NYA KEKUATAN IMAN. DOA supaya kita semua selamat."

Itulah antara nasihat sahabat baik as-Syahid Ibrahim Libya kepada anak isterinya ketika ditahan di kem PPH Tanjung Pari.

Setelah lama di Penjara Alor Setar, Pn.Solehah diberitahu oleh pihak penjara yang beliau dibenarkan balik. Semua urusan penghantaran sudah diuruskan. Punyalah gembira Pn.Solehah & beberapa kawan beliau sebab dah berbulan-bulan tak jumpa sanak saudara bahkan khabar berita suami mereka pun mereka tak tahu samada hidup atau mati. Tetapi sampai sahaja di Alor Setar, kereta yang membawa mereka terus memecut meninggalkan mereka sehelai sepinggang tanpa bekalan makanan apatah lagi duit dalam tangan.

Marilah sama-sama kita menjadi pembaca yang bijak menilai dengan MATA HATI, bukan sekadar mata yang zahir atas segala apa yang berlaku dalam Peristiwa Memali 29 tahun lalu.

10:49. Katakanlah; Aku tidak berkuasa menolak kemudaratan dari diriku dan tidak pula mendapat kemanfaatan kecuali apa yang dikehendaki ALLAH. Bagi setiap umat ada AJAL. Apabila datang AJAL mereka maka tidak terlambat mereka sesaat pun dan tidak pula terdahulu.
(QS. Yunus, 10:49)

AL-FATIHAH...kepada para syuhada MEMALI

1-Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh,
 45 tahun,guru dan pendakwah Islam.

2-Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, 
30 tahun,kerja sendiri,bekas pegawai LPN,bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981,bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983.

3-Syafie bin Dahaman,Sekolah Menengah Siong,
 30 tahun,guru Sekolah Menegah Siong.

4-Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman,
Mukim Siong Baling,72 tahun,penoreh getah. 

5-Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa,
58 tahun,penoreh getah.

6-Ghazali bin Mohd Saman,Kampung Becah Sawa, 36 tahun,merinyu malaria.

7-Mohd Radzi bin Ahmad,Kampung Ubi Memali,
27 tahun,penoreh getah.

8-Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting,32 tahun,penoreh getah.

9-Mohd Aroff bin Hashim,Kampung Becah,
36 tahun,penoreh getah.

10-Zamri bin Md Isa,Kampung Charok Puteh,
37 tahun,pemandu.

11-Abdullah bin Yasin,Kampung Guar Reban,
33 tahun,berniaga.

12-Mohd Daud bin Kadir,Kampung Becah Sawa,
53 tahun,penoreh getah.

13-Ahmad bin Ismail,Kampung Cepir,
30 tahun,mekanik motosikal.

14-Haji Abdul Rahman bin Jusoh,Siong,69 tahun.


PUISI KECIL KEPADA MEMALI

Sesudah 25 tahun kini
Masih kami kenangi
Kelopak kenangan membasah
Tak terasa cerita lama berlalu
Ia cuma angka dan detak masa
Yang menghitung dosa penguasa
Dan merapatkan syuhada dengan-Nya

Di perkuburan wangi kemboja
Di sela-sela harum darah syuhada
Adalah kelopak kenangan sedih
Dalam gugusan ingatan pedih
Dalam siraman semerbak doa putih

Ia cuma angka dan detak masa
Menyimpan peristiwa bersejarah
Memori tragedi berdarah

Memali adalah kembang yang tidak mati-mati
Persis bunga taman syurga yang harum semesta
Tak pernah doa kami lupa; moga dagang mereka
Dagang terpilih di depan Rabbi.

©Puisi Kecil kepada Memali. 
Negeri Kunang-Kunang. 
Ridzuan Harun 
(2013)


===
Kisah Si Syahid Ibrahim Libya kita jadikan sebagai penguat untuk meneruskan perjalanan di muka bumi ini sebagai hamba kepada-NYA serta khalifah yang memegang AMANAH terhadap diri sendiri dan masyarakat umumnya. Kerana ALLAH untuk kemanusiaan...Insha ALLAH.

=====
JOM kita rujuk NOTA CINTA-NYA HARI INI...HARI ke-26 dalam bulan Muharam 1436H.

