Wednesday, November 26, 2014

ABC#018


Miracle THE REFERENCE#001

04:04. Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan maskahwinnya sebagai satu pemberian. Jika perempuan-perempuan itu baik hati, mahu merelakan sebahagian daripadanya, makanlah olehmu dengan baik dan senang.
(QS. An-Nisa', 4:4)

04:16. Dan dua orang yang mengerjakan pekerjaan keji di antara kamu, maka sakitilah keduanya (dengan dipukul atau didera). Jika kedua-duanya bertaubat dan membaiki dirinya, maka berpalinglah kamu daripada mereka berdua. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

04:17. Hanya taubat yang diterima ALLAH, ialah taubat mereka yang membuat kejahatan kerana JAHIL (tidak tahu), kemudian mereka bertaubat dengan SEGERA, maka ALLAH menerima taubat mereka itu. Dan ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
(QS. An-Nisa', 16-17)
===
Keterangan ayat 16-17 Surah An-Nisa' (4):

Dua orang (lelaki dan perempuan) berbuat jahat (zina) dengan ada saksi 4 orang lelaki, maka kedua-duanya dihukum dengan menyakiti keduanya, seperti didera, takzir dan sebagainya. Di dalam ayat yang lain (surah An-Nur ayat 2) ditegaskan, keduanya didera 100 kali. Tetapi apabila kedua-duanya bertaubat dan membaiki amalnya, maka janganlah kamu hukum keduanya, kerana ALLAH Penerima taubat lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya ALLAH menerima taubat orang-orang yang berbuat jahat (dosa), tanpa ilmu pengetahuan, lalu mereka bertaubat dengan segera.


16:04. DIA menciptakan manusia daripada mani, tiba-tiba dia menjadi pembantah yang nyata.
(QS. An-Nahl, 16:4)

The Quran was sent to benefit humankind, not as decoration for our houses. Read it, understand it, immerse yourself in its beauty, apply it and teach it to others. 
-Dr. Bilal Philips-

MARI-lah kita bersama-sama mengambil HIKMAH 
di dalam KALAMULLAH bersama 
membina PERSONALITI UNGGUL berteraskan….
AL-QURAN dan SUNNAH RASUL…
AL-QURAN KALAMULLAH….


KOD CINTA HARI INI...

OK....kita mulakan dengan Bismillah...
BACA Risalah HATI yang terdapat dalam NOTA CINTA-NYA, seperti yang minta dibaca, disalin dan ditampalkan di ruangan INI.

Kepada pemilik NOTA CINTA-NYA yang saya pinjam ini, saya tidak dapat menyalin KALAMULLAH-NYA di SINI...hanya salin dan tampal terjemahanan dalam Bahasa Melayu sahaja. INSHA-ALLAH yang itu, boleh dirujuk pada i-QURAN PRO yang terdapat dalam telefon bimbit-mu atau yang lebih baik lagi membuka NOTA CINTA-NYA yang HARDCOPY secara MANUAL. Itu yang terbaik daripada yang berbentuk SOFTCOPY ini.


MESEJ MASUK...

KOD CINTA#001

4:105-126 [Received 04:42]

Selepas membaca MESEJ itu, NOTA CINTA-NYA yang dipinjam dari-nya dibuka. Surah ke-4 ayat ke-42 dirujuk....

04:42. Pada hari itu, orang-orang yang kafir dan menderhakai rasul, menginginkan supaya diratakan bumi atas mereka (sehingga menjadi tanah) padahal mereka itu tidak dapat menyembunyikan perkataan terhadap ALLAH. 
(QS. An-Nisa', 4:42)


SELAMAT BER-CINTA dengan NOTA CINTA-NYA...SURAH AN-NISA' (Perempuan)

04:105. Sesungguhnya KAMI menurunkan kepadamu (Wahai MUHAMMAD) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa Yang ALLAH telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNYA); dan janganlah engkau menjadi Pembela bagi orang-orang yang khianat.

04:106. dan hendaklah engkau memohon ampun kepada ALLAH; kerana Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


04:107. dan janganlah engkau berbahas untuk membela orang-orang yang mengkhianati diri mereka sendiri. Sesungguhnya ALLAH tidak suka kepada orang-orang yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa berdosa.

