Friday, November 28, 2014

ABC#019

Salam Ukhuwwah Fillah 5 SAFAR 1436H..HARI JUMAAT AL-MUBARAKAH yang damai, tenang, dan penuh KASIH SAYANG-NYA dan CINTA-NYA buat sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH.

ALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIN...Segala puja dan puji bagi ALLAH, Tuhan (Yang Mendidik) semesta alam. Terima kasih buat-MU, ALLAH terCINTA.

01:05. Hanya ENGKAU-lah yang kami sembah dan hanya kepada ENGKAu-lah kami minta pertolongan.
(QS. Al-Fatihah, 1:5)

Selawat dan salam buat RASUL junjungan. Jasa-mu menyebarkan BAHAGIA buat alam, tidak akan dilupakan zaman. Tidak lupa buat ahli keluarga dan para sahabat yang mendukung perjuangan-mu. ALLAH meredhai mereka kesemuanya.

SUBHANALLAH...Maha Suci ENGKAU, Ya ALLAH dan segala puji bagi-MU; aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain ALLAH, aku mohon ampun dan bertaubat pada-MU.

Ya ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM YA ALIM... ingatkan kami untuk sentiasa mengingati-MU.

The Prophet (pbuh) said, “When ALLAH decreed the creation, HE wrote in HIS BOOK which is with HIMm on HIS Throne: My mercy prevails over My wrath.” [Bukhari, Muslim]


Penyesalan SEMALAM,
Kebimbangan tentang HARI ESOK…
Akan merampas KETENANGAN HARI INI.

Lalu padamkanlah penyesalan SEMALAM dengan TAUBAT,
Kebimbangan ESOK dengan TAWAKAL,
Dan tuailah KETENANGAN HARI INI dengan SABAR.
===

HATI hiba mengenangkan dosa-dosa yang ku lakukan
Oh TUHAN Maha Kuasa
Terima TAUBAT hamba berdosa…

Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah…
TAUBAT-ku ini

Telah aku merasakan derita JIWA dan perasaan
Kerana hilang dari jalan menuju redha-MU Ya TUHAN

Ku akui kelemahan ini
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah…
TAUBAT-ku ini

Di hamparan ini ku meminta moga TAUBAT-ku DITERIMA…

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Ya ALLAH Ya GHAFFAR...Yang Maha Pengampun,
Dengan kerendahan HATI,
Aku memohon daripadamu 
Ampunkanlah dosa-dosaku dan kesalahan-kesalahanku.

ALLAHUMMAGHFIR LI….YA ALLAH, perbaikilah keadaanku.

“Sesungguhnya ALLAH membuka tangannya pada waktu malam bagi menerima taubat orang-orang yang berdosa pada siang harinya. ALLAH membuka tangannya pula waktu siang bagi menerima taubat orang-orang yang berdosa pada malam harinya.”
(Direkodkan oleh Muslim)

ALLAH YA GHAFFAR... sentiasa mengampunkan dosa-dosa hambanya, sebesar manapun dosa itu, sekaligus menutupnya.

Tanamkanlah komitmen bagi menjadi hambaNYA yang suka memaafkan kesalahan orang lain.

Sekiranya kita pernah melakukan suatu dosa yang sering menjadikan HATI EMAS kita gelisah, segeralah memohon keampunan daripada ALLAH.



===

Wahai TUHAN jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
RINDU H.A.T.I. SINAR-MU

Wahai TUHAN aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
JIWA di hitam jalanku

Ampunkanlah aku
Terimalah TAUBAT-ku
Sesungguhnya ENGKAU
Sang Maha Pengampun Dosa

Ya Rabbi izinkanlah
Aku kembali pada-MU
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hamba-MU

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya ENGKAU
Sang Maha Pengampun Dosa
Berikanlah aku kesempatan WAKTU
Aku ingin kembali
Kembali kepada-MU

Dan mungkin tak layak
Sujud pada-MU
Dan sungguh tak layak aku
===


Apabila kita meninggalkan maksiat pada siang hari,
Sebenarnya itu adalah sumber kekuatan
Kita untuk melakukan ibadah 
Pada malam hari.

=
“Semua umatku dimaafkan  kecuali orang-orang yang melakukan dosa secara terang-terangan. Sesungguhnya apabila seorang lelaki melakukan suatu pekerjaan pada waktu malam, ALLAH menutup perbuatannya itu. Namun pada keesokan paginya, dia berkata, 

“Hai fulan, malam tadi aku melakukan hal demikian dan demikian.”

