Saturday, November 15, 2014

ABC#008

Salam 23 Muharam 1436H sahabat-sahabat yang dikasihi ALLAH. Hari AHAD yang ceria, damai dan penuh kasih sayang-NYA Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Mudah-mudahan segala urusan kita sepanjang HARI INI dipermudahkan-NYA dan sentiasa dalam redha-NYA.

Kata pujangga...

Kita akan TEMUI SEMULA suatu yang HILANG 
di TEMPAT kita kehilangannya

Sering kali KEGAGALAN memberi kita PELUANG
untuk ber-MULA dengan LEBIH BAIK.

Dan sesuatu pengAKHIRan 
kekadang membawa kita kepada suatu perMULAan yang LEBIH BAIK.

"In life, what sometimes appears to be THE END is really a NEW BEGINNING..."

Mudah-mudahan...ini adalah PERMULAAN YANG BAIK. Amin Ya Rabbulaalamiin...


Jam di layar komputer riba saya pada detik MASA ini ialah 13:11. Jom kita lihat NOTA CINTA-NYA pada SAAT ini...

13:11. Bagi manusia ada (malaikat) yang berganti-ganti mengintipnya, di hadapan dan di belakangnya, mereka itu menjaganya atas perintah ALLAH. Sesungguhnya ALLAH tidak mengubah keadaan suatu kaum, sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila ALLAH menghendaki kejahatan pada suatu kaum, maka tiada yang dapat menolaknya dan tiada bagi mereka wali, selain daripadaNYA.
(QS. Ar-Ra'd, 13:11)

===
Di dalam ayat ini jelas bahawa ALLAH SWT tidak akan mengubah nasib suatu kaum, jika mereka sendiri tidak mengubah budi pekertinya. Umpamanya kaum yang suka berpecah-belah dan bermusuhan sesama mereka, tidak dapat tidak, mesti kaum itu mundur dalam segala-galanya, baik dalam pergaulan, ekonomi atau pemerintahan. Hal keadaan itu tidak akan diubah oleh ALLAH SWT jika mereka sendiri tidak mengubah budi pekerti mereka terlebih dahulu.

Seorang yang malas umpamanya, adalah nasibnya menjadi miskin dan hidup dalam kesusahan. Nasibnya itu tidak akan diubah oleh ALLAH SWT, jika dia sendiri tidak membuang sifat malas itu terlebih dahulu. Sebab itu, janganlah seseorang meminta kepada ALLAH SWT; Kayakan saya! Sedang dia tidak suka berusaha, kerana langit tidak menghujankan emas dan perak.

====
KISAH PERTAMA

Sudah hampir seminggu tidak memakai jam tangan kesayangan...penat sudah mencari di manakah 'si dia' yang banyak berjasa ini kutinggalkan...ALHAMDULILLAH...Jam tangan kesayangan telah kembali...menemuinya kembali pada HARI INI...rupa-rupanya ada tersimpan rapi di dalam poket seluar jeans biruku. ALHAMDULILLAH...Terima kasih ALLAH.

=====
KISAH KEDUA

Menemani sahabat membeli pakaian baru di salah sebuah kompleks membeli-belah di Johor Bharu...Singgah sebentar di surau berhampiran untuk menunaikan AMANAH kepada-NYA. Meneruskan misi pencarian barang keperluan untuk kursus sehingga terlupakan beg yang berisi pakaian yang baru dibeli....sehinggalah kami pulang ke kediaman masing-masing.

Subhanallah...Maha Suci-MU YA ALLAH...Tiada daya dan upaya kami melainkan semuanya ini berlaku dengan izin-MU jua. Bagaimana mahu kembali ke surau di kompleks membeli-belah itu, hari telah larut malam...cuba menenangkan hati dan perasaan agar tenang dan berfikir secara positif. Mudah-mudahan barang yang tertinggal di surau itu masih ada di SANA pada keesokan harinya.


Teguran dan nasihat dari sahabat muka buku, Tarbiah Sentap memang terasa sentapnya HATI EMAS ini...


Pernahkah anda merancang?

Tapi perancangan anda tidak menjadi.. Ataupun terubah plan A dan B. Ataupun terjadi lebih baik.

Itu tandanya ALLAH SAYANG dan DIA adalah sebaik-sebaik PERANCANG.

Jangan putus asa ya!!


Tidur dengan tenang dahulu wahai diri, esok kita usahakan untuk mencari barang itu di surau kompleks membeli-belah itu...ALHAMDULILLAH...di pagi AHAD yang tenang dan damai 23 Muharam 1436H, barang yang ditinggalkan itu masih tersimpan rapi di rak telekung dan sejadah di dalam surau itu...Terima kasih ALLAH...


Sahabat yang dikasihi kerana ALLAH,

Barang itu memang rezeki untuk kamu. Masih ada di sana lagi, bahkan disimpan dengan baik oleh insan yang baik hati di SANA. ALHAMDULILLAH...Terima kasih YA ALLAH Ya Rahman Ya Rahim.


Benarlah kata pujangga...

Kita akan TEMUI SEMULA suatu yang HILANG 
di TEMPAT kita kehilangannya.

Kisah yang cukup rimgkas di hari AHAD yang penuh CINTA-MU Ya Wadud Yang Maha Pencinta buat semua pencinta-MU. Terima kasih ya ALLAH....ajarilah kami setiap saat..jangan pernah biarkan diri kami membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada-MU terlebih dahulu Ya ALLAH...walaupun dalam hal-hal yang kecil dan remeh-temeh..kerana kuyakini semua ini berlaku dengan izin-MU jua YA ALLAH...

Terima kasih ya ALLAH.

ALHAMDULILLAH...Always Be Clear 23-01-1436H |16-11-2014M


"In life, what sometimes appears to be THE END is really a NEW BEGINNING..."

1 comment:

  1. TUHAN aku hanya manusia 
    Mudah berubah lagi dalam sekejap
    TUHAN aku ingin berubah
    Dan kubertahan dalam perubahanku...

    ReplyDelete