Sunday, November 23, 2014

ABC#013

Salam 30 Muharam 1436H. Hari AHAD yang penuh berkat, rahmat dan KASIH SAYANG-NYA Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga urusan kita sentiasa dipermudahkanNYA sepanjang HARI INI...

ALHAMDULILLAH...Terima kasih Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM atas nikmat Ihsan, Iman dan ISLAM yang ENGKAU anugerahi kami sehingga detik MASA ini. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;

Kami terjaga di PETANG HARI dalam FITRAH ISLAM dan KALIMAT IKHLAS dan dalam agama nabi kami, MUHAMMAD SAW dan dalam millat (ajaran) bapa kami IBRAHIM yang HANIF (lurus) sedang dia bukan seorang yang musyrik.

===
MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI DARI-MU YA RAZZAQ...

Rezeki yang baik untuk orang yang baik, dan begitulah sebaliknya. Rezeki memang telah ditakdirkan. Namun takdir daripada ALLAH, tidak sekali-kali menyekat manusia untuk mentadbir perjalanan hidupnya. Dan selalunya, TADBIR yang baik akan diHADIAH dengan TAKDIR yang BAIK juga.

Jadi, bagaimana tadbir dalam hidupmu sahabat?

Mudah-mudahan sentiasa diselaraskan dengan suara HATI EMAS-mu yang SUCI MURNI. Dan suara HATI EMAS-mu yang SUCI MURNI itu hakikatnya bisikan KEBENARAN yang datang daripada DIA YA KHALIQ.

Mudah-mudahan suara HATI EMAS-mu itu tidak diNAFIkan.

Mudah-mudahan suara KEBENARAN itu tidak diPINGGIRkan.

Ingatlah sentiasa, apa yang kira berikan akan kita terima semula

WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK!

Semoga kita memberi KASIH SAYANG, InsyaALLAH akan mendapat KASIH SAYANG. Apa kita mahu kita mesti beri dulu. - Prof. Dr. Muhaya.

Jika KEBAIKAN yang diberi, sekalipun tersembunyi, pasti akan ketara jua akhirnya. Tangan yang menghulurkan bunga MAWAR, pasti HARUM BAU-nya. Namun sebaliknya, meskipun pandai berkilas, kejahatan pasti terbalas.

Yang kita CARI dalam HIDUP ini adalah keBERKATan.
Biar sedikit, tetapi disyukuri, itu lebih BAIK jika banyak yang dikufuri.
REZEKI biar BERKAT, sedikitnya mencukupi, banyaknya boleh diagih-agihkan.
UMUR biar BERKAT, masih MUDA sudah banyak AMAL jariah yang ditaburkan.
PENDAMPING HIDUP biar berkat, walaupun sederhana tetapi sungguh tinggi SETIA dan SOLEH/SOLEHAH-nya.

Semoga dijauhkan ALLAH daripada REZEKI yang tidak berkat, sedikitnya tidak cukup, banyaknya tidak puas.
Barang dijauhkan oleh UMUR yang tidak berkat, muda-muda menimbun dosa.
Diselamatkan daripada PENDAMPING HIDUP yang tidak berkat, walaupun cantik rupanya, namun semakin lama bersamanya semakin seksa.

30:21. Dan di antara tanda-tanda-NYA, bahawa DIA menciptakan JODOH untukmu dari dirimu (bangsamu), supaya kamu bersenang-senang padanya dan DIA mengadakan sesama kamu KASIH SAYANG dan RAHMAT. Sesungguhnya tentang demikian itu, menjadi ayat (tanda) bagi kaum yang memikirkan.
(QS. Ar-Rum, 30:21)

Tepuk dada, tanyakan pada IMAN-mu.
Apakah ini satu PERMULAAN atau satu PENGAKHIRAN?
Biarlah kita sentiasa menjadi seperti KARANG di DASAR LAUTAN, tidak terusik oleh BADAI di PERMUKAAN.

JOM HIJRAH...


PERJUANGAN ITU PAHIT kerana SYURGA itu MANIS!

Selamat Berjuang Sahabat-Sahabat yang dikasihi kerana ALLAH.

Lupakah kita kepada BILAL BIN RABAH....MUAZZIN PERTAMA KEKASIH RASULULLAH SAW.
JIWAnya terhibur walau diSEKSA.
Dialah PENGHIBUR SEJATI.
Tidak ada glamour, tidak ada nama, di dalam HATI EMAS-nya cuma ada AHAD...AHAD...AHAD...

BILAL BIN RABAH

SUARA MUAZZIN TERDENGAR
MEMANGGIL INSAN MENYEMBAH ALLAH
SEJENAK TERIMBAU INGATAN
KEPADA INSAN YANG MULIA

DIRIMU HANYALAH SAHAYA
SYAHADAH ITU KEBEBASANMU
DERAPAN KAKIMU TERDENGAR
DI DEPAN RASULMU DI SYURGA

ALUNAN AZANMU TERHENTI
HARI KEWAFATAN KEKASIH TERCINTA
LALU BERDERAILAH TANGISAN
SUARA EMAS TAK TERDENGAR LAGI 

KAU BILAL BIN RABAH
CEKAL DAN TABAH
DIPANGGANG DI GURUN YANG PANAS
BIARPUN DIRIMU DIDERA DISIKSA
BIBIRMU TETAP MENYEBUT

ALLAH TUHANKU
ALLAH YANG SATU
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
MUHAMMAD PESURUH ALLAH

DI BALIK KULITMU YANG HITAM
TERSIMPAN HATI SEPUTIH KAPAS
SUARA AZANMU BERGEMA
ADALAH SILAMMU YANG LUKA
ADALAH BUTIRAN MUTIARA
MENJADI TAULADAN MANUSIA

===

AHAD...AHAD..AHAD...

Tiada yang lain hanya DIA
DIA yang kau puja-puja
AHAD! AHAD! AHAD!
Lidahmu mengatur kalimat
meluruskan HATI EMAS-mu menjuruskan tekad
bahang mentari pun mengalah
disimbah aliran sebuah SYAHADAH
daripada Sayyidina BILAL BIN RABAH

Dulu kau seorang HAMBA

datang ISLAM kau MERDEKA
dulu kau dipandang HINA

datang RASUL kau MULIA

AHAD! AHAD! AHAD!
Terlupa MATA oleh kilat HITAM-mu
bila HATI disambar hebat IMAN-mu
kaulah PEWARIS ketulusan RASA
pada setiap MELODI dan KATA
di setiap AZAN yang BERGEMA!

Tak sudi kau jejaki bumi MADINAH
selepas kewafatan RASULULLAH
tak daya kau AZAN lagi di MASJID NABAWI
selepas MUHAMMAD telah pergi...

Bukan kerana JEMU
BUkan kerana BENCI
AHAD! AHAD! AHAD!

Tetapi HATI EMAS-mu mudah terusik
oleh imbauan KENANGAN LALU
sewaktu RASUL bersama-samamu
Tika SAAT sakarat kian mendekat
bening MATAmu titis PELUHmu
kuntum SENYUMAN kau hulurkan
kerabat terdekat kehairanan

Kenapa duhai BILAL?
Perlahan kau BISIK-kan:

"KEMATIAN INI BAKAL MENEMUKAN ANTARA AKU dengan RASUL PILIHAN..."

AHAD! AHAD! AHAD!
KEMBARA-lah kau ke SYURGA
kerana RASUL pernah ber-KATA
DERAP KASUT-mu telah KEDENGARAN di SANA!

# Tutur Luhur Buat Penghibur| Kata-kata Lahir dari HATI Akan Jatuh ke HATI...| Di Mana DIA Di HATIKU? | Pahrol Mohd Juoi.

 #ALHAMDULILLAH...Always Be Clear 30-01-1436H | 23-11-2014M 18:10
===
18:10. Ketika berdiam (berlindung) pemuda-pemuda itu ke dalam GUA, lalu mereka berkata: Ya Tuhan kami, berilah kami RAHMAT dari sisi-MU dan siapkan untuk kami (keadaan) yang BAIK dalam URUSAN kami.
(QS. Al-Kahfi, 18:10)




1 comment:

  1. "Aku Bilal bin Rabah. Seorang sahabat Rasulullah. Dulu aku orang yang sesat, tetapi ALLAH telah menuntunku. Dahulu aku seorang budak dari Habsyah, tetapi ALLAH telah membebaskanku. Kedatanganku ke SINI ingin melamarmu...jika lamaran diterima aku katakan ALHAMDULILLAH, tetapi jika lamaranku ditolak, aku mengatakan ALLAHU AKBAR!"
    ~Mudahnya Khitbah~
    ===
    02:235. Dan tidak berdosa kamu, jika kamu meminang perempuan dengan kata sindiran atau kamu sembunyikan dalam HATI-mu. ALLAH mengetahui bahawa kamu akan menyebutnya kepada perempuan itu. Tetapi janganlah kamu janjikan kepadanya dengan rahsia (kahwin), melainkan hendaklah kamu sebut perkataan yang patut. Dan janganlah kamu bercita-cita hendak melansungkan perkahwinan (akad nikah) kecuali habis iddahnya. Ketahuilah bahawasanya ALLAH mengetahui apa-apa yang ada di dalam HATI-mu, maka takutlah kamu kepadaNYA dan ketahuilah, bahawasanya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.
    (QS. Al-Baqarah, 2:235)

    ReplyDelete