Padahal ALLAH menutup perlakuannya semalam suntuk. Dia sendirilah yang menyingkapkan penutup ALLAH daripada dirinya.
(Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)


==
Harith Ibnu Suwaid melaporkan, 
“Aku pernah menjenguk Abdullah Ibnu Mas’ud sewaktu dia sedang sakit. 
Dia berkata, “Aku mendengar Nabi MUHAMMAD SAW berkata:

Sesungguhnya ALLAH lebih bergembira menerima taubat seorang hambanya yang beriman daripada kegembiraan seseorang yang berjumpa semula dengan untanya yang hilang di tengah padang pasir. Orang itu berada dalam perjalanan merentasi padang pasir. Selang beberapa lama, dia berhenti kerana mahu beristrirehat dan akhirnya dia tertidur. Selepas orang itu terjaga daripada tidurnya, dia mendapati unta yang membawa bekalan makanan dan minumannya tiada lagi di sisinya. Puas dia mencarinya sehingga lapar dan dahaga tetapi dia masih tidak berjumpa untanya itu. Dia pun berkata dalam hatinya, 

“Aku hendak kembali ke tempatku tadi dan tidur lagi sampai aku mati sahaja.”

Lalu dia meletakkan kepalanya dengan berbantalkan lengan dan mengharapkan kematian. Akan tetapi, apabila dia bangun, ternyata untanya yang hilang itu kembali dengan membawa semua bekalan makanan dan minumannya. 

Sesungguhnya, apabila seseorang bertaubat kepada ALLAH, ALLAH lebih bergembira menerima taubat itu daripada orang yang bergembira menemui untanya yang hilang.”
(Direkodkan oleh Muslim)

===
Apabila HATI resah,
Pasti ada perintah ALLAH yang belum
Dilaksanakan atau pun tegahan ALLAH
Yang telah dilanggar
Atau pun kedua-duanya sekali

Ber-ISTIGHFAR-lah…
kemudian paksa HATI dan anggota untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.
===

Ampunilah hamba Ya ALLAH Yang Maha Penerima Taubat
Ampunilah hamba Ya ALLAH daripada segala dosa

Tambahkan kepadaku ILMU yang berguna
Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan
Dan kurniakanlah kepadaku rezeki yang meluas
Dan perkenankan TAUBAT-ku dengan TAUBAT NASUHA

Ampunilah hamba YA ALLAH Yang Maha Penerima Taubat
Ampunilah hamba Ya ALLAH daripada segala dosa


Tambahkan kepadaku ILMU yang berguna
Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan
Dan kurniakanlah kepadaku rezeki yang meluas
Dan perkenankan taubatku dengan TAUBAT NASUHA

Ampunilah hamba Ya ALLAH Yang Maha Penerima TAUBAT
Ampunilah hamba Ya ALLAH daripada segala dosa.

~kepada-MU aku bersujud.~

#ALHAMDULILLAH...Always say Alhamdulillah...05-02-1436H | 28-11-2014M 17:09
===
17:09. Sesungguhnya al-QURAN ini menunjukkan (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang beriman yang mengerjakan (amalan) yang SOLEH; sesungguhnya untuk mereka itu pahala yang besar.
(QS. Al-Isra', 17:09)

2 comments:

  1. Ayuh, mari sambut tawaran yang melaut luasnya untuk kita berangkat bertemu dengan-NYA dalam keadaan bersedia sehingga layak menempah tempat di syurga setelah melintasi jambatan sakratulmaut dengan aman, melepasi jambatan barzah dengan damai dan melalui mahsyar dan mizan tanpa tol tanpa sekatan...lalu berakhir selamanya di syurga tanpa hisab.
    Allahumma Aamiin Ya Rabbal A'lamin...

    #ALHAMDULILLAH...Always say Alhamdulillah...06-02-1436H|28-11-2014M 21:44
    ===
    21: 87. Dan (ingatlah) akan Zannun (Yunus), ketika dia pergi dengan marah, menyangka bahawa KAMI tidak berkuasa terhadapnya, lalu dia berseru dalam gelap gelita, (dalam perut ikan). Bahawa tiada Tuhan kecuali ENGKAU, Maha Suci ENGKAU, sesungguhnya aku di kalangan orang-orang zalim.

    21:88. Lalu KAMI perkenankan permintaannya dan KAMI selamatkan dia dari dukacita. Demikianlah KAMI menyelamatkan orang-orang beriman.
    (QS. Al-Anbiya', 21:87-88)

    ReplyDelete
  2. 06:06. Tidakkah mereka ketahui, berapa banyaknya umat yang telah KAMI binasakan sebelum mereka. KAMI senangkan mereka di bmi dengan kesenangan yang belum pernah KAMI berikan kepadamu dan KAMI turunkan hujan yang lebat atas mereka dan KAMI adakan air sungai mengalir di bawah mereka, kemudian KAMI binasakan mereka, kerana dosa mereka sendiri dan KAMI jadikan sesudah mereka umat yang lain.
    (QS. Al-An'am, 6:6)

    #ALHAMDULILLAH...Always say Alhamdulillah...06-02-1436H|29-11-2014M 06:03

    ReplyDelete