04:108. mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, Dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada ALLAH. padahal ALLAH ada bersama-sama mereka, ketika mereka merancangkan pada malam hari, kata-kata yang tidak diredhai oleh ALLAH. dan (ingatlah) ALLAH sentiasa meliputi pengetahuannya akan apa yang mereka lakukan.

04:109. Sedarlah! kamu ini adalah orang-orang (yang telah menyimpang dari kebenaran), kamu telah berhujah membela mereka (yang bersalah) Dalam kehidupan dunia ini, maka siapakah yang akan berhujah kepada ALLAH untuk membela mereka itu pada hari kiamat kelak? atau siapakah yang akan menjadi Pelindung mereka (dari azab seksa yang disediakan oleh ALLAH)?

===
KETERANGAN ayat 107-109 SURAH AN-NISA' (4)

Janganlah kamu membela orang-orang khianat yang bahayanya kepada diri mereka sendiri. Khianat ialah lawan AMANAH. Orang khianat itu ramai pada setiap MASA dan TEMPAT. Mereka melakukan khianat itu dengan bersembunyi dari mata manusia, kerana mereka hanya takut kepada hukuman di dunia. Tetapi mereka tidak dapat bersembunyi daripada ALLAH, kerana ALLAH melihat mereka meskipun dalam gelap gelita seorang dirinya. Orang yang benar-benar beriman kepada ALLAH, tidak akan khianat meskipun tidak akan terlihat oleh mata manusia, kerana dia beriman dan percaya, jika dia terlepas dari hukuman dunia, dia tidak akan terlepas dari hukuman ALLAH Yang Maha Adil di akhirat. Jika kamu dapat membela orang-orang khianat di atas dunia ini, maka siapakah yang dapat membelanya pada hari kiamat?


04:110. dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada ALLAH, nescaya ia akan mendapati ALLAH Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

04:111. dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. dan (ingatlah) ALLAH Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

04:112. dan sesiapa yang melakukan suatu kesalahan atau suatu dosa, kemudian ia menuduhnya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya ia telah memikul kesalahan berbuat dusta, dan melakukan dosa yang amat nyata.

04:113. dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia ALLAH dan rahmatNYA kepadamu (Wahai MUHAMMAD), nescaya berhasilah cita-cita segolongan dari mereka yang bertujuan hendak menyesatkanmu, padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri; dan juga mereka tidak akan dapat mendatangkan mudarat kepadamu sedikitpun; dan (selain itu) ALLAH telah menurunkan kepadamu Kitab (Al-Quran) serta Hikmah (pengetahuan yang mendalam), dan telah mengajarkanmu apa yang engkau tidak mengetahuinya. dan adalah kurnia ALLAH yang dilimpahkanNYA kepada mu amatlah besar.

04:114. tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. dan sesiapa yang berbuat demikian Dengan maksud mencari keredaan ALLAH, tentulah KAMI akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.

04:115. dan sesiapa yang menentang (ajaran) RASULULLAH sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, KAMI akan memberikannya Kuasa untuk melakukan (kesesatan) Yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) KAMI akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.

04:116. Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-NYA dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNYA (menurut peraturan hukum-hukumNYA); dan sesiapa yang mempersekutukan ALLAH dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.


04:117. apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka;

04:118. Yang telah dilaknat oleh Allah, dan yang telah mengatakan: "Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMU, bahagian yang tertentu (untuk menjadi pengikutku);

04:119. "Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari ALLAH, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.

04:120. Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.

04:121. mereka itu, tempat akhirnya ialah neraka jahanam, dan mereka pula tidak akan dapat melarikan diri daripadanya.

04:122. dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, KAMI akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji ALLAH yang benar. dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada ALLAH?

04:123. (balasan yang baik yang dijanjikan oleh ALLAH itu) tidak akan didapati hanya dengan angan-angan kamu semata-mata, dan tidak pula dengan angan-angan ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani). sesiapa yang melakukan kejahatan, ia akan dibalas dengan kejahatan itu, dan ia pula tidak akan mendapat - selain dari Allah - seorang pun yang akan melindunginya, dan tidak ada juga yang dapat menolongnya.
===
KETERANGAN ayat 123 SURAH AN-NISA' (4)

Kamu wahai kaum Muslimin, tidak berfaedah semata-mata angan-angan kamu dengan mengatakan kaum muslim, Islam sebaik-baik agama, al-QURAN semulia-mulia kitab. Nabi MUHAMMAD SAW setinggi-tinggi nabi dan lain-lain. Tidak berfaedah bermegah-megah, hanya yang berfaedah ialah ilmu dan amal soleh kerana barangsiapa yang berbuat kejahatan nescaya akan dibalas setimpal dengan kejahatannya itu. 