(QS. Asy-Syuara', 26: 78-82)

Mari kita susuri pula perjalanan dakwah Nabi IBRAHIM a.s. yang sentiasa bersyukur kepada ALLAH SWT dengan mengira nikmat ALLAH.

Katanya:
ALLAH SWT yang menjadikanku dan menunjukkan aku ke jalan yang benar.

DIA yang memberi makan dan minumku.

Jika aku sakit, DIA-lah yang menyembuhkanku.

DIA yang mematikanku, dan kemudian nanti akan menghidupkanku.

DIA-lah yang kuharap buat mengampuni dosaku pada HARI KIAMAT.

Ini patut menjadi tauladan kepada kita supaya kita mengingat nikmat ALLAH SWT pada kita, agar bertambah kuat KEIMANAN kita kepada ALLAH SWT. 

Begitu juga kita harus mengajar kepada anak-anak kita, bahawa nasi yang kita makan dan air yang kita minum, adalah pemberian ALLAH SWT kepada kita, supaya masuk rasa KASIH ke dalam HATI EMAS anak-anak sejak kecil kepada ALLAH Yang Maha ESA. Inilah satu jalan untuk memasukkan perasaan KEIMANAN ke dalam HATI EMAS anak-anak.

Kemudian Nabi Ibrahim as berdoa katanya:

Ya Tuhanku!
Anugerahilah aku ILMU pengetahuan dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang SOLEH.
(QS. Asy-Syuara', 26:83) 

Di sini jelas bahawa, Nabi Ibrahim as memohon kepada ALLAH SWT supaya dia mempunyai ILMU pengetahuan dan beramal SOLEH, bukan semata-mata berILMU sahaja, tetapi tidak beramal, atau berAMAL sahaja tetapi tiada ILMU, melainkan haruslah menghimpunkan kedua-duanya. 

Dengan cara inilah umat ISLAM dahulu dapat menjadi khalifah (memimpin negara) di muka bumi, mulai sejak Nabi Muhammad SAW sampai kepada khalifah-khalifahnya yang adil dan jujur serta AMANAH terhadap rakyat umum. Kemudian datang kaum muslimin yang mensia-siakan ILMU PENGETAHUAN dan AMAL SOLEH, sehingga mereka mundur dan lenyap kekuasaannya dari muka bumi, bahkan kebanyakan mereka dijajah oleh bangsa asing.

Jika kaum muslimin hendak menjadi khalifah kembali di muka bumi, marillah menuntut ILMU serta beramal SOLEH.

Ya Allah…
Ya Rabbi…
Ya Rahman…
Ya Rahim…
Ya Allah…

Bersyukurlah…pada Yang ESA…
atas nikmat KASIH SAYANG-NYA…
pada insan…yang beriman…
diberikan HIDAYAH-NYA…
kerna kita sering leka dengan dunia yang sementara…

sinar iman di jiwa menghiasi diri dalam mencari CINTA yang SUCI dan ABADI
hamparkanlah CINTA-MU pada yang mencari erti sebuah CINTA yang SUCI dan ABADI
impian dan juga harapan ku dambakan dariMU Tuhan dalam mencari keredhaan sinar CINTA yang ABADI

sujudku mensyukuri nikmatMU 
Ya ALLAH berilah hidayahMU
kasihi daku dalam rahmatMU 
Ya ALLAH Ya Tuhanku

Allahuma inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik

Ya Allah…
Ya Rabbi…
Ya Rahman…
Ya Rahim…
Ya Allah…

===
"...Carilah ILMU...
...Tambahkan KEIMANAN dengan KETAQWAAN...
...mintalah REDHA dan RAHMAT-NYA..."
~Bahasa CINTA ATUK buat cucu kesayangannya~


Al-FATIHAH buat allahyarham IBRAHIM BIN KADIR yang telah kembali kerahmatullah 20 tahun lepas. Semoga rohnya aman damai DI SANA dan ditempatkan bersama-sama para syuhada' dan solihin pejuang ISLAM.

Allahummaghfirlahu warhamhu...

ALHAMDULILLAH...Always Be Clear 26-01-1436H | 19-11-2014M 13:14
====
13:14. KepadaNYA DOA (persembahan) yang BENAR.

No comments:

Post a Comment