Monday, November 10, 2014

ABC#005

Salam 18 Muharam 1436H sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH. Hari SELASA yang ceria, damai dan penuh kasih sayang-NYA ini, bersyukur kita kerana dianugerahi dengan nikmat Ihsan, Iman dan ISLAM sehingga detik MASA ini. ALHAMDULILLAH...Terima Kasih Ya ALLAH.

NOTA CINTA-NYA HARI INI buat diriku yang sering alpa...

18:10. Ketika berdiam (berlindung) pemuda-pemuda itu ke dalam gua, lalu mereka berkata: Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat dari sisi-MU dan siapkan untuk kami (keadaan) yang baik dalam urusan kami.
(QS. Al-Kahfi, 18:10)

Saat ini jam skrin komputer riba menunjukkan 12:54 P.M....Jom kita lihat apa yang ada pada NOTA CINTA-NYA sekarang...

12:54. Dan berkata raja: Bawalah Yusuf ke mari, supaya aku jadikan dia khusus bagi diriku. Tatkala raja bercakap-cakap dengannya lalu raja berkata dengannya: Sesungguhnya engkau pada hari ini mempunyai kedudukan dan kepercayaan di sisi kami.

12:55. Berkata Yusuf: Jadikan aku penjaga gudang perbendaharaan di bumi (Mesir). Sesungguhnya aku menjaga lagi mengetahui.

12:56. Dan demikianlah KAMI tempatkan Yusuf di bumi (Mesir). Dia berkuasa penuh pergi ke mana sahaja dikehendakinya. KAMI limpahkan rahmat KAMI tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.

12:57. Dan sesungguhnya pahala lebih baik bagi orang-orang beriman, sedang mereka bertakwa.
(QS. Yusuf, 12: 54-57)

KAEDAH merujuk NOTA CINTA-MU ini cuba ku praktikkan dari sahabat muka buku 'Super Akhawat'. Dinding muka bukunya tercatat begini ....

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Hati galau?

Tengok jam; 6.32 petang.

Capai Quran, belek surah ke-6 ayat ke-32.

"Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sesungguhnya lebih baik bagi orang orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?"

*gulp

Ha, kena setepek kat muka. Awat galau? Hati penuh dhonia ka, ukhti?

‪#‎kisahbenar‬

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Selesai KISAH PERTAMA....kisah membaca NOTA CINTA-NYA secara santai namun penuh bermakna...


KISAH KEDUA pula, dari semalam ingin mencari makna di sebalik lirik AJIBTU. ALHAMDULILLAH...Terima Kasih ALLAH kerana dengan izinMU dapat aku mencari apa yang menjadi tanda tanya di minda ini sejak semalam. Jazakalallah khairan kathira kepada pemilik blog KH Kanda Hafis. Mohon izin untuk dikongsikan di ruangan ini ya.

Kata-kata yang sungguh bermakna ini dipinjam dari blog sahabat KH:

~Rawatlah Rohani Perkasakan Diri~


AJIBTU
Maksudnya secara rambang:

RANGKAP PERTAMA:

PATUTKAH KITA MASIH LALAI SEDANGKAN HARI BERLALU,
KITA BERMAIN SEDANGKAN MAUT/MATI ITU BUKAN MAINAN,
AKU PELIK/HAIRAN TERHADAP MEREKA YANG MASIH LEKA INI,
AKU HAIRAN, SEDANGKAN TIADA APA YANG PATUT AKU HAIRANKAN.

RANGKAP KEDUA:

ADAKAH PATUT SEORANG ITU TERUS LEKA DAN BERMAIN (SERONOK),
SEDANGKAN DIRINYA AKAN MATI DAN RUMAHNYA AKAN RUNTUH,
KITA MELIHAT APA YANG KITA LAKUKAN (AMALAN) SELALUNYA,
TEWAS KEPADA SETIAP KESERONOKAN.

RANGKAP KETIGA:

KITA MELIHAT MALAM DAN SIANG MENYIBUKKAN KITA,
DAN AKU TAK TAHU YANG MANAKAH PATUT AKU PILIH (TERLEBIH AFDHAL UNTUK BERIBADAT),
DAN SETIAP PERKARA ITU ADA TEMPOH YANG PERLU DITUNAIKAN (DIISI DENGAN TANGGUNGJAWAB),
DAN KEPADA SEMUANYA ITU ADA KESAN (CATITAN) YANG DITULIS.


Masha ALLAH...Uniknya blog KH ini, ada DOA BUAT SAHABAT bagi semua pengunjung blog beliau...dan didoakan jua buat semuanya.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

DOA BUAT SAHABAT (mohon share dari http://kandahafis.blogspot.com/)

Segala puja dan puji itu hanya milik-MU wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.


Ya Allah…

Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Ya Allah…

Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya. 

Ya Allah…

Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.

Ya Allah…

Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

Ya Allah…

Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya Allah…

Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu. 

Ya Allah…

Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Ya Allah…

Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya Allah…

Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

Ya Allah…

Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

Ya Allah…

Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

Ya Allah…

Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

Ya Allah…

Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong.

Allahumma Aamiin Ya ALLAH...


Always Be Clear...11-11-2014M|18-01-1436H


No comments:

Post a Comment