Riwayat daripada Hasan
"Tiadalah iman itu amalan."

Begitu juga tidak berfaedah angan-angan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani), kerana agama-agama itu bukanlah disyariatkan untuk bermegah-megah dan semata-mata bertopeng dengan agama, melainkan disyariatkan untuk beramal dan membuat kebaikan.



04:124. dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun.

04:125. dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada ALLAH (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut agama Nabi Ibrahim Yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) ALLAH menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNYA.

04:126. dan bagi ALLAH jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan ALLAH sentiasa meliputi (pengetahuanNYA dan kekuasaanNYA) akan tiap-tiap sesuatu.


MESEJ MASUK...

KOD CINTA#002

5:78-82 [Received 04:56]

Selepas membaca MESEJ itu, NOTA CINTA-NYA yang dipinjam dari-nya dibuka. Surah ke-4 ayat ke-56 dirujuk....

04:56. Sesungguhnya orang-orang kafir akan ayat-ayat KAMI, nanti KAMI akan memasukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali masak (terbakar) kulit mereka, KAMI tukar dengan kulit yang lain pula supaya mereka merasai azab. Sesungguhnya ALLAH Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(QS. An-Nisa', 4:56)


SELAMAT BER-CINTA dengan NOTA CINTA-NYA...SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)


05:078. orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.


05:079. mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.


05:080. Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) iaitu kemurkaan ALLAH menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (neraka).


05:081. Sekiranya mereka beriman kepada ALLAH dan kepada Nabi serta apa yang diturunkan kepadaNYA, nescaya mereka tidak menjadikan orang-orang (musyrik) sebagai teman rapat, akan tetapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang fasik.



05:082. Demi sesungguhnya engkau (Wahai MUHAMMAD) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" Yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.
===
KETERANGAN AYAT 82 SURAH AL-MAIDAH (5):

Orang-orang yang sangat memusuhi kaum muslimin, ialah orang Yahudi dan orang musyrik (menyekutukan ALLAH). Orang-orang yang dekat kasih sayangnya kepada kaum muslimin ialah orang Nasrani (Masihi).

Sebabnya ialah kerana di antara orang-orang Nasrani itu, ada orang-orang ahli ibadat dan pendeta-pendeta (paderi) yang memberikan pengajaran dan pendidikan kepada pengikut-pengikutnya. Apalagi mereka itu dididik supaya bersifat rendah diri, mengasihi musuh dan memberikan pipi kiri kepada orang yang memukul pipi kanan dan sebagainya. Sebab itu, besar pengaruh pendidikan itu kepada umat Nasrani sehingga mereka tidak sombong untuk menerima kebenaran. Inilah sebabnya maka ramai di antara orang Nasrani yang memeluk agama ISLAM, tetapi sangat sedikit dari bangsa Yahudi.

Beginilah yang terjadi semasa Nabi MUHAMMAD SAW dan khalifah-khalifah baginda. Bahkan masa sekarang, kita lihat perhubungan yang baik dan persatuan yang erat antara kaum muslimin dan masihi di Mesir dan lain-lain, sebagai bukti atas kebenaran ayat al-QURAN ini. Adapun peperangan salib dahulu, antara kaum muslimin dan Nasrani, sebenarnya bukan kerana agama, melainkan kerana politik yang menggunakan agama sebagai alatnya.

~Maka benarlah apa yang difirmankan-NYA.~

#Bittaufiq wannajah ya habibatie Siti Aisyhah binti Radzuran.
#Uhibbuka fillah abadan abada ilal Jannah ya habibie Radzuran bin Ismail.
#Terima kasih...Semoga ALLAH sentiasa menyayangi-mu.

#ALHAMDULILLAH...Always Be Clear...04-02-1436H | 27-11-2014M 11:56
===
11:56. Sesungguhnya aku bertawakkal kepada ALLAH, Tuhanku dan Tuhanmu. Tiada sesuatu yang melata (di muka bumi), melainkan DIA-lah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(QS. Hud, 11:56)


No comments:

Post a Comment