ALHAMDULILLAH...Terima kasih ya ALLAH dengan nikmat teragung-MU kepada diri kami ini; nikmat Ihsan, Iman dan Islam sehingga saat ini. Segala puji bagi-MU Ya ALLAH, Tuhan (Yang Mendidik) semesta alam ini. Ya ALLAH, limpahkanlah selawat dan salam atas junjungan kami, Nabi MUHAMMAD SAW, atas keluarga dan sahabat baginda.
Ya ALLAH, kurniakanlah kami...
lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut (nama)-MU,
HATI EMAS yang penuh segar mensyukuri (nikmat)-MU,
serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah)-MU.
Ya ALLAH, kurniakanlah kami...
IMAN yang sempurna,
HATI EMAS yang khusyuk,
ILMU yang berguna,
KEYAKINAN yang benar-benar MANTAP.
Ya ALLAH...
Kurniakanlah kami (DEEN) cara hidup yang jitu dan unggul,
selamat dari segala mara bahaya dan petaka.
Kami mohon (YA ALLAH) kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain.
Berikanlah kami (YA ALLAH) IMAN yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain ENGKAU sendiri.
Kembangkanlah lembayung rahmat-MU kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami.
Jangan (YA ALLAH) ENGKAU biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri: walaupun kadar sekelip mata atau kadar MASA yang lebih mudah dan cepat memperkenankan pinta (PERKENANKANLAH).
Selawat dan restu ALLAH untuk junjungan kami MUHAMMAD, Nabi yang mulia, kepada keluarga Baginda dan para sahabat Baginda amnya.
PILIHLAH KAMI UNTUK IKHLAS
Orang yang IKHLAS itu bebas
Kerana dia hanya ada
Satu TUHAN untuk disembah
Bukan mudah untuk IKHLAS. Semakin dicari terasa semakin misteri. Memang, IKHLAS itu rahsia dalam rahsia ALLAH. Melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana ALLAH…itu tidak IKHLAS. Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana ALLAH..itu pun tidak IKHLAS.
Kekadang begitu IKHLAS HATI EMAS kita ini ketika memulakan AMAL, tetapi sampai di pertengahan, kecundang oeh sesuatu yang selain ALLAH. Ya ALLAH, kami benar-benar PASRAH. Perjuangan untuk IKHLAS terlalu seru dan keliru. Bantu kami, memahami dan menangani rahsia ini.
Beribadatlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat. Begitu pesan ulama yang menjadi kompas HATI EMAS ini. Buatlah apa sahaja kebaikan sejak sebelum terbit fajar sehingga terbenam mentari. IKHLAS atau tidak jangan diperkirakan dahulu. Jangan mengukur kesempurnaan di garis permulaan AMAL. Beramallah walau HATI EMAS terganggu oleh mazmumah dan IKHLAS diintai oleh riak dan sum’ah. Pedulikan ujub yang menanti MASA untuk menyusup. Tega dan relakan sahaja.
“Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi HATI EMAS-ku masih lalai?”
Imam Ghazali yang arif dalam soal keajaiban HATI EMAS menjawab pertanyaan anak muridnya dengan berkata;
“Teruskanlah berzikir walau HATI EMAS-mu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia.”
Kami hanya insan kerdil di lautan rahsia IKHLAS yang sangat dalam. Yang terjangkau oleh kami hanyalah sebutir percikan OMBAK di permukaannya. Namun, kami juga hamba ALLAH yang berhak untuk melalui jalan menuju-NYA.
Ketika kami keliru, tunjukkanlah.
Ketika kami lemah, perkukuhkanlah.
Ketika kami alpa, ingatkanlah.
Hanya ENGKAU YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM yang berhak memilih sesiapa untuk dianugerahi rahsia IKHLAS itu. Pada kami hanya tadbir…pada-MU segala takdir. Bantulah kami meluruskan tadbir kami menjurus kepada takdir-MU. Pilihlah kami untuk IKHLAS walaupun kami tahu IKHLAS itu sangat rahsia.
IKHLAS ITU RAHSIA
Kita memberi bukan untuk menerima
Menabur budi bukan untuk dianggap berjasa
Tulus, putih dan murni HATI EMAS kita
Memberi adalah kerana-NYA jua
Tidak mengapa jika tidak dikenang
Asalkan segalanya memberi SATU KETENANGAN
Menyebut kebaikan meragut KEIKHLASAN
Bukan kerana kelebihan kita
Dalam samar mainan RASA
kekadang dating jua serpihan bangga
Mengharap adanya balasan
Mendamba hadirnya kemasyhuran
Bukan itu yang diburu sejak MULA
Ditagih KASIH RASA di depan-MU
Bila terasa segalanya daripada-MU
Rebahlah segala daripadaku yang hina
TUHAN…
Dunia ini tidak panjang
TAHUN terasa DETIK di putaran USIA
Mengharap yang ABADI
Kan lenyap segala ILUSI
Bantulah kami
Dalam memahami RAHSIA itu!
Ya ALLAH, pada pagi ISNIN 1 SAFAR 1436H ini kami nikmati afiat pemberian-MU (keselamatan dari mara bencana) dan terjaganya rahsia-rahsia (dosa-dosa) kami, maka sempurnakan nikmat-MU, afiat-MU dan penjagaan-MU itu atas kami, di dunia dan di akhirat.
112:01. Katakanlah (ya MUHAMMAD): DIA-lah ALLAH Yang Maha ESA
112:02. ALLAH yang dituju (untuk meminta hajat)*
112:03. DIA tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.
112:04. Dan tiada suatu pun yang menyerupai-NYA.
(QS. Al-Ikhlas, 112:1-4)
=
*Erti As-SAMAD = Yang dimaksud/disengaja dan dituju untuk meminta segala hajat. Maka ALLAH saja satu-satuNYA tempat meminta hajat.
~Kepada-MU aku bersujud.~
#Kata-kata Lahir dari HATI akan Jatuh ke HATI| Di Mana DIA di HATIku? | Pahrol Mohd Juoi
#Kata-kata Lahir dari HATI akan Jatuh ke HATI| Di Mana DIA di HATIku? | Pahrol Mohd Juoi
#ALHAMDULILLAH...Always Be Clear 01-02-1436H | 24-11-2014M 03:17
===
03:17. (Mereka itu) orang-orang yang SABAR, BENAR, PATUH (menurut perintah), memberikan nafkah dan MEMINTA AMPUN (kepada ALLAH) di waktu SAHUR (akhir malam).
03:18. ALLAH telah menyatakan bahawa, tiada Tuhan kecuali DIA dan telah mengakui pula malaikat-malaikat dan orang-orang yang berILMU, sedang ALLAH berdiri dengan KEADILAN. Tiada Tuhan kecuali DIA yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
03:19. Sesungguhnya agama di sisi ALLAH, ialah ISLAM. .....
(QS. Ali Imran, 3:17-19)
TINTA EMAS buatmu SAHABAT FILLAH...
ReplyDeleteSANAH HELWAH Ya Habibatiey...1 SAFAR 1436H...30 tahun yang lalu, lahirlah seorang puteri salju yang comel dan cerdik.
Kami tembakkan DOA tulus ikhlas buat dirimu yang dikasihi kerana ALLAH.
Insha ALLAH...dengan izin-MU Ya ALLAH Ya Wahhab Yang Maha Pemberi akan memberikan yang terbaik buat diri-mu menurut KETETAPAN-NYA....
...dirimu seorang yang cenderung menyukai perkara baru.
...berbakat menjadi pemimpin.
...seorang peneroka (pelopor)
...idealis
...cenderung mahu sempurna
...pandai memanfaatkan peluang dan kesempatan MASA EMAS yang ada.
...jagalah HATI EMAS-mu sebaik-baiknya.
#ALHAMDULILLAH...Terima Kasih ALLAH.