Monday, November 10, 2014

ABC#004

Salam 17 Muharam 1436H sahabat-sahabat yang dicintai kerana ALLAH. Hari ISNIN yang ceria, damai dan penuh kasih sayangNYA buat semua. ALHAMDULILLAH...Terima kasih YA ALLAH Ya Rahman Ya Rahim atas nikmat ihsan, iman dan Islam-MU kepada diri ini hingga detik MASA ini.

17:07. Jika kamu berbuat baik, nescaya kamu berbuat baik untuk dirimu. Jika kamu berbuat jahat, (balasannya) untuk dirimu juga. ...
(QS. Al-Isra', 17:07)

14:41. Ya Tuhan kami! Ampunilah aku dan dua orang ibu bapaku dan orang-orang yang beriman pada hari yang menetapkan perhitungan (hari hisab).
(QS. Ibrahim, 14:41)

Ayah...Terima kasih ayah.

::17:07::
Inilah wasiat terakhirmu buat kami anak-anakmu sebelum dirimu pulang ke negeri yang abadi di SANA. Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim, cucurilah rahmat ke atas rohnya ayahanda kecintaan kami, Ismail bin Siti Khalijah dan mudah-mudahan ditempatkannya bersama-sama para syuhada' dan solihin.

Al-Fatihah buatmu ayah...

Sebelum ini, saat ayahanda tercinta meminta kami untuk mengamalkan ayat ke-7 dalam surah ke-17 ini, tidak pernah kami hayati maksud tersirat yang terkandung dalam NOTA CINTA-NYA ini. Segala perkara yang baik kita lakukan semata-mata kerana redha ALLAH, ALLAH akan balasi dengan kebaikan juga. Demikianlah jua jika sebaliknya yang kita lakukan. Benarlah ya ALLAH segala kalam-MU seperti yang ENGKAU firmankan....tiada yang benar, melainkan yang benar belaka.

A.Y.A.H.
CINTA PERTAMA kami anak-anakmu...
(allahyarhamah Siti Fatimah dan Siti Hamidah yang siap sedia menunggu ayah dan bonda di SANA) dan kami berlima masih di SINI;
Along Robiah, Angah Mazlan, Alang Mohd Yazid, Acik Radzuran, dan Ateh Maznah.


SENTUHANmu amat bermakna...AYAHANDA yang tercinta.

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

Oh ayah, 
Tak pernah ku tanya
Ke mana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung 
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak 
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak 
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa 
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan 
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

~10-11-2014M|17-01-1436H 17:45~

==============
17:45. Dan apabila engkau membaca al-Quran, KAMI adakan dinding yang menutup antara engkau dan orang-orang yang tidak beriman kepada akhirat.

17:46. Dan KAMI adakan tutup atas HATI mereka, sehingga mereka tidak mengerti dan di telinga mereka, ada sumbat. Dan apabila engkau menyebut Tuhanmu satu-satu-NYA dalam al-QURAN, mereka berpaling lari ke belakang.

No comments:

Post a